Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

12 Mei 2014

Haramain Akhir 2013

Menyingkap pengalaman berada di Haramain pada akhir 2013. 29 hb 12 thn 2013 aku pulang ke Malaysia.

Masjidil Haram masih dalam pembinaan. Belum siap. Mataf bertingkat bahagian atas sudah siap dan boleh digunakan. Bahagian bawah belum siap sepenuhnya. Setiap hari selama 7 hari, aku selalu berkunjung ke sana. Termasuk 2 hari aku uzur. Aku tetap ke sana.

Sebelum bertolak ke Haramain, aku telah uzur 5 hari. Terasa terlalu sedih andai aku ke sana tetapi tak dapat mengunjungi Masjidil Nabawi. Ketika itu, jadual penerbangan diawalkan. Asal 21hb. Pihak agen minta kami bertolak awal iaitu 17hb. Alasan yang diberikan adalah menggantikan orang yang tidak dapat visa. Kami berlima perlu bertolak awal. Visa kami lulus walaupun banyak halangan kerana perlu berurusan dengan JPN dan imegresen. 3 kali passport aku diserahkan semula kepada pihak agen.

Aku bertambah risau. Aku tak terfikir bahawa Allah menjemput kami datang lebih awal ke rumahnya. Subhanallah. Dalam fikiran aku,  aku tak boleh solat! Bagaimana nak masuk masjid? Setiap malam aku berjaga. Aku tadah doa mohon supaya aku boleh masuk Masjid Nabawi dan masuk ke Raudhah serta dapat menyempurnakan umrah. Itulah permohonanku setiap malam sebelum ke Haramain.

Alhamdulillah. Allah makbulkan doa hambaNya yang banyak dosa ini. Sepanjang 5 hari di Madinah,  aku boleh keluar masuk Masjid Nabawi. 2 kali pergi ke Raudhah. Di Mekkah,  2 hari uzur dan sempat buat dua kali umrah. Umrah wajib dan sunat.

Apa yang berlaku kepada adik menjadi pengajaran. Aku cuba cerita sedikit selepas mendapat kebenarannya.

Sepanjang 2 hari aku uzur,  adik aku juga uzur sama. Tetapi uzurnya berterusan hingga pulang ke tanah air. Setelah aku yakin sudah bersih dari haid, aku ingin tunai umrah sunat. Oleh itu,  kami pergi berniat di Hudaibiyyah. Manakala rombongan kami yang lain buat umrah kali ketiga. Adik aku yakin dia boleh buat umrah kedua atau sunat. Dalam keadaan masih uzur, dia berniat di Hudaibiyyah.

Masuk dalam bas,  mutawwif ajar niat umrah biasa. Bukan umrah bersyarat. Aku niat umrah bersyarat walaupun aku baru suci dari haid. Kedudukan dia dalam bas berjauhan dari aku. Sebelum naik bas,  aku sudah ingatkan dia supaya niat bersyarat. Disebabkan lupa,  dia niat umrah biasa.

Sebelum pulang ke tanah air,  dia dikenakan dam seekor kambing. 360 riyal kalau tak silap aku. Mungkin dia sendiri boleh betulkan apa yang aku ceritakan.

Dalam tempoh umrah itu,  dia masih uzur lagi. Dia tidur dalam keadaan menutup muka. Kena bayar lagi. Semasa kami pergi beli wangian,  dia hidu. Kena bayar juga. Aku tak pasti,  itu dam atau fidyah. Nanti buat rujukan semula. Habis 480 riyal juga. Dia sedih. Menangis. Mungkin terkilan dengan apa yang berlaku. Aku anggap ini adalah pengalaman dan pengajaran yang akan diingati sampai akhir hayat. Aku harap, semua ini tidak diulangi oleh aku dan dia.

Setakat ini dahulu. Mungkin ada penambahan lagi kerana aku sebagai manusia biasa mudah lupa. Moga umrah kami diterima Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...