21 September 2012

Hina Nabi

Pada suatu ketika, seorang ulama' mencemuh Khalifah Sulaiman kerana beliau suka kepada hiburan. Selain nyanyian dan tarian, beliau juga suka kepada wanita-wanita yang cantik.

"Alangkah buruknya pekerti Khalifah Sulaiman kerana suka kepada nyanyian, tarian, wanita cantik dan arak," cemuh ulama' itu.

Perkara itu sampai kepada Khalifah Sulaiman. Beliau berasa marah lalu menyuruh pengawalnya menangkap pegawai itu bagi menghukumnya. Kemudian beliau bermesyuarat dengan orang terdekat dan para penasihatnya termasuk Umar bin Abdul Aziz.

"Apakah hukuman yang patut dikenakan pada orang itu?" tanya Khalifah Sulaiman meminta pendapat semua yang hadir.

"Penggal sahaja lehernya," cadang seorang menterinya.

"Saya setuju," sokong ketua pengawalnya.

Tetapi Umar Abdul Aziz cuma berdiam diri. Khalifah berpaling ke arahnya lalu bertanya," Mengapa berdiam diri, wahai Umar?"

"Selain cemuhan kepada nabi, saya tidak tahu adakah cemuhan selain daripada itu dapat menghalakan darah seorang muslim bagi dibunuh," kata Umar Abdul Aziz.

Khalifah Sulaiman tidak jadi menjatuhi hukuman bunuh ke atas ulama' itu sebagai tanda penghormatan pada pendapat Umar Abdul Aziz.

Kemudian Umar berkata,"Wahai Khalifah Sulaiman, apakah menjadi kesalahan sekiranya seseorang itu mencaci orang Islam?"

"Ia memang satu kesalahan," jawab Khalifah Sulaiman.

"Bukankah Saidina Ali juga orang Islam? Tetapi mengapa dibenarkan orang mencacinya?" tanya Umar Abdul Aziz.

Khalifah Sulaiman terdiam. Dia tidak dapat memberikan jawapan kerana cacian pada Saidina Ali dan keluarganya dilakukan sejak zaman Khalifah Muawiyyah. Hingga ke hari itu, cacian itu masih dilakukan di atas mimbar masjid.

*Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik adalah Khalifah Bani Umaiyah(97H-99H/715M-717M). Beliau mewasiatkan supaya Umar Abdul Aziz menggantikannya sebagai khalifah.

~Buku Novel Sejarah Islam: Umar Abdul Aziz, Bayangan Khalifah Al-Rasyidin. Oleh:Abdul Latip Talib~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...