Aku dapat rasakan seolah-olah aku melihat kejadian itu berlaku sehingga air mataku juga tumpah. Penderitaan demi penderitaan dihadapi dengan tabah. Diracun beberapa kali...Semuanya itu semata-mata kerana agama. Pengaruhnya terlalu besar dan di mana sahaja dia berada, dia bagaikan lautan yang memancarkan cahaya. Seolah-olah dilemparkan ke lautan menjadi pulau. Subhanallah!...
Ditengah-tengah kejahatan dan perintahan diktaktor, dia berusaha menjaga iman dan menyampaikan ilmu walaupun berada didalam tembok yang memisahkannya dengan manusia lain. Walaupun fizikal terpenjara tetapi fikirannya terus mengeluarkan idea dan menulis Rasail An-Nur secara rahsia. Selepas 20 tahun Rasail An-Nur tersebar ke seluruh pelusuk Turki.
'Badiuzzaman Said Nursi'
Beliau seorang ulama' yang luar biasa semenjak kecil. Ibunya seorang solehah dan bapanya soleh. Didikan bermula pemilihan pasangan yang mulia yang dipilih oleh keluarga. Begitu juga makanan halal diberi makan kepada anak2 dan isteri. Amalan semasa mengandung, ibunya sentiasa berwudu; sebelum menjejak kaki ke tanah. Sentiasa berzikir dan membaca Al-Quran. Tidak mustahil anak bakal lahir menjadi seorang ilmuan dalam bidang agama dan sains.
Beliau juga sangat berminat dalam bidang politik. Selalu dalam kuliah dan ceramahnya diselitkan dengan politik semasa yang sedang melanda tanah air mereka. Dia menyindir pemimpin dan pegawai sultan yang mula terpengaruh dengan pangkat dan harta serta banyak berlaku penyelewengan dalam pemerintahan.
Pegawai di Mardin menasihati Badiuzzaman Said Nursi tidak menyentuh pasal politik, namun tidak diendahkan dan mengkritik Nader Bek. Kemudian dikeluarkan perintah tidak membenarkan Said Nursi mengadakan kuliah agama di masjid kerana menghasut orang ramai benci pemerintah.
Beliau patuh perintah itu. Kuliah diteruskan di rumahnya. Orang ramai membanjiri sekitar rumahnya sehingga pemerintah mengeluarkan arahan Said Nursi ditangkap lalu dihantar ke Bitlis. Orang ramai bantah dan hampir terjadi rusuhan. Said Nursi tenangkan mereka.
"Anggota polis yang datang ini menjalankan tugas. Kerana itu jangan timbulkan permusuhan dengan mereka," kata Badiuzzaman Said Nursi.
Beliau diawasi seperti pengganas. Apabila mereka sampai di sebua desa bernama Ahmadi, mereka berhenti berehat. Pada masa itu sudah masuk waktu zohor.
"Aku mahu solat. Tolong buka gari tanganku ini," kata Badiuzzaman Said Nursi.
Setelah 3 kali permintaan tidak diendahkan, tiba-tiba Said Nursi membuka sendiri gari ditangannya. Kemudian dicampakkan ke tanah.
"Tidak ada sesiapa yang dapat menghalangkan aku menyembah Allah," katanya lalu pergi ke sungai yang berhampiran bagi mengambil wudu'.
Disebabkan beliau tidak sependapat dengan pemerintah, beliau sentiasa difitnah, ditangkap, ditangguhkan perbicaraan, dibuang daerah dan dimasukkan semula ke penjara. Semua itu berterusan sehingga lebih 20 tahun.
Beliau dianggap seorang yang paling berbahaya. Setiap kali dibuang daerah, beliau sentiasa berdakwah. Setiap tempat mempunyai anak murid. Walaupun di dalam penjara, kebanyakan penjenayah menjadi muridnya dan bertaubat. Semua yang berada sekelilingnya akan menyayanginya sebagai tuan guru. Mereka namakan sebagai Madrasah Yusuf.( macam kes Nabi Yusuf dipenjarakan.hehehe..)
Sepanjang berada dipenjara, beliau beberapa kali diracun. Allah sentuasa memeliharanya dengan memberi umur yang panjang. Itulah dikatakan urusan kematian adalah urusan Allah. Pernah beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana tidak mahu sujud kepada ketua pegawai penjara. Sebelum dijatuhkan hukuman, beliau solat sunat. Pegawai itu melihat tanda iman pada diri Badiuuzaman Said Nursi dan dia memberi ampun (dia salah faham..konon tak tunduk kepadanya kerana menghinanya)
Sepanjang berada dipenjara atau ditempat yang jauh dari orang ramai, beliau sentiasa menulis secara rahsia. Anak muridnya yang keluar dari penjara akan membawanya keluar dan mencetak beribu-ribu naskhah. Kemudian dihantar ke semua daerah.
