28 Disember 2012

Hujan.

Hampir nak masuk tahun baru 2013 masihi. Tahun baru hijrah dah lepas.

Banyak sangat tahun baru. Semua nak sambut. Apa yang berlaku terhadap kita, muhasabah semula. Tidak dilupakan terhadap diri aku ini. Cuti kali ini memang lama. Lebih dari sebulan.

Negeri aku di pantai timur. Sekarang memang perlu harungi hujan hampir setiap hari. Pernah sehari tak berhenti langsung hujan ni. Paras air sungai sangat tinggi dan deras. Nak mandi di sungai, takut. Telaga pun jadi la. Lepas gian berada dalam air. Bukan senang nak naik semula. Dinding telaga berlumut. Licin. Seksa nak naik semula. Turun senang. Alhamdulillah, berhasil masuk ke dalam dan mandi.

Aku kerja di negeri bahagian pantai barat. Meredah jalan berlubang dan banyak lopak menguji ketahanan mental fizikal. Apatah lagi memandu dalam keadaan hujan lebat.  Ada kawasan banjir. Aku masuk ke jalan alternatif.

Kali ini masih boleh berehat. Memandu secara bergilir-gilir. Asalnya takut nak bagi dia memandu walaupu dan ada lesen P. Pegang sahaja stereng, kereta meluncur laju. Boleh tahan.

'sekadar hiasan'

Selepas mengisi minyak di shell R & R Temerloh. Dari jauh seseorang tersenyum. Pelik. Aku kenal ke? Adikku sedang makan nasi minyak yang bekalkan oleh mak. Mulutnya penuh dengan makanan. Nak bercakap tak boleh. Hanya pandang aku. Aku pandang balik dirinya.

Tak sangka aku jumpa sepupuku. Patut lah dia senyum. Bertanya khabar serba sedikit kemudian dia terus berlalu,. Aku terus sambung perjalananku. Aku malas nak laju-laju sangat. Nak kejar apa. Tak pasal-pasal 'terima surat cinta bergambar'. 

Sedang bercerita kisah yang berlaku di shell sambil gelak kerana ada 'peristiwa' berlaku. Dapat hon dari kereta sepupuku. Laju lagi dia. Biar lah. Malas nak main kejar-kejar ni. Kira ok jugak dengan Myvi SE 1.5 aku ni. Sabar!

Sampai ke rumah sewa dah masuk maghrib. Kepala paip air untuk siram pokok hilang. Air pun tak keluar. Terima kasih sudi tutup air pada pili utama. Terima kasih kerana buat aku begang sekejap. Terus cari kedai waktu maghrib ni.

Cari masjid dulu. Selesai solat terus cari hyper atau super market. Cari barang dapur sekali. Boleh tahan orang dalam hyper market ni walaupun malam jumaat. Lebih ramai dari jemaah masjid. huhuhu...(kali pertama keluar cari barang pada waktu malam jumaat).

Sampai ke rumah, terus pasang paip. Nasib aku pernah tengok ayah pasang paip kat rumah. Sekejap dah siap. Asalkan air paip tak melimpah. Hentam je labu. Masak memasak aku serah kepada orang lain. Aku nak makan sahaja. Terima kasih blurr. Memang sedap masakanmu. Lain kali boleh buat lagi.

Pendaftaran pelajar baru di sekolah memang haru biru. Asalnya ada temuduga dan pengambilan berdasarkan temuduga. Dugaanku salah. Semua pelajar tingkatan 1 yang memohon semua diambilnya. Sia-sia temuduga. Soalan temuduga dan ketika temuduga aku tak hadir. Jauh tu nak datang...

Banyak perabot disumbat-sumbat. Tak tau nak jadi lah bila buka sekolah nanti. Aku tak boleh duduk kat sekolah lama-lama. Adikku nak naik 'train'. Aku kena hantar dia. Selamat tinggal sekolah. Buka sekolah nanti, aku tak tau rupa bagaimana dan apa yang akan berlaku. Moga ada jalan untuk di selesaikan. Aminn :)

p/s: Tahniah untuk calon PMR yang sudah berjaya mencapai target yang diimpikan. Adik aku dapat 8A 1B. B adalah bahasa Inggeris. Masih kekal di sekolah lama. Yang dapat 6A ke bawah kena tukar sekolah atau minta rayuan. Tak lupa juga takziah buat mereka yang rasa menyesal sekarang. Anda sudah terlambat untuk PMR tapi masih berpeluang untuk baiki diri dan ilmu untuk SPM. Jangan lupa, semua ini kehendak Allah. Redha dengan semua yang berlaku.

1 ulasan:

  1. tahniah untuk adik cik sufi..seronok ye pengalaman di jalan raya..hehehehe

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...