Bosan di rumah, mula aku buat aktiviti sampingan mencari resipi dan buat walaupun bahan tak cukup. Jika tak jadi, aku sahaja yang akan makan.
Kali pertama buat dah jadi. Alhamdulillah. Antara kandungan yang aku letak, tepung gandum, susu manis, mauripan, garam, minyak masak dan air. Aku adunkan semua untuk dijadikan doh. Biarkan dalam bekas tertutup hingga kembang semangkuk. Hehehe..
Untuk topeng atau bahan di atas doh itu, aku letakkan bahan ditumis. Minyak, bawang putih, bawang besar, cili giling, tomato yang dipotong petak-petak dan garam. Apabila dah masak, letak dalam mangkuk untuk dijadikan topeng bagi setiap doh yang buat nanti.
Bahan yang aku bakar atau kukus tanpa air (periuk tefal sahaja). Sotong, udang dan keropok ikan yang telah dipotong dadu.
Aku guna periuk tefal sahaja. Tiada oven atau pembakar lain. Aku sapukan majerin pada permukaan periuk tefal dan aku bentuk doh berdasarkan keluasan permukaan tefal. Atas doh itu, aku sapukan bahan tumis dan susun udang, sotong dan keropok di atas doh. Akhir sekali aku letakkan chesdale. Bakar atas dapur dengan api paling minimum. Siap untuk dihidang.
sedap nyer la..tetiba rase nk makan pulak..
BalasPadamJemput datang ke rumah. Nanti kita buat sama2. Bagitau dulu ye. Boleh sediakan bahan.hehe
Padamwahhh .. bestnya,boleh try nih,hihihi
BalasPadamBoleh2...asalkan tido di rumahku. Hihihi
Padam