13 Januari 2013

Haid Dan Qada' Solat.

Dalam Islam banyak cabang ilmu yang masih kita abaikan. Ada yang menyangka dirinya sudah mengetahui ilmu agama. Bila sebut  masalah sosial, ramai mengatakan masalah ini berpunca daripada kurang kefahaman agama. Akan tetapi adakah ramai umat Islam hari ini faham bab agam terutama bab feqah.

Ilmu Feqah adalah salah satu cabang ilmu agama. Perkataan 'fiqh' membawa maksud 'faham'. Disebabkan aku masih tak cukup ilmu ini, aku akan cuba huraikan sedikit berkaitan pertanyaan seorang pelajar berkaitan dengan haid dan artikal yang bacanya dalam halaqah. Aku harap para ilmuan yang jumpa entri aku ini, tolong betulkan dan tegur jika tidak sampai kepada maksudnya.

Solat jama'

Sebagaimana yang diketahui, solat jama' adalah solat yang menggabungkan dua solat fardu. Solat jama' ada DUA jenis. Jama' taqdim dan Jama' ta'khir.

Jama' taqdim adalah solat yang menggabungkan solat fardu zohor dan asar ketika sudah masuk waktu solat zohor / solat yang mengabungkan solat maghrib dan solat isya' ketika sudah masuk waktu maghrib.

Manakala Jama' Takhir pula adalah solat yang mengabungkan solat asar dan zohor ketika waktu solat waktu asar / solat yang mengabungkan solat isya' dan maghrib ketika waktu solat isya'.

Oleh itu solat subuh tidak termasuk dalam solat jama' tadi. Cukup penerangan ringkas ini.

Haid

Haid hak milik wanita sahaja. Lelaki tidak termasuk tetapi perlu faham kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk menerangkan kepada mereka. Lelaki mempunyai ibu, kakak, adik perempuan, isteri, ibu-ibu saudara. Jadi lelaki juga perlu faham.

Secara normal, haid akan keluar selama 7 hari. Paling kurang satu hari satu malam. Paling lama 15 hari mengikut mazhab Syafie.

Apabila seseorang wanita sedang didatangi haid, wanita ini tidak boleh solat, puasa, tawaf, bersetubuh dengan suami dan tidak boleh duduk dalam masjid.

Ganti solat

Timbul persoalan sekarang adakah wajib seorang wanita yang sedang haid mengantikan solat fardu yang ditinggalkannya?

HARAM bagi wanita yang sedang haid solat dan wanita ini tidak perlu menggantikan solat fardu yang ditinggalkannya.


Cuma ada beberapa perkara yang seorang wanita ini sering lupa.

1. Adakah anda sedar bila anda didatangi haid? 

Adakah ketika itu anda sudah solat subuh? Adakah anda sudah solat zohor? Adakah anda sudah solat asar? adakah anda sudah solat maghrib? adakah anda sudah solat isya'?

Jika anda sudah tahu, maka anda perlu ingat bahawa anda sudah tertinggal solat kerana melewatkan waktu solat. Saya akan bagi contoh.

Apabila masuk waktu solat, anda tidak didatangi haid lagi. Oleh itu, anda perlu solat zohor itu. Andai kata anda terlambat solat dan menyedari bahawa anda sudah didatangi haid, maka anda tidak boleh solat. Bahkan anda perlu QADA' solat zohor itu selepas suci dari haid.

2. Andakah anda sedar bila anda suci dari haid?

Apabila anda sudah tahu bila anggaran anda suci haid, anda perlu berhati-hati. Sebagai contoh.

Andai anda sudah suci dari haid ketika sebelum masuknya waktu maghrib. Anggarannya anda sempat solat asar satu rakaat tapi anda masih tidak mandi wajib lagi. Selepas mandi wajib, anda perlu menggantikan solat asar itu. Disebabkan solat asar adalah termasuk solat yang boleh dijama'kan, anda perlu solat zohor juga. Itu adalah pendapat ulama' yang boleh anda baca dalam link SINI. Wallahua'lam ^^

Ini sahaja yang boleh aku huraikan menggunakan ayat yang mudah. Maaf jika masih ada kekurangan. Teguran anda amat dialu-alukan. Terima kasih.

p/s: untuk pengetahuan anda, aku masih tidak dapat ruju' buku Ihya' Ulumuddin Jilid 2 berkaitan haid. Buku ini tiada dalam simpananku.

