15 Jun 2013

Cubaan Khat

Khat sinonim dengan kesenian Islam. Khat terhias pada dinding masjid dan tembok. Di dinding rumah juga dihiasi dengan ayat Al-Quran yang tulisan khat.

Sudah agak lama aku meninggalkan latihan khat. Tulisanku juga semakin buruk dan tidak mengikut kaedah yang betul.

Teringat kusza. Di sana, aku telah masuk kelas khat selama 3 semester. Setiap semester, aku belajar khat yang berlainan. Riqaah, nasakh dan thuluth.

Apabila melihat tulisan pelajar yang 'cantik' aku mula berfikir dan mendapat idea. Bengkel penulisan khat sekali seminggu bagi setiap tingkatan. Asas yang pernah aku pelajari itu akan digunakan semasa bengkel.

Sekarang aku sedang usahakan untuk mendapat peralatan khat dan alat pengajaran yang sesuai untuk pengajaran ini. Disamping itu, aku cuba memaksa diri untuk berlatih membuat tulisan khat ini.

Dengan izin Allah. Usaha yang sedikit ini diharapkan semua pelajar dapat membaca dan menulis khat dengan lebih baik terutama khat riqaah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...