Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

15 November 2014

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan.

السفر ميزان السفر

Teringat kisah dua sahabat dan dubb (beruang). Dua sahabat ini masuk hutan. Terdengar jeritan suara dubb meraung. Salah seorang daripada mereka naik atas pokok. Seorang lagi yang berbadan gempal. Jadi dia tidak dapat panjat pokok.

"Jika terjumpa dubb,  kamu perlu berpura-pura mati", si gempal teringat kata-kata atuknya. Tanpa berlengah lagi,  dia terus baring seolah-olah telah mati.

Dubb menghampiri si gempal. Menyondol tubuh si gempal seperti berbisik. Apabila dubb tinhgalkan tempat itu,  kawan dari atas pokok dan tanya apa yang dibisikkan "Dubb suruh cari kawan lain. Kamu tidak sesuai jadi kawan".

Disebabkan banyak pengalaman susah senang bersama atau tidak,  kita akan dapat menilai seseorang. Adakah dia sesuai jadi kawan?

p/s: asal nk post berkaitan perjalanan ibnu batutta. Beliau lebih jauh berjalan daripada Marco Polo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...