46 ulasan:

  1. alhamdulillah :') saya dah faham . terima kasih ustzah :')

    BalasPadam
  2. Salam. Bagaimana pula dgn wanita y ber isti hadas. Sbgai contohnya,sy slalu isti hadas. Dan haid saya smpai 15hari. Bermakna solat magrib hari 16 (dlm islam) yg perlu sy start solat? Syukran :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Istihadhah dikenali sbg darah penyakit. Secara normal wanita datang haid 7 / 8 hari. Mazhab Syafie menetapkan paling lama 15 hari 15 malam. Oleh itu, hari ke-16 wajib bagi seseorang itu mandi wajib dan meneruskan solat dan puasa seperti biasa. Sekali wudu' untuk satu solat fardu.

      Padam
  3. salam... mohon share ustazah.. tq

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum ustzh...mohon ustazah betulkan kalau saya salah..

    - Kalau berhenti haid sebelum maghrib (sempat utknya solat asar), wajib qada zohor.
    - Kalau berhenti haid sebelum subuh (smpat utknya solat isya), wajib qada maghrib.
    - Kalau berhenti haid sebelum zohor/selepas zohor, wajib qada' subuh.
    - Kalau berhenti haid sebelum asar (smpat utknya solat zuhur), adakah wajib qada solat subuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Solat subuh tidak perlu qada' kerana haid berakhir sebelum waktu asar. Harap maklum.

      Padam
  5. Waalaikumussalam...harap Aisyah tidak panggil saya ustazah. Ini untuk pelajar saya sahaja :)

    Saya perlu jelaskan kepada saudari tentang fardu subuh. Subuh bermula dari terbit fajar sodik hingga terbit matahari. Terbit matahari hingga masuk waktu zohor, ketika ini tidak dianggap waktu subuh. Oleh itu, mana wanita yang haid ketika ini tidak perlu qada'(ganti) solat subuh.

    "Kalau berhenti haid sebelum maghrib (sempat utknya solat asar), wajib qada zohor"

    Berhubung kenyataan di atas, wajib bagi mana-mana wanita solat asar walaupun sempat satu rakaat sebelum masuk waktu maghrib. Untuk berhati-hati, para ulama' menyarankan supaya ganti solat zohor kerana solat asar dan solat zohor boleh dijama'kan (gabung). Ini dalam bab Jama' dan Qasar. Begitu juga dengan solat maghrib dan solat isya'.

    Harap saudari bertanya secara bersemuka dengan ustaz atau ustazah anda. Mungkin penjelasan saya masih keliru bagi diri saudari

    BalasPadam
  6. Salam. Saya dapat tahu, kitab ini dah ada terjemahan dalam bahasa melayu kan? kat mana saya boleh dapatkan ye? Terima kasih :)

    BalasPadam
  7. Wsalam. Maaf saya tak tahu ^^'

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum
    Saya nak tanya.
    Jikalau wanita itu mendapati dia masih lagi haid selepas masuk waktu asar tetapi mendapati bahawa haidnya telah kering diakhir waktu asar, adakah wanita itu perlu qada solat zohor?
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, wanita itu perlu qada' solat zohor. wallahua'lam.

      Padam
  9. assalamualaikum.sy nak tanya, kalau wanita mandi wajib semasa waktu isya, dia menyedari haidnya telah tiada pada waktu magrib. adakah dia perlu qada waktu maghrib sahaja atau dia perlu qada waktu maghrib,asar,dan zohor?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam. Qada' waktu solat maghrib sahaja.

      Padam
  10. Maksudnya solat asar dan zohor kita kena jama kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Qada' solat asar 4 rakaat dan qada' solat zohor 4 rakaat. Bab Jama' adalah bab lain. Hal ini cuma berkaitan dengan wanita haid yang telah suci ketika waktu asar. Untuk berhati-hati, qada'lah solat zohor 4 rakaat. Mohon jumpa mana2 guru agama secara bersemuka. Harap maklum.

      Padam
  11. Saya dulu tak tahu pun kene qada balik solat. Jd saya x brp nk ingat brp bnyk yg nak kene qada. Mcm mane tu? Perlu ke saya solat je, smpi lah terdetik dlm hati yg solat sy dh cukup?

    BalasPadam
  12. Maknanya kite kena qadha solat yg kita tinggalkan walaupun masa tu kita tak tahu, kan?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum, saya nak tanya, wanita yg istihadah boleh tak jamak takhir?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Sepanjang pengetahuan saya, wanita istihadhah tak boleh jamak ta'khir. Setiap satu solat fardu, sekali wudu' (ini pegangan saya). Mungkin anti boleh tanya orang alim lain. Mungkin ada kelonggaran dalam mazhab lain. wallahua'lam.

      Padam
  14. Maaf bertanya, sekiranya sedar hbs haid sebelum solat isya' dan sempat bgnya solat maghrib 1 rakaat, wajibkah di qadha' solat maghrib dan asar? Atau hanya solat maghrib shj? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anti perlu faham tentang solat jama' dan qasar. Jama' hanya boleh dilakukan bagi gabungan solat zohor dan asar pada waktu siang; dan gabungan solat maghrib dan isya'.

      Kembali kepada persoalan, selepas mandi wajib, anti solatlah solat isya' dan qada' solat maghrib.

      Padam
  15. Boleh kah kiranya ustazah kalau kita bg masa satu hari untuk tgk betul2 kering atau tidak.sbb kadang2 kita tgk kering masa subuh..tp asar keluar lagi..
    Ada juga masa saya tunggu untuk tgk betul2 kering masa subuh..dah betul2 tiada haid plak.jd saya harus qada subuh zohor asar maghrib?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Sebaiknya setiap waktu solat, perlu buat check up (cadangan) supaya tahu waktu yang perlu di qada'. Terpulang keapda badan masing2. Kadang-kadang tanda habis haid dengan kehadiran keputihan. Wallahu a'lam.

      Padam
  16. Assalamualaikum..saya ingin bertanya..kalau seorang perempuan itu sedar yg haidnya terputus dalam waktu asar??adakah perlu qada waktu zuhur??sbbnye mase zuhur kita sedar yang kita masih datang haid lagi??mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. Ya, perlu qada' solat zohor sebab dikira boleh dijamakkan solat zohor dan asar. wallahu a'lam

      Padam
  17. Assalamualaikum, mcmne ye, klu lepas lima hari, berhenti sekejap, kemudian hari ke 6 datang balik haid, masa hari ke 5 kene bersuci dan solat dulu @ bagaimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. perlu tunggu 24 jam untuk pastikan tiada haid lagi. Setelah 24 jam tiada haid lagi, solat lah seperti biasa.

      Padam
  18. Assalamulaikum...sy nak tanya. Macam mn kalau awal pagi haid masih ada.Lepas tu kita pergi sekolah waktu tu kena balik pukul 5 petang.kita sedar yg sebelum zohor tu haid dah tak ada. Adakah Kita perlu qada'zohor dan asar selepas mandi wajib di rumah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Jika sebelum zohor dah tiada haid dan mandi wajib selepas asar, solatlah asar. sebaiknya qada' subuh dan zohor sekali (sekadar berhati-hati)

      Padam
  19. Assalamualaikum. Saya nak tanya jika kita datang haid ketika waktu asar tetapi tidak belum menunaikan asar, adakah kita perlu qada dengan menjamakkan zohor dan asar? tetapi kita sudah solat zohor. mohon penjelasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. qada' asar sahaja kerana solat zohor telah ditunaikan.

      Padam
  20. Saya ada sedikit persoalan .. kan ada menyatakan .. sekiranya suci pada waktu asar perlu qadha zuhur sekali sebab waktu asar boleh jamak dengan zuhur .. untuk solat zuhur itu niatnya qadha atau pun jamak

    BalasPadam
  21. As Salam.. saya ingin bertanya, bagaimana solat2 yg terdahulu yg ketika kita belum mengetahui tentang haid dan qadha' solat ini? Perlukah kita qadha'kan semua sekali atau dimaafkan kerana kejahilan terdahulu?mohon pencerahan. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. qada'lah solat itu setiap kali solat fardu. mohonlah keampunan dari Allah.

      Padam
  22. Assalamualaikum
    Sye de persoalan. Sye ni jenis yg haid dlm belasan hri. Bile nk berhenti, kdg" time subuh bile check dh xde, tpi time asar ade plk. Last" sye ambil keputusan mandi wajib esok paginya. Jd, sye perlu qada solat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. check setiap kali waktu solat utk pastikan solat yang perlu diqada'. Ya memang kena qada' solat yang ditinggalkan itu.

      Padam
  23. assalamualaikum.. sya nk tanya.. klu saya sedar haid tuh dh kering slps solat subuh@waktu dhuha.m perlu ke sy ganti solat subuh

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum. Saya nak tanya.

    Jikalau wanita itu sedar yg haidnya sudah kering ketika waktu asar sebelum masuk margrib. Dia perlu qadha betul? Tetapi wanita itu perlu qadha sebelum atau selepas mandi wajib. Mohon pencerahan. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. solatlah selepas mandi wajib. Tak sah solat sebelum mandi wajib dik. hehe

      Padam
  25. Salam Ustazah, apakah wanita wajib ganti Puasa Ramadhan semasa mereka datang Haid di Bulan Ramadhan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. Ya. wanita wajib ganti puasa ramadan selepas nulan ramadan jika didatangi haid pada bulan puasa. Harap maklum.

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...