04 Mei 2012

Ma'rab Kuttub 2012.

"Kita buat kelas hari jumaat petang boleh? tolong tanya kawan2 yea," itu pesananku kepada kelas tingkatan 3. Bila semua setuju dibuat 1 jam iaitu 2.30-3.30 petang...aku dapat pembetulan semula.

"Kita pergi PWTC lepas habis sekolah yea," pesan rakan sejawat aku.

"Kata nak pergi hari sabtu. Dah la kelas hari sabtu dah cancel...huhuhu," aku jawab.

"Kalau kita pergi hari sabtu, pack sangat orang. Baik kita pergi lepas sekolah naik keretapi," jelas kawanku lagi.

Bila aku fikir semula...Terpaksa la buat kelas tambahan seperti biasa, hari sabtu pukul 8.30-11.30 pagi. 2 jam tu. Berasap kepala otak budak ni. hihihi...Apa pun aku nak tengok kehadiran pelajar ni dulu. O.K atau K.O?

Aku sampai kat Maarab Kuttub atau Pesta Buku lebih kurang jam 3.00 petang. Berhempas pulas naik keretapi dari Seremban ke Taman Tasik Perdana. Kemudian naik keretapi lagi ke PWTC. Kira kali pertama la aku naik keretapi di Malaysia. Pengalaman aku hanya di negara orang. Lagi pun di negeri aku tiada keretapi ni.

Dulu lagi dasyat. Bersama ayam dan itik. Ada bermacam-macam bau. Ada juga budak-budak miskin bergayut di pintu luar. Nak bayar tiket tak boleh. Bergantung kat luar je. Fenomena ini tiada di Malaysia. Ada juga diorang tidur atas bahagian letak barang. Macam katil pulak.


Alhamdulillah...

Dapat aku beli buku Badiuzzaman Said Nursi yang hidup satu zaman dengan Mustafa Kamal Attartuk. Bukan aku sahaja beli.Cikgu sains pun beli. hehehe...memang gaya bahasa dapat bentuk nivel ni mudah dihadam. Kalau baca buku berfakta 'buku dah baca aku'. hahaha...

Hari Isnin aku ambil cuti yea. Ada hal sikit...

Buat keluargaku...selamat datang ke rumahku. 

Mereka semua ni nak hantar adikku yang berjaya masuk ke Darul Quran Jakim di Kuala Kubu Baru. Aku tak kenal lagi tempat ni...Harap dipermudahkan urusan. Aminnn ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...