Sekolah sebagai tempat apa bagi seseorang? Terpulang kepada individu. Persepsi seseorang ada perbezaan. Yang paling penting, sebuah sekolah agama perlu menampakkan ciri-ciri sekolah agama. Bermula dari ketua hingga kepada pelajar. Adakah perlu mengaburi mata semua orang dengan sebuah masjid berada didalamnya? Jika begitu, apabila azan berkumandang sepatutnya semua orang Islam patut masuk ke dalam masjid. Semua pekerjaan lain boleh dibuat selepas itu.
Lemahnya diri ini. Ya, aku lemah. Insan lemah. Hanya mampu mengikut kemahuan mereka. Tanpa sedar diri ini terikut sama bersetuju dengan alasan mereka. Syaitan mula ketawa dengan keadaanku sekarang. alangkah lemahnya diri ini. Di mana kekuatan diriku yang lalu? Ya Allah bantulah hambamu ini...
Alangkah indahnya perancangan Allah. Allah hadirkan seorang ustaz yang menampakkan ciri-ciri seorang ustaz. Ustaz yang ramai aku kenali tidak sebegitu. Walaupun ada yang mengatakan tidak ada ustaz nak masuk ke sekolahku. Tidak ada permohonan. Sekolah ustaz tak lepaskan ustaz. Pelbagai jawapan yang didengari. Halangan demi halangan, akhirnya seorang ustaz dihantar ke sekolahku. jika dulu aku tertanya-tanya 'Tidakkah pelik sekolah menengah agama tidak mempunyai seorang ustaz?' Alhamdulillah. Moga sinar 'islamic' bersinar di sekolahku.
Jumaat yang lalu. Allah sayang kepada kami. Orang ramai membanjiri masjid untuk menunaikan solat Jumaat yang diwajibkan kepada semua lelaki kecuali ada keuzuran. Kenderaan memenuhi ruang tempat kosong yang ada. Jika melihat jemaah yang ramai ini, masjid perlu diperbesarkan. Alangkah kecewa menjelang solat fardu. Hanya beberapa orang sahaja yang berjemaah. Adakah ini petanda lemahnya iman umat akhir zaman?
Seorang lelaki berkepala botak. Berseluar jeans warna denim. Memakai baju t-shirt hijau lumut. Penampilannya pelik. Tidak seperti orang yang ingin menunaikan solat jumaat. Aku cuba berbaik sangka. Datang berjumpa dengan GPK kami. Hajatnya ingin menghantar anaknya ke sekolah agama ini. Anaknya dari Maahad Ahmadi. Aku bersangka baik lagi. 'Bagus orang ini hantar anak ke maahad' tapi penampilannya tidak meyakinkan aku. Azan hampir berkumandang. Dia masih bersembang. Selepas kelihatan mesra, dia tawaran barangan murah. Kononnya hasil rampasan kastam. Dia nak jual murah.
Kepala botak sebab nak pergi umrah. Bila aku tanya macam mana nak tahlul kalau tiada rambut. Dari jawapan yang dijawab, aku dapat agak bahawa dia tidak tahu apa itu tahlul. Atas alasan ingin tolong jual barang original dengan harga murah, nak mudahkan urusan umrah...ada sedikit kepercayaan yang diberikan bahawa dia 'orang baik'. Takkan dia berani sebut,"Saya nak mudahkan urusan di sana. Saya balik ke sini atau tak terpulang la. Mana tau kan?"...perkara ini bukan boleh main. Mana tau andai dia tipu, dia mati katak lepas ni...Atas kepercayaan ini, rakanku telah dahulukan duitnya untuk membayar barang itu. Dapat sahaja duit, aku andaikan dia pergi solat jumaat dulu.
Atas kepercayaan ini, kami telah tunggu sehingga hampir solat asar. Batang hidung pun tak nampak. Sah! dia telah tipu. Jika difikir semula, ada hikmahnya. Mungkin dia nak merompak. Dia tukar plan saat akhir dengan alasan pertukaran anaknya. Jika tak dapat duit, barang kami yang terdiri dari laptop dan komputer disekolah boleh diambilnya. Tapi itu tidak berlaku. Hanya hilang duit sedikit berbanding nyawa kami yang tidak boleh diganti lagi. Hilang duit, kami selamat. Alhamdulillah. Hanya Allah mengetahui.
Andai orang itu membaca entri ini, ingatlah bahawa dia tidak akan selamat dengan kata-kata beraninya. Aku andaikan orang ini tidak akan berani menjejak tanah suci Mekah. Wallahu A'lam.
Moga ia menjadi pengajaran kepada orang lain.
Innalillah..takziah ye untuk sahabat cik sufi..jangan risau tetamu yang terpilih olehNya bukan sebarangan orang..di Tanah Suci juga masih ade golongan yang sebegini di dlm Masjidil Haram. Allah hanya ambil sedikit sebab nak ganti yang lebih untuk sahabat cik sufi.bagitahu sahabat tersebut supaya membuat sujud syukur tanda bersyukur atas apa yang berlaku walaupun pahit..jangan berduka sebaliknya senyum..:)
BalasPadamTerima kasih 'comey'. kena senyum la walaupun terasa pahit di mulut. hehehe...nti sy bgtau dia ye ^^'
BalasPadam