Beruntung sangat bagi mereka yang dapat cuti selama seminggu. Aku tak termasuk.
Mood tak bersedia mengundang padah. Barang tertinggal. Banyak kali cari tapi tak jumpa. Entah di mana tangan ajaib itu simpan. Depan rumah ada penyampaian BR1M. Empat kali buat 'lintas homat'. Harap tiada orang perasan atas lintas hormat kami di hadapan YB. Maafkan daku.
Bertolak jam 10.30 malam. Alhamdulillah sampai ke destinasi pukul 5.30 pagi. Semuanya keletihan...
Jiwa masih di kampung. Aku juga 'berat' nak datang sini. Atas tuntutan tugas dan amanah, aku memaksa diri untuk datang. Semua jalan 'clear'. Perjalanan berjalan lancar dengan izin-Nya.
Aku juga dah kurang update blog kerana kurang membaca dan menggunakan internet melalui telefon. Tak selesa nak update blog melalui telefon. Whatsup, viber, dan LINE jadi bahan uji kaji aku.
Walaupun YES 4G dah dipasang di sekolah, kekangan masa kosong membataskan aku menggunakan internet selain untuk tujuan kerja.
Adakah pihak sekolah akan mengambil guru baru? Mereka seolah-olah selesa dengan 'cukup guru'. Sedangkan aku dikehendaki mengajar 30 waktu. Jika mengajar sahaja aku tidak kisah. Sekarang aku adalah ketua panitia. Aku adalah penyelaras pusat sumber. Aku adalah guru penasihat persatuan, sukan dll. Malas aku nak senaraikan. Maaf andai aku hanya mengajar sahaja.
Aku teringat kata-kata seorang pensyarahku," Jika tak mampu buat yang lain, P & P jangan tinggalkan." Kata-kata ini terpahat dalam ingatanku.
Teringat kata-kata sepupuku,"Adakah ini sekolah agama?". Sekolah agama yang 'tiada agama'. Kesimpulan yang boleh aku berikan. Visi & Misi untuk membentuk pelajar berakhlak mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Tiada usaha ke arah itu.
Bukan niatku untuk memburukkan pihak tertentu, tetapi inilah hakikatnya. 'Bebanan tugas' tidak akan selesai andai pihak atasan 'selesa'. Manakala pihak bawahan terus menanggung 'bebanan' ini.
Tolong jangan kata 'banyak kerja' andai kerja sendiri orang lain yang buat. Aku terpaksa sebut di sini. Aku hanya insan biasa. Kerja aku sendiri banyak tergendala dan aku tak mampu nak buat tugasan orang lain.
Aku mohon supaya Allah beri ketenangan dan memberi kesihatan yang baik serta mempermudahkan segala urusanku. Pengalaman hari ini, aku jadikan ia suatu pengajaran yang berguna.
p/s: bebelan aku hanya luahan hatiku sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan