24 Jun 2012

Kerdil Diri Ini.

Bangun di awal pagi untuk memulakan perjalanan ke sekolah yang belum pernah aku jejaki. Berdasarkan pelan yang diberi oleh rakan-rakan, aku beranikan diri untuk meredah apa jua halangan. Seperti biasa, lebih kurang 7 pagi aku sudah bersedia untuk bertolak ke tempat pertandingan. Surat tugasan dan lantikan mengunci mindaku. Apa sebenar tugasanku? Tiada taklimat atau penerangan yang boleh aku jadikan 'clue'. Pengalaman apatah lagi.

Atas alasan 'aku menurut perintah', aku cuba penuhi permintaan bertugas jam 7.30 pagi. Pada hakikatnya janji melayu tetap tidak akan dimulai 7.30 pagi. Suasana pagi yang baik memboleh aku memandu dalam keadaan aman dan selesa. Hampir ke lokasi yang dituju, kereta mula meluncur perlahan sambil mata melihat kiri dan kanan mencari lokasi sebenar. Aku melepasi pagar sekolah. Sekolah yang besar kelihatan jauh ke dalam. Alhamdulillah aku sampai ke lokasinya.

Majlis ihtifal bermula jam 8.30 pagi. Tidak dapat aku lihat persembahan pelajar-pelajarku. Dari awal hingga akhir, aku berada di kawasan bertugas. Tugasan yang mudah tetapi memerlukan kerjasama yang baik dari semua rakan setugas. Walaupun ada kesilapan teknikal, semuanya berjalan lancar. 12.30 tengahari, bahagian tugasanku selesai. Keringat dan perutku mula meminta diisi.

Maaf. Kali ini aku tidak dapat buat apa-apa kesimpulan memandangkan aku tidak bersama-sama pelajar. Saingan kali ini agak hebat dikalangan sekolah SBP dan SMKA, jangan putus asa untuk persediaan tahun depan. Pengalaman hari ini bukan untuk ditangisi tetapi penguat semangat. Redhalah dengan ketentuan Allah. Moga tiada kekecewaan dalam hati.


Pada pagi sebelum aku ke tempat bertugas, aku sempat buka FB. Adik aku mengatakan ayah tak sihat. Kata-katanya menyentuh hatiku. Ayah batuk dan muntah-muntah. Tak bermaya. Terasa nak balik kampung. Bila aku buka FB semula, chatting dengan adik. Katanya ayah dah ok. Alhamdulillah. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk kedua ibubapaku. Lambat lagi cuti? Bila aku nak ambil peluang pulang walaupun sekejap ni? Aku masih berani?

2 ulasan:

  1. semoga ayah cik sufi sihat ye..kalau nak balik kg hjg mggu sy nak join jugak..sy jd peneman cik sufi..hehehe..best x pengalaman jadi pengira markah?rindu zaman2 masuk pertandingan ni...semoga pelajar cik sufi akan berjaya dalam prtandingan akan datang..;)

    BalasPadam
  2. jom balik.hehehe...time kasih senyuman manis ^^'

    BalasPadam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...