08 Oktober 2012

Semangat Tidak Cukup Kecuali Redha Allah.

Menjelang peperiksaan PMR esok, aku terasa debarannya. Seolah-olah aku yang menghadapi peperiksaan ini. Walaupun lebih 10 tahun yang lalu aku pernah laluinya, kali ini aku tetap terasa bahangnya. 

Aku pernah membaca menggunakan lampu kalimantan yang berada di koridor asrama. Ya. Ketika itu aku berada di asrama. Masih aku ingat katilku menghadap pintu masuk ke bilikku. Melalui celah-celah jaring itu, aku cuba membaca. Semua ahlibait(ahli bilik) tidur. Inilah peluang aku untuk membaca dan menghadam fakta dari buku sejarah. Hakikatnya aku tidak minat sejarah.

Aku susun jadual pembelajaran. Subjek paling aku lemah adalah subjek yang paling kerap aku ulangkaji kecuali Bahasa Inggeris. Entah kenapa aku tidak dapat cari jalan cara untuk belajar Bahasa Inggeris. Ditambah dengan cara pengajaran guru yang cukup menghampakan. Tidak perlu aku jelaskan sesuatu negatif tentang guru ini. Dia tetap guruku.

Sekarang aku mengajar. Dalam masa yang sama aku turut belajar berdasarkan tingkah laku pelajar aku sendiri. Tidak terlepas pada pemerhatianku berkaitan dengan pengajaran rakan sejawatan. Cara mereka mengajar dan sebagainya. Pelbagai karenah mereka setiap tahun. Mereka tetap berbeza. Aku cuba belajar dari mereka.

Tahun ini ada kelainan dalam diri pelajar tingkatan tiga. Aku tidak melihat semangat mereka terutama lelaki. Merekalah bakal mentadbir negara dan generasi pelapis untuk generasi masa kini. Adakah aku tidak nampak semangat mereka? Adakah aku terlalu marah kepada mereka sehingga aku tidak nampak kegigihan mereka?


Yang masih gigih bertanya soalan adalah pelajar perempuan. Terutama matematik. Subjek aku? Mungkin bagai mereka Bahasa Arab tidak penting. Tidak penting untuk masa depan mereka. Apa kerjaya masa depan untuk subjek aku. Semuanya materialistik. Semua nampak duit. Semua nampak dunia. Ya! Dunia penuh dengan syurga. Di mana akhirat mereka? Terutama bacaan dalam solat. Semuanya dalam Bahasa Arab. Jika bacaan tidak betul, maksud lain..adakah doa mereka diterima? jika solat tidak cuba disempurnakan sampai bila mereka akan ikut sebutan yang salah? Mungkin anggapan aku salah. Mungkin anggapan mereka betul.

Bagi aku Bahasa Syurga ini telah di anak tirikan. Sebab tiada MBA. Sedangkan MBI & MBM diperkenalkan. Sebut sahaja sekolah agama. Tapi apa yang mereka pentingkan? Guru agama berapa orang di sekolah itu? Seorang guru mengajar satu subjek untuk semua tingkatan. Guru agama wajib terlibat dalam semua program. Tetapi guru biasa tidak boleh terlibat dalam subjek Pendidikan Islam atau Bahasa Arab. Perlu tauliah? Cuba fikir dengan fikiran yang waras. Di mana kedudukan agamawan sekarang? Aku tidak tahu di mana puncanya. Adakah dasar pendidikan kita tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah? Adakah kita masih menggunakan sistem pengajaran penjajah?

Aku hanya perlu meninggalkan persoalan di sini tanpa huraian. Semoga Calon PMR akan terus berusaha dengan doa sebagai senjata terakhir. Buatlah semuanya kerana Allah. Jika kerana manusia, kita akan rugi. Mulakan sebarang pekerjaan dengan Basmalah ( Bismillahirahmanirrahim)

~SELAMAT BERJUANG CALON PMR 2012~

3 ulasan:

  1. ye la kan..bahasa syurga semakin dipinggirkan..diorg duk bangga ngan speaking london..soalan Mungkar dan Nakir bukan lam bahasa kafir tu..sy pon rindu nak belajar bahasa arab..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga masih belajar sambil mengajar. Indah sangat bahasa arab. Cuma kita mungkin kurang terdedah dengan suasana arabiah. Hari ini sudah berakhir 2 subjek. Moga hari seterusnya mereka sudah bersedia menjawab soalan yang mencabar & pertolongan Allah mengiringi mereka ^^

      Padam
  2. Alhamdulillah. Result kali ini mmg mningkat walaupun tidak dalam jangkaanku. Tahniah semua calon. Walaupun mereka dikatakan banyak masalah, natijah mereka kira ok. Alhamdulillah. Syabas!...jge akhlak di sekolah baru ye

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...