Jerebu. Asap. Kelabu. Asap berbahaya. Adakah ada kaitan dengan surah Ad-Dhukhan? Hanya Allah yang tahu.
Nisfu Syaaban atau pertengahan bulan Syaaban. Bulan purnama akan muncul. Bila jerebu meliputi cakerawala, agak mustahil untuk melihat bulan ini. Teringat cerita komik Dragon Ball. Goku pandang bulan purnama, maka dia akan menjelma jadi gorila. Mitos mana mereka gunakan untuk buat komik ni.
Pagi tadi sempat catat nota dari program Tanyalah Ustaz oleh Ustaz Roslan. Aku cuma nak kongsi contoh hadis palsu (maudu') dan hadis Dhaif yang tidak boleh dijadikan hujjah berkaitan nisfu Syaaban.
1. Riwayat Al Imam Al Baihaqiy dari As Sayyidah ‘Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda (yang artinya):“Telah datang Jibril kepadaku seraya berkata: malam ini adalah nishfu sya’ban dan pada malam ini Allah SWT membebaskan dari neraka manusia sebanyak bulu kambing bani kalb, pada malam ini Allah tidak melihat dengan pandangan rahmat kepada musyrik, musyaahin, pemutus silaturrahim, orang yang durhaka kepada orang tuanya dan peminum khamr”. Ini adalah Hadis Dhaif.
2. Rasulullah berkata Ali bermaksud,“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkandia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Ini adalah hadis Palsu dan tiada sandarannya.
3. Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah. Tiada sandaran hadis.
4. Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah. Tiada sandaran hadis.
5. Buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Tiada sandaran hadis.
**********
Moga kita terhindar daripada mengada-adakan sesuatu dalam agama.
Cukuplah kita memperbanyakkan amalan sunat seperti puasa pada hari isnin dan khamis. Bangun Qiamullail. Banyakkan bacaan quran dan memahaminya sebagai persiapan menghadapi bulan Ramadhan.
Wallahua'lam. Jika ada kesilapan tolong tegur.
p/s: semalam aku dah delete blog pss sekolah yang aku buat sebelum ni. Tak sempat nak update. Daripada tersadai, lebih baik aku tumpu kepada blog sendiri. Jika ada pelajar nak handle blog itu, kita akan buat yang baru. Insya Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mesyuarat atau bengkel mengikut zon
Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...
-
Entri untuk seorang kawan. Kalau pembaca lain berminat, teruskan bacaan anda. Apa maksud 'Adab'? Sudah pasti ianya takde ken...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan