08 Jun 2012

Lawatan Ke Terengganu.

Galau dihati bila mendapat tahu 'lawatan ke Terengganu'. Cuti sekolah memang 'jem' jalan di negeriku ini. Apatah lagi lawatan yang membawa ramai pelancong ke sini. Aku berlapang dada bila Dr Baharrudin minta dibuat 6 Jun 2012. Setelah perbincangan dibuat antara kaunselor dan pihak pentadbir sekolah. tarikh 6 Jun dipersetujui. Harapanku agar dapat ke Balai Cerap Kusza di Maran. Balai cerap ini mengingatkanku tentang pembelajaranku dalam Sijil Falak Syarie 2005. Memang ilmu falak mudah dilupai jika tidak dipraktikkan seperti ilmu faraid juga. Inilah ilmu yang terawal hilang dari manusia di akhir zaman ini.

Harapan ke Balai Cerap Kusza terhapus bila cerapan ini dibuka untuk orang ramai di Padang Latihan Memanah Unisza. Seawal 8.15 pagi, kami bertolak dari homestay As-Salam di Tanjung Jaafar. Hanya 10 minit perjalanan, kami sudah berada di pintu pagar Unisza. Tergeliat lidahku nak sebut nama ini. Nama KUSZA lagi best. Apa kata bekas pelajar KUSZA?hehehe...

Fenomena langit atau transit zuhrah yang berlaku pada 6 Jun 2012 dihebohkan dalam akhbar oleh Dr Baharrudin Zainal. Berita  yang disiarkan pula di Baitul Hilal. Kecian Dr Bahar.Tiada laporan pemberita pasal hal ini di padang sasar latihan memanah di UNISZA. Tak perlu penghargaan dari orang tapi yang penting apa sumbangan kita kepada orang lain termasuk orang ramai yang buta tentang fenomena ini.

'Titik hitam yang kecil itu( Zuhrah) melintasi Matahari 105 tahun sekali. Ehsan dari Kak Zu Norwi'


'Gambar dari Kak Jamilah'













Seterusnya Taman Tamadun Islam tempat lawatan seterusnya. 21 replika masjid seluruh dunia dipertontonkan di Pulau Wan Man ini. Semuanya ada nilai sejarah yang telah terkubur dengan arus kemodenan sekular. Masjid bukan dibuat tempat solat, malah dijadikan tempat pelancongan. Adakah kita masih berfikir tentang hal ini? Allahu Akbar!



 












Lawatan singkat ini berakhir di Pasar Payang. Sebagai warga Terengganu, terlalu jarang aku ke sini. Tempat ini bergantung kepada pelancong sebagai pembelinya. Sekadar pemerhatianku yang cetek ini. Semuanya terpulang kepada individu.

p/s: Maaf...sekadar yang termampu aku buat untuk membantu melancarkan perjalanan lawatan ini. Aku tidak sesuai dijadikan pemandu pelancong. Lebih kenal negeri orang dari negeri sendiri.

Catatan ringkas ini sebagai pembuka mindaku. Sekarang dalam proses menghadam buku 'I want to be a writer' oleh Ummu Hani Abu Hassan. Anak kepada penulis yang ternama Cikgu Abu Hassan Morad. Best la kak Ummu ^_^

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Maaf terpadam isi kandungan. Terengganu memang dah berubah. Mana-mana tempat yang saya pergi boleh post. Hehe

      Padam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...