09 Mei 2013

Lidah dan Hati

Khadam di rumah orang kaya diminta untuk menyembelih seekor kambing. Orang kaya itu meminta Luqman mengambil bahagian daging yang paling berkhasiat. Daging ini untuk hidangan keluarganya. Lalu Luqman memotong lidah dan hati. Luqman memasak dan dihidangkan kepada keluarga kaya itu.

Pada keesokannya, orang kaya itu meminta Luqman menyembelih seekor kambing lagi. Si kaya meminta Luqman mengambil bahagian daging yang paling menjijikkan.

Luqman melaksanakan perintah itu dengan senang hati. Lalu dipotong lidah dan hati buat kali kedua. Luqman masakkan dan hidangkan seperti biasa.

"Bagaimana kamu Luqman! Kemarin saya minta bawa daging yang paling berkhasiat, kamu bawa lidah dan hati. Sekarang saya minta daging paling menjijikkan, kamu bawa lidah dan hati juga. Apa maksud kamu?" tanya majikannya dengan penuh hairan.

Sambil tersenyum, Luqman jawab,"Memang hati dan lidah itulah bahagian daging dalam tubuh manusia yang paling besar khasiatnya jika seseorang itu pandai menjaganya".

"Lidah dan hati ini juga akan mencelakakan manusia apabila seseorang itu tidak dapat mengendalikannya".
"Hati dapat menimbulkan niat yang ikhlas dan dapat melalaikannya. Lidah dapat menuturkan kata-kata yang penuh budi bahasa sesama manusia. Disebabkan lidah juga manusia akan berperang", terang Luqman kepada majikannya yang kaya itu.

Luqman pernah memberi wasiat kepada anaknya berkaitan dengan lidah.

Gambar: dalam masjid negeri 

"Wahai anakku! Kata-kata yang mempunyai hikmah menjadikan orang miskin dimuliakan seperti raja," kemudian Luqman menyambung wasiatnya lagi.

"Hai anakku! Jika masuk ke suatu majlis, panahkanlah panah Islam. Iaitu salam, kemudian duduklah agak tepi dan jangan bercakap sebelum orang lain bercakap. Kalau orang yang bercakap itu tentang mengingati Allah, duduklah di majlis itu agak lama. Tetapi jika berkaitan dunia, tinggalkan majlis itu dan pergi ke tempat lain".

Ada hadis yang mengatakan tiga orang Sudan yang merupakan ahli syurga iaitu Luqman Al-Hakim, Najasyi dan Bilal al-Muazzin.

SUMBER: Tafsir Al-Azhar oleh Prof HAMKA. Surah Luqman.

2 ulasan:

  1. Allahuakbar .. peperangan yang paling dasyat dalam dunia ini ialah HAWA NAFSU .. sufi,timekasih atas cite ni,cukup berkesan - cikmiel :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Bukan senang melawan nafsu dari menjaga lidah dan hati. Sentiasa ingat Allah dan perbaharui niat. Setiap dari kita tidak terlepas dari membuat kesalahan. Astaghfirullah...

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...