16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433H

Ramadhan bakal melabuhkan tirai. Hanya beberapa hari lagi. Adakah kita telah mendapat kemenangan? Dari segi zahir ya. Tapi dari sudut yang lain, umat Islam Syria, Palestin dan etnik Rohingya masih berperang untuk mendapat kebebasan. Ya Allah berilah kemenangan kepada umat Islam keseluruhannya. Sesungguhnya aku tidak mampu. Hanya doa aku titipkan untuk mereka.

Esok,

Aku bakal berangkat pulang ke kampung bersama teman dan adik-adik. Moga perjalananku dipermudahkan segala urusan. Desas desus ada mengatakan jalan raya sesak teruk dengan kebanjiran kenderaan. Sudah lama aku tidak menaiki bas. Aku selesa dengan memandu sendiri untuk pulang ke kampung.

Kali ini aku pergi pusat servis untuk check myviku. Bateri kereta weak. Sedangkan aku baru sahaja tukar semasa perjalanan pulang ke kampung sempena cuti perayaan cina. Jangka hayat bateri ini biasanya 3 tahun. Baru 8 bulan dah buat hal? Adakah aku kenal tipu? Aku dinasihatkan sentiasa lihat air bateri.

Aku maafkan semua kesalahan yang pernah dilakukan terhadap diriku. Semoga orang lain akan memaafkan kesalahanku jua. Walau apa pun yang telah aku lalui, kesabaran adalah kuncinya. Ya...Aku perlukan kesabaran yang tinggi. Moga Allah memeliharaku dari segala keburukan dan kemaksiatan.

Di kesempatan ini, aku ucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir( kesalahan yang nampak)  batin (kesalahan yang tidak disengajakan). Aiid Saiid. Kullu Am Wa Antum Bikhair!


Doakan perjalananku selamat pergi dan balik ^_^

3 ulasan:

  1. SELAMAT HARI RAYA USTAZAH..tak sempat saya nak jumpa ustazah haritu..ape pun maafkan saya kalau saya ade terkasar bahasa dgn ustazah.hati-hati drive kereta tu ye~semoga ustazah selamat pergi dan balik(amin):)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Haidi. Kullu Am wa anta bikhair. Terima kasih ats doa. saya selamat kembali ke sekolah semula. tapi hilang dihari kedua. hehehe...asifff..lambat balas ^^

      Padam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...