03 November 2012

Sembelihan 2012

Tiga hari hadir Kursus Penataran Pentaksiran Sekolah bagi Bahasa Arab tingkatan 2 tahun 2013. Memang tak tau apa yang berlaku di sekolah. Adakah masih 'kalut' atau kelam kabut? Semuanya aku 'peram'. Fokus untuk faham PBS sahaja. Siapa la bagi idea buat PBS ni? Adakah mengikut siapa Menteri Pelajaran? Tak tau nak jawab apa kan. Itu lah istilah 'Aku yang menurut perintah'

Program kali ini adalah program sembelihan + projek khidmat masyarakat anjuran bersama PIBG. Bagi aku ini adalah kali pertama buat program bersama orang kampung. PIBG banyak buat kerja. Daripada awal hingga akhir program. Terima kasih buat semua yang terlibat.

Ini bukan kali pertama aku terlibat dalam program sembelihan. Semuanya tidak memberi peluang kepadaku untuk cuba sembelih. Kali ini terasa yakin diri walaupun tangan kiriku masih kebas. Alhamdulillah kali ini aku dapat mengambil peluang ini untuk mencubanya. Syabas kepada semua yang berjaya melakukan praktikal sembelihan. Ruginya sesiapa yang tak cuba.

Kita belajar sedikit tentang sembelihan ini.


Penyembelihan harus menggunakan objek tajam. Kaedah ini untuk meminimumkan kesakitan haiwan ketika disembelih.

Sabda Nabi saw bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).

Penyembelihan harus dilakukan pada leher haiwan itu, iaitu pada bahagian urat nadi atau kerongkongnya.Setiap penyembelihan perlu dimulakan dengan Bismillah.
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).

Fakta saintifik membuktikan bagi setiap penyembelihan, darah haiwan itu perlu dialir keluar. Ini kerana darah adalah medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian ‘spinal cord’ hendaklah dielakkan daripada terpotong ketika sembelihan dilakukan kerana ia akan menyekat aliran darah keluar akibat daripada saluran darah terganggu kesan daripada jantung haiwan terhenti secara tiba-tiba.

Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih.

Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksinyang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan. Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama.

Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwanIni kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus. Maka keadaan di mana haiwan bertindak balas secara tiba-tiba dalam keadaan agresif bukan kerana kesakitan, tetapi kesan tindak balas otot yang berlaku apabila darah mengalir keluar.

Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, Jerman, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik.Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan. Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai‘deep sleep’haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yang mengalir keluar dari tubuh haiwan itu. Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan. Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik.

Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan pemakanan yang halal penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadat. Oleh itu, Muslim perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal bukan meragukan.



Secara ringkasnya...


MAKSUD SEMBELIHAN = Menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah

HUKUM SEMBELIHAN = Wajib dengan tujuan dimakan dagingnya

RUKUN SEMBELIHAN

  • Penyembelih : Tidak dalam ihram haji atau umrah


  • Binatang yang disembelih dengan syarat putus urat halkum dan urat merih
  • Alat sembelihan dengan menggunakan benda yang tajam selain dari gigi, tulang, kuku, rambut dan tali


PERKARA SUNAT SEMASA SEMBELIHAN

  • Menyebut nama Allah seperti melalui Bismillah


  • Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati


  • Menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah rusuk kiri


  • Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam


  • Melakukan sembelihan pada waktu siang


PERKARA MAKRUH SEMASA SEMBELIHAN

  • Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang


  • Tidak membaca bismillah


  • Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat


  • Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih



SUMBER: UYE , sbh

2 ulasan:

  1. ruginya kita tk de mse tu...nk cube jugk sembelih ayam..selame ni tngok orng sembelih ayam je...huhu...hmm...nnti nk cubelh sembelih ayam...insyaALLAH tk lari..hehe.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panjang umur tahun depan kita buat lagi. Ayam memang tak lari. Beli la ayam hidup. Mintak ustaz ajarkan...

      Tahniah Dayang & team sapat tempat ke-6 dalam pertandingan PBL peringkat negeri...

      Jazakallah ^_^

      Padam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...