Beliau pernah dituduh sebagai orang gila. Doktor diarahkan meberi laporan palsu. Beliau dimasukkan ke hospital gila supaya dia benar-benar mengalami tekanan jiwa dan akhirnya menjadi gila. Semua itu tidak berlaku ke atas ulama yang mempunyai fikiran yang tajam dan jiwa yang kental.
Ketika berada di hospital itu, beliau solat, berzikir dan membaca Al-Quran. Apa yang dilakukannya menarik perhatian penghuni hospital mental itu. Apabila Badiuzzaman Said Nursi solat, maka ramai yang mengikutnya solat. Apabila beliau membaca al-Quran, ramai yang mengelilinginya bagi mendengar bacaan ayat-ayat suci itu. Apabila berzikir, ramai yang ikut berzikir.
Akhirnya doktor pakar sakit jiwa menulis dalam laporannya,"Sekiranya orang ini dikatakan gila, maka tidak ada seorangpun yang siuman dalam dunia ini."
Pihak istana bantah. Kemudian berita ini sampai kepada Sultan Abdul Hamid II. Baginda mengelurkan perintah supaya Badiuzzaman Said Nursi dibebaskan.
27 April 1909: selepas 3 hari pemberontakan tercetus, Sultan Abdul Hamid berjaya digulingkan.dan dibuang negeri. Inilah perancangan licik yang didalangi oleh Mustafa Kamal Ataturk. Disebaliknya adalah perancangan Yahudi untuk dapatkan Palestin dengan menjatuhkan sistem pemerintahan Khalifah. Selepas Turki menjadi negara Republik, Mustafa Kamal Ataturk menjadi presiden dan menjual Palestin dalam perjanjian. (DALAM BUKU NOVEL SEJARAH: MUSTAFA KAMAL ATATURK PENEGAK AGENDA YAHUDI)
Badiuzzaman Said Nursi juga terlibat dalam Perang Dunia 1. Menjadi tentera sukarelawan, banyak karamah yang berlaku. Antaranya bom meletup disebelahnya tetapi beliau tidak cedera sedikitpun. Ini mengerunkan tentera Rusia sehingga mereka membuat penambahan tentera. Sedangkan tentera sukarelawan ini bersenjatakan pisau atau pedang pendek sahaja. Inilah keberanian yang berjuang untuk mendapat syahid di sisi Allah.
Semasa pemerintahan Mustafa Kamal ini, undang-undang Islam ditukar kepada undang-undang Barat. Semua tulisan arab ditukar kepada tulisan latin atau rumi. Pelajaran agama dibuang dari silibus sekolah. Sekolah agama ditutup. Masjid tidak dibenarkan azan kecuali dalam bahasa Turki. Serban tidak dibenarkan pakai diganti dengan topi koboi. Perempuan disuruh pakai skrit dan tidak dibenarkan pakai tudung/ hijab. Dalam pada yang sama Badiuzzaman dipenjara dan dibuang negeri. Perintah berkurung. polis berjaga siang dan malam. Rasail An-Nur tetap ditulis untuk memberi bacaan ilmiah kepada orang ramai ketika ceramah tidak dibenarkan.Al-Quran tidak dibenarkan ada di rumah. Dengan kuasa Allah...
Di Penjara Eskisehir...
Sepanjang berada dalam kurungan, Badiuzzaman Said Nursi sentiasa berusaha menulis kerana menulis sudah menjadi rutin hariannya. Walaupun kertas dan pen tidak dibenarkan masuk ke dalam penjara, itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus berkatya. Beliau tetap menulis atas cebisan kertas yang dikoyak daripada kampit-kampit kertas. Sebelah malam, beliau tudak dapat menulis kerana bilik kurungannya tidak ada lampu. Hidupnya amat mencabar dan menderita.
Walaupun menerima tekanan yang amat berat, namun ia tidak sedikitpun melemahkan semangat Badiuzzaman Said Nursi. Di dalam bilik kurungan yang suram itu, beliau menulis Risalah Al-Nur bab 28, 29 dan 30 di bawah tajuk al-Lamaat dan bab pertama dan kedua di bawah tajuk al-Shu'aat.
Badiuzzaman Said Nursi juga terus berusaha menyampaikan dakwah kepada banduan-banduan yang ditemuinya. Hasilnya, ramai banduan kembali bertaubat dan insaf.
Setiap malam, banduan-banduan dapat mendengar beliau menbaca al-Quran dengan suara gemersik. Membuatkan sesipa yang mendengarnya menitiskan air mata dan hati yang keras menjadi lembut. Keadaan ini menimbulkan keresahan pihak penjara lalu perbicaraan ke atasnya dipercepatkan.
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba. Seperti biasa , mahkamah sesak dengan orang ramai yang mahu mengikuti perbicaraan itu. Para wartawan menjadikan perbicaraan itu sebagai tajuk utama akhbar mereka.
Selepas pertuduhan dibacakan, Badiuzzaman Said Nursi dibenarkan membela diri ataupun mengaku salah. Beliau dengan tegas menyatakan pendiriannya.
"Yang arif tuan hakim, mereka menuduh saya dengan beberapa pertuduhan. pertama, saya didakwa mempunyai niat mencetuskan kekacauan dalam negara dengan memperalatkan agama. Ini disebabkan saya berjuang mengembalikan pelaksanaan syariah yang kami dituduh berfahaman kolot. Benarkan saya menjawab pertuduhan itu,"
"Pertama, hujah saya adalah adanya perbezaan antara kemungkinan dan kejadian sebenar. Seseorang yang mempunyai kemungkinan membunuh ramai orang. Tetapi bolehkah dia ditahan atas tuduhan kemungkinan membunuh? Begitu juga dengan sebatang mancis yang dapat membakar sebuah rumah. Adakah mancis itu akan dihappuskan bersandarkan kemungkinan boleh membakar?"
"Kedua, ilmu-ilmu keimanan menolak sesuatu tindakan yang bermatlamat selain daripada keredaan Allah. Iman adalah kunci cahaya yang suci bagi memperoleh kehidupan yang abadi dan sinaran akhirat, ia tidak akan sekali-kali menjadi alat kepada kehidupan duniawi,"
"Yang arif tuan hakim, percayalah...sekiranya penderitaan saya hanya menyentuh kehidupan duniawi dan peribadi saya, nescaya saya akan berdiam diri sebagaimana yang saya lakukan semenjak sepuluh tahun lalu. Tetapi disebabkan kaitannya dengan kabahagiaan abadi bagi kebanyakan manusia dan hubungannya dengan Risalah Al-Nur yang mentafsira dan membongkar penawar berharga bagi alam ini, maka sekali-kali tidak akan saya tinggalkan perjuangan ini. Walaupun saya diberi seratus kepala dan setiap hari kepala itu dipenggal. Saya mungkin bebas daripada ancaman kamu, tetapi saya tidak akan terlepas daripada maut,"
"Wahai tuan hakim, seluruh juzuk Risalah Al-Nur membicarakan soal-soal keimanan yang mampu mewujudkan keamanan dan kesejahteraaan negara. Sebabnya, iman yang menjadi sumber akhlak mulia dan sifat-sifat terpuji, tidak sekali-kali akan menganggu kemanan, bahkan dnegannya akan terhasil pula kesejahteraan. Sedangkan yang mencetuskan kekacauan adalah 'tanpa ima' kerana daripadanya akan lahir tingkah laku yang buruk,"
"Kamu bertanya saya daripada mana saya mendapat wang bagi menyara gerakan saya? Saya mahu bertanya semula, adakah kamu mempunyai bukti yang saya mengutip wang bagi membiayai gerakan saya? Kamu kata kerja yang saya lakukan ini tidak dibenarkan oleh kerajaan. Kamu mengatakan sudah ada jabatan kerajaan yang ditugaskan menjalankan kerja-kerja itu. Adakah saya perlu mendapatkan lesen bagi mematuhi perintah Allah?" tanya Badiuzzaman Said Nursi dalam hujah membela diri.
Sepanjang perbicaraan berlangsung, semua pertuduhan dapat ditangkis. Selepas dipertimbangkan, hakim membebaskannya daripada tiga tuduhan, iaitu menentang pembentukan kerajaan baru, menjadi ahli persatuan rahsia dan memperalatkan agama sebagai bahan politik.
Sebaliknya beliau dituduh pula menentang dasar kerajaan yang mnegharamkan perempuan memakai purdah seperti yang tertera dalam Risalah Al-Nur kerkenaan Tasattur An-Nisa'.
Risalah Tasattur al-Nisa' ialah sebuah risalah yang memperkatakan tentang kewajipan wanita Islam menutup aurat sesuai dengan fitrah kewanitaan yang mereka miliki. Risalah ini ditulis memandangkan golongan wanita sebahagiannya tidak lagi menjaga aurat mereka dikhalayah ramai. Ini berikutan penguatkuasaan peraturan kewajipan wanita berpakaian seperti wanita barat.
1935: Beliau tetap dijatuhkan hukuman 11 bulan penjara. 15 pelajarnya dihukum 6 bulan penjaraJelas di sini mahkamah telah menjaruhkan hukuman ke atasnya tanpa bukti yang kukuh. Beliau nekad membersihkan Risalah Al-Nur dan diterima ramai.
Dengan usaha Badiuzzaman Said Nursi dan pelajar2nya, penjara yang kelam itu kini menjadi kilauan cahaya Al-Quran. Penjara yang dahulunya menakutkan bertukar menjadi sebuah masjid yang dilimpahi cahaya keimanan. Semua banduan termasuk penjenayah berbahaya menerima tempias sejak kehadiran Badiuzzaman Said Nursi. Setiap hari mereka bangun awal bagi menunaikan solat subuh berjemaah dan membaca Al-Quran hingga menjelang fajar.
Memandangkan ramai banduan kembali ke pangkal jalan, Badiuzzzaman Said Nursi menamakan penjara itu sebagai sekolah yusuf. Tindakan beliau menjadikan penjara pusat ilmu...memberi kuliah dan mencurahkan segala ilmu tidak disenangi pihak penjara. Beliau dituduh lagi.
1936: Badiuzzaman Said Nursi dibuang daerah ke Kastamonu. 1940, beliau genap berusia 70 tahun. Beliau menghidap sakit pinggang kronik dan penyakit sendi-sendi akibat di racun. Ogos 1943, rumah beliau digeladah oleh pihak polis. 20 September 1943, rumah beliau digeledah lagi. Kali ini lebih terperinci dan mereka menjumpai risalah2 dalam dikumpul dalam kotak dibawah timbunan kayu2 api simpanan. Dalam keadaan lemah dan sakit, beliau dan pelajar2nya ditahan dengan pelbagai tuduhan yang direka-reka. Pada bulan Ramadhan beliau dan tahanan lain dihantar ke Ankara. Dalam perjalanan itu, beliau tidak lupa berdakwah.
Pihak berkuasa selepas berbulan-bulan mengkaji seluruh Risalah Al-Nur, mereka tidak menemukan sesuatu yang menimbulkan keraguan. Tidak ada jenayah yang boleh disabiykan.
"Ulama' itu tidak mempunyai aktiviti politik dan tidak ada sebarang bukti menyatakan dia membentuk tarekat sufi ataupun membuat organisasi rahsia. Tajuk-tajuk bukunya semuanya kerkisar masalah2 ilmiah dan iman. Ia adalah tafsir al-Quran." inilah laporan pengesahan pakar ilmuan disampaikan kepada pemerintah. Pemerintah ketika ini sudah diganti selepas kematian Mustafa Kamal Ataturk.
Selepas 20 tahun mengedaran Risalah Al-Nur, Badiuzzaman dihadapkan ke mahkamah mengenai kandungan Risalah Al-Nur . Beliau meminta satu badan khas mengkaji kandungan risalah ini yang mesti terdiri dari pakar2 agama. Hujah2nya dapat menyelamatkan Risalah Al-Nur dapat diedarkan dan dicetak berulang kali. (aku nak beli juga Risalah Al-Nur ni..huhuhu)
Hari-hari terakhir beliau sangat tersentuh hatiku. Dengan kedaan umur 80 tahun, beliau diracun. Diarahkan ke mahkamah. Di arah lapor diri. Banyak sangat pihak pemerintah buat untuk menyusahkannya. Allahu Akbar!...
1960: kubunya dibongkar dan ditanam di tempat yang tidak diketahui.
Moga ilmu beliau berterusan dan menjadi pedoman kita yang berada di akhir zaman.
*********
Mutiara kata:
Dia yang menciptakan mata nyamuk adalah Dzat yang menciptakan matahari. ~ Bediuzzaman Said Nursi
Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa. ~ Bediuzzaman Said Nursi
Menghidupkan kembali agama berarti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama berarti cahaya kehidupan. ~ Bediuzzaman Said Nursi
Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal berarti memiliki fikiran yang baik. Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup. ~ Bediuzzaman Said Nursi
SUMBER:
1. Badiuzzaman Said Nursi, Pejuabg dan Pemikir Islam Turki. Oleh: Abdul Latip Talib. Keluaran PTS 2012. Muka surat 459.
2. syamlawi
3. entri lama tentang Mustafa Kamal Ataturk KLIK
Allahuakbar
BalasPadamPerjuangan tokoh Islam ini membuatkan kita lebih bermotivasi menjaga iman di saat kepincangan dan penyelewengan di kalangan pemimpin sekarang.
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamTerima kasih....
Waalaikumussalam Wbt... sama-sama tuan ^^'
Padam