16 November 2012

Ibnu Khaldun

Ibnu bermaksud anak lelaki dalam bahasa Arab. Ibnu Khaldun adalah gelaran. Ia membawa maksud 'anak kepada Khaldun. Aku terjumpa kisah Ibnu Khaldun dalam versi Majalah tahun 1973. Kulit majlah yang lusuh memudahkan sesiapa sahaja untuk men'sampah'kan majalah ini.

Dalam majalah ini, penulis mengenai Ibnu Khaldun adalah Ab. Kadir Bakty. Apa yang aku keliru adalah gelaran kepada Ibnu Khaldun. Dalam bacaan sebelum ini, gelarannya adalah Waliyuddin Abdul Rahman. Dalam majalah ini diberi gelaran Abu Ziyad Abdul Rahman. Aku hanya dapat mengandaikan anak beliau bernama Ziyad.

Mengikut penceritaan terdahulu, Ibnu Khaldun mempunyai isteri dan anak-anak. Malangnya semasa dalam perjalanan ke Mesir, kapal yang mereka naiki karam. Ketika ini Ibnu Khaldun menjawat jawatan Ketua Hakim di Mesir. Gangguan emosi banyak menganggu beliau sehingga diberi cuti rehat yang lama.

Sebagaimana yang diketahui, Ibnu Khaldun adalah orang yang mempelopori ilmu sejarah dunia. Hal ini kerana beliau banyak terlibat dalam urusan pentadbiran beberapa negara. Beliau juga banyak menyantang jawatan penting dalam sesebuah negara dan pemerintahan. Beliau dianggap 'genius' melebihi Plati, Aristotle dan lain-lain ahli falsafah sebelumnya.


"...Berkenaan ilmu sains atau falsafah sejarah kesusasteraan Arab telah dihiasi oleh satu nama yang cemerlang.Tiada seorangpun pada zaman klasik dan 'Medival' Kristian dapat menunjukkan yang sehampir atau yang sama cerdik dengannya," kata Robert Flint dalam bukunya 'History of the Philosophy og History'.

"Beliau seorang genius. Dalam usia lima puluh empat tahun, beliau dapat menjayakan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh sebuah 'lifa-work' dalam bentuk kesusasteraan Arab dalam tempoh masa yang singkat," kata Arnold J. Toynbee dalam bukunya 'A Study of Histoy'



Kurun ke-13 adalah satu zaman yang amat pahit dan menggemparkan dalam sejarah Afrika Utara. Zaman ini penuh dengan huru-hara dan pergolakan terutama selepas tumbangnya pemerintahan Al-Muwahhidin. Raja-raja dan ketua-ketua kaum berebut mendapat kuasa. Datuk-datuk bandar bertukar ganti dalam tempoh yang singkat. Hasut menghasut, bunuh membunuh dan rusuh merusuh bertambah  parah. Nasib Ibnu Khaldun tidak begitu buruk. Beliau hanya di penjarakan selama 2 tahun kerana tidak disukai oleh sultan. Nasib malang menimpa saudaranya kerana dibunuh oleh Raja Muda Tilmisan.

Tahun 1362M, Ibnu Khaldun berhijrah balik ke Sepanyol dan berhidmat diwah Raja Granada. Beliau dihantar oleh Raja Granada sebagai utusan kerajaan di negara Raja Pedro the Cruel, di Castille. Di Seville, beliau melihat tugu-tugu zaman datuk neneknya berkuasa dahulu.

Kebolehan yang luar biasa pada Ibnu Khaldun menarik minat Raja Kristian itu. Raja itu menawarkan untuk memulangkan kembali tanah ladang kepunyaan nenek moyangnya. Ibnu Khaldun menolak dan beliau hanya mengambil sewa bagi tanah ladang itu.

Di Sepanyol,beliau meramalkan telah membangkitkan kecurigaan Perdana Menteri Sepanyol. Beliau meninggalkan Sepanyol dan kembali ke Afrika Utara. Tidak lama kemudian, beliau dilantik menjadi Ketua Istana atau Perdana Menteri oleh Sultan Bougie di Algeria. Beliau pernah ditugaskan mengepalai beberapa bala tentera menyerang suku Barbar. Dalam tempoh ini  beliau banyak menjawat  jawatan. Jatan yang silih bertukar ganti dalam tempoh yang singkat. Ibnu Khaldun terpaksa menukar taat setia dan tempat kediaman dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Beliau menjelajah jauh sehingga ke Moroco. Di sana beliau terpaksa tinggal bersama puak Badwi Algeria dan menjadi ketua dalam beberapa peperangan.

Hayat terpenting dalam hidupnya pada tahun 1375. Selepas bersara dan berehat bersama keluarganya di Istana Abu Salam behampiran Iran. Selama hampir 4 tahun beliau menumpukan perhatian mengarang kitab Muqaddimah dan Sejarah Dunia. Akhir tempoh itu, beliau memerlukan banyak dokumen untuk menambahkan maklumat. Oleh itu, beliau kembali ke Tunisia. Di sana, beliau mengkaji, memberi kuliah dan kursus-kursus. Disebabkan hal ini, terdapat kecurigaan dikalangan pihak pelajar dan pihak istana. Beliau membuat keputusan untuk pergi ke Mekah sebagai langkah keluar dari Tunisia.

Tahun 1382M, beliau belayar ke Mesir. Di sana beliau menerima tawaran sebagai pensyarah dan kemudian menjadi ketua hakim ketika pemerintahan Sultan Memalik di Kaherah.

Tahun 1387M, setelah kematian isteri dan anak-anaknya, beliau menyambung perjalanan ke Mekah bagi menunaikan haji. Kemudian kembali ke Jaherah dan memegang jawatan ketua hakim sehingga meninggal dunia pada tahun 1406M. Ketika ini beliau berusia 74 tahun. Beliau dikebumikan di Kaherah kawasan perkuburan Sufi di luar kampung bab Nasr.

Salam Maal Hijrah 1434. Jom sama-sama cari ilmu untuk baiki diri ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...