Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

24 Ogos 2012

Angpau.

"Ambil duit raya ni buat beli pen yea," kata makcik A sambil menghulurkan sampul angpau buat kami adik beradik. Tak disangka dihulurkan juga sampul itu kepadaku. 

"Terima kasih," sambil bersalam biasa tanpa cium tangan atau lagakan pipi. Caraku mungkin menjadi tanda tanya kepadanya.

Kami beransur keluar dari rumah sepupu ibuku itu (namanya aku rahsiakan).

Aku turun dan keluar dari rumahnya sambil menekan butang 'remote control' kereta myviku. Aku masuk seperti biasa. Makcik A ni ikut sama menghantar kami ke muka pintu.

"Eh, dah boleh bawa kereta dia," kata makcik A. Aku hanya tersenyum. Apa boleh aku katakan. Tadi aku nak tolak angpau yang diberikan. Bimbang makcik A 'kecik ati'. Aku terima je la...

Nasib la raya tahun ni. Kami bertiga dianggap sebaya. Padahal aku lebih tua 10 tahun dari adik-adik perempuanku ini.

Jika tahun lepas, ceritanya berlainan sedikit. Sebab anak tuan rumah kenal aku malah sebaya denganku. Dia memberi angpau kepada adik-adikku. Abang iparnya bagi angpau juga. Angpau abang iparnya dihulurkan kepadaku.

"Tua-tua pun dapat duit raya," perli kawanku merangkap anak tuan rumah ini.

"Nak buat macam mana...mukaku masih muda," kataku dalam hati. Kalau tak panjangla budak tu berleter. Aku dah nak beraya ke rumah orang lain lagi ni.

Bapa saudara yang jarang jumpa, dia tetap bagi. Alasannya masih bujang. Bujang yea. hehehe...tak kisah laa...
Soalan ramalan terbukti masih ada. Ramai sangat yang prihatin.

"Mak, kalau ada orang tanya bila nak kahwin... boleh tak nak tanya semula...makcik nak mati bila?," tanyaku kepada ibuku.

"hahaha...," boleh pula mak aku gelak.

"Tak terasa ke orang tu?" aku tanya semula. Nampak gaya ternenung juga ibu aku ni. Lambat jawab.

"Boleh juga. Nak suruh dia ingat sikit tentang kematian," jawapan 'educated' tuuu.

"Ajal, maut, jodoh pertemuan, rezeki... Allah yang tentukan. Buat apa la nak susah diri tanya. Kalau orang tu sakit jantung ....habis laaa," kataku.

"Suruh la orang yang bertanya tu doakan. Mana tau berkat hari raya," tersenyum aku dengar ayat ni. Tak sakit hati orang lain. Jawapan ini lebih sesuai untuk soalan ramalan aku ini.

Ada sesiapa nak kongsi pengalaman hari raya? silakannn...

3 ulasan:

  1. hehehehe..soklan cepumas..kali ni sy terselamat dr soklan maut tu..fuhh lega..taun ni sy da x dpt duit raya tp org msh ingat sy belajo lg..moga2 masin la mulut diorg tuk sy smbg master..x sabo nok smbg belajo..hehehehe;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni soklan glamour gak. baru tadi ada sorg tanya. hahaha...sabo je la. Insya Allah...dapat sambung master lepas ni. nak sambung gak ar.jeles nyer tengok kekwn sambung belajo.huhuhu

      Padam
  2. tu la..mai kite pakat2 smbg master..hehehehe..sy pon kene tanye gak td bila nk mkn ns myk sy..bila jwb nnt sy msk n nk lauk gulai dgg ke ayam terus org yg tanye senyap..hehehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...