25 September 2012

Kaedah Pengajaran Bahasa.

Kaedah yang sesuai untuk penagajaran Bahasa Arab ialah:

1. Kaedah Tematik (Tariqah Mauduiyyah)

Ia berasaskan satu idea besar sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil. Contohnya tema Keluarga. Ia boleh dipelbagaikan seperi nama keluarga, aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya. Kemudian cabang Bahasa Arab boleh dipraktikkan dalam nahu/ tatabahasa. maqal / penulisan atau muthola'ah.Ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah lain seperti  perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.

2. Kaedah Mengeja (Tariqah Al-Imlaiyyah)

Ia berdasarkan sejarah penmyebaran ilmu sesudah kertas dan tulisan dihasilkan. Ia adalah kaedah kedua selepas hafalan yang diamalkan di awal perkembangan Ilmu dalam sejarah Islam. Murid akan menulis kalimah yang diungkapkan oleh guru.

Dalam sejarah Islam, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama'. Para ulama' menyampaikan pandangan kemudian akan disalin oleh murid masing-masing. Proses ini merosot menjelang abad ke-4 hijrah. Abad ke-9 hijrah, Imam Ibnu Hajar kembali mengembangkan kaedaha ini dengan mengadakan muhadharah atau kuliah dalam hampir 1000 majlis. Kemudian diikuti oleh Imam As-Sayutu dan Syeikh Murtadha Al-Zubaidy.

3. Soal Jawab (Tariqah Al-Munazharah)

Kaedah ini sesuai dan praktikal dalam pengajaran bahasa. Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau betanya khabar. Walau bagaimanapun pelajar perlu memahami maksud setiap frasa ayat ini.

4. Kaedah Latih Tubi (Tariqah Al-Mulazamah)

Proses mengulangi apa yang dipelajari, disebut dan ditulis amat sesuai untuk kemahiran berbahasa. Dalam Islam kaedah ini antara pengajaran bentuk awal. Contoh yang terbaik adalah Malaikat Jibril datang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi klaimah iqra' beberapa kali sehingga Nabi Muhammad SAW dapat menyebutnya.

membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi terutama untuk memperkemaskan kemahiran lisan dan membaca. Ia amat berkesan untuk jangkamasa yang panjang.


5. Kaedah Perbandingan (Al-Qiyasiyyah)

Kaedah dimulai dengan prinsip asas dan umum sebelum dihuraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Sesuai untuk mengajar Nahu/ tatabahasa seperti jama' taksir. Selepas memberi penjelasan sifat jama' taksir dan bagaimana mengenalinya, guru memberi beberapa contoh.

6. Kaedah Induktif.

Kaedah ini berlawanan dengan kaedah bandingan. Dengan kaedah ini, pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta huraian sebelum membuat kesimpulan.

Kaedah ini mengalakkan pelajar membuat kesimpulan sendiri sebelum memberi kesimpulan umum. Kaedah ini membantu pelajar berfikir, merenung, menganalisa dan berlatih membina kesimpulan dan prinsip. Cobtoh pengajaran Nahu, pelajar diberi contoh yang banyak dan murud membuat kesimpulan sendiri berdasarkan kefahaman daripada contoh yang diberikan.

(hanya ringkasan dari diriku yang masih belajar^^)

SUMBER: Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Oleh Kamaruddin Bin Jaffar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...