03 November 2014

Salah Faham Sistem Dafshar.

Ahli sejarah asing dan orientalis seperti Karl Brugman, Gibbons dan Gibbs. Mereka membuat dakwaan palsu berkaitan dengan Sistem Dafshar pada zaman Urkhan bin Uthman, pemerintah Empayar Uthmaniyyah.

Fakta Salah.

Anggota tentera Inkishar atau Jannisaries diambil dari kanak-kanak kristian. Anak- anak ini dirampas daripada kaum keluarga. Kemudian dipaksa masuk Islam. Hal ini berpandukan sistem undang-undang yang dikenali sebagai sistem Dafshar.

Menurut mereka lagi, Sistem Dafshar ini bersandarkan kepada sistem cukai Islam atau dengan nama 'Cukai Kanak-kanak' atau 'cukai anak-anak'. Undang-undang ini membenarkan umat Islam Empayar Uthmaniah merampas 1/5 jumlah anak-anak dari setiap kota atau kampung Kristian. Mereka menganggap 1/5 itu adalah hasil perang dan menjadi milik Baitul Mal.

Semua dakwaan ini salah dan fitnah untuk mencemarkan nama baik Urkhan Bin Uthman, Murad Bin Urkhan dan seluruh Dinasti Empayar Uthmaniah selepas itu.

Fakta Sebenar.
Sistem Dafshar ini dilaksanakan sebagai tanda prihatin kepada nasib kanak-kanak Kristian yang terbiar disebabkan peperangan yang berterusan. Mereka menjadi yatim piatu. Ketika itu jumlah kanak-kanak hilang ibu bapa akibat perang semakin meningkat. Empayar Uthmaniah membela nasib mereka. Jika tidak, mereka akan terbiar dan merempat di jalan-jalan kota yang takluk. Apabila Empayar Uthmaniah membela mereka, masa depat mereka lebih terjamin.

Oleh itu, orang Islam berusaha  supaya kanak-kanak memeluk Islam tanpa paksaan. Akhirnya wujudlah fitnah seperti dakwaan di atas. Dakwaan ini juga mendapat sokongan dari ahli sejarah Islam yang mengajar si sekolah-sekolah dan iniversiti-universiti sehingga dianggap perkara itu benar.

Ada juga ahli sejarah Islam yang memperjuangkan Islam terpengaruh dengan tulisan ahli sejarah asing. Kemudian mereka menyebarkan pembohongan ini dalam karya-karya penulisan mereka. Contoh ahli sejarah Islam itu ialah;
  • Muhammad Fareed Bek al-Muhami. Buku penulisannya 'Al-Daulah al-Aliyah al-Uthmaniyah'
  • Dr. Ali Hasuun dan bukunya ' Tarikh al-Daulah al-Uthmaniyah'
  • Muhammad Kurd dalam bukunya 'Khutat al-Sham'
  • Dr. Umar Abdul Aziz dalam bukunya 'Muhadarat Fi Tarikh al-Shu'ub al-Islamiyah'
  • Dr. Abdul Halim Gharibuh dalam bukunya 'Al-Arab wa al-Atrak'
Fakta ini diambil daripada tulisan orientalis seperti Gibbs, ahli sejarah kristian Sommerfeld dan Brugman

Siapa Tentera Inkishar atau Jannisaries. Entri lama (