04 Oktober 2013

Manna Dan Salwa.

وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ [البقرة:٥٧]

Maksudnya:
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (Surah Al-Baqarah :57)

Kemudian diperingatkan Allah nikmat lain yang dikurniakan kepada Kaum Nabi Musa, Bani Israel.

"Dan kami telah teduhi kamu dengan awan dan kami telah turunkan kepada kamu, Manna dan Salwa."

40 tahun lamanya mereka tertahan di Padang Tih, sebagai hukuman kerana mereka tidak mahu masuk ke negeri yang dijanjikan itu. Sepanjang berada di Padang Tih yang kering kontang itu, mereka diteduhi awan. Andai tidak diteduhi, mereka akan mati kerana teriknya panas matahari di padang pasir. Inilah suatu rahmat daripada Allah yang mereka terima walaupun mereka sedang dihukum. Mereka patut mensyukurinya.

Kemudian, mereka dikurniakan makanan Manna dan Salwa. Manna mengikut kamus 'kurnia' dan Salwa dimaksudkan 'penawar hati'. Tetapi yang dimaksudkan ialah dua makanan enak yang dianugerahkan Allah kepada mereka. 

Menurut riwayat Ibnu Munzir dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas, berkata bahawa 'manna' adalah suatu makanan manis, berwarna putih yang mereka dapati pada tiap-tiap pagi melekat pada batu-batu dan daun-daun kayu. Rasanya manis dan enak, semanis madu sehingga ada penafsir yang membawa masuk madu. Apabila mereka makan makanan itu, mereka akan kenyang. Mereka boleh membawa bakul setiap pagi bagi memungutnya. Adapun 'salwa' ialah burung putih sebesar burung puyuh. Terbang berbondong-bondong dan mudah mereka tangkap. Dagingnya gurih dan empuk. Sewaktu burung itu datang berbondong-bondong sehingga mereka tidak kekurangan daging.

Manna?

Manna?
Salwa?

"Makanlah dari yang baik-baik yang telah Kita anugerahkan kepada kamu". Ertinya semuanya itu dianugerahkan Allah dengan rasa rahmat, sebab itu memakan pun haruslah yang baik. "Dan tidaklah mereka yang menganiaya diri mereka sendiri" hujung ayat 57. Tegaasnya, jika Allah Taala mendatangkan sesuatu perintah dan menurunkan Agama, bukanlah Tuhan mensia-siakan jaminan hidup bagi manusia, bahkan diberiNya perlindungan  dan makanan  cukup. Maka sebagai tanda syukur kepada Ilahi, patutlah mereka beribadat kepadaNya. Kalau nikmat Tuhan tidak disyukuri, sengsaralah yang akan menimpa. Maka kalau sengsara menimpa, janganlah Tuhan disesali, tetapi sesalilah diri sendiri. Dan Tuhan tidaklah akan teraniaya oleh perbuatan manusia. Misalnya, walaupun manusia mendurhaka kepada Allah, tidaklah Allah akan mencelakakannya dengan perbuatan manusia itu, melainkan manusialah yang mencelakakan dirinya.

"Dan (ingatlah) seketika Kami berkata: masuklah kamu ke dalam negeri ini, maka makanlah daripadanya sebagaimana yang kamu kehendaki dengan sepuasnya, dan masukilah pintu itu dengan merendah diri dan ucapkanlah kata memohon ampun, mescaya akan Kami ampuni kesalahan-kesalahan kamu dan akan kami tambah (nikmat) kepada orang-orang yang berbuat baik" (ayat 58)

Setelah mereka dikeluarkan dari tempat perhambaan di Mesir itu dan dijanjikan kepada mereka tanah-tanah pusaka nenek moyang mereka, iaitu bumi Kanaan atau tanah-tanah Mesopotamia (Palestin dan sekeliling Sungai Yordania)

Sumber:

1. Perisian Zekr
2. Tafsir Al-Azhar (Juzu' 1) m/s 202. Penerbitan Pustaka Pajimas, Jakarta, 1982.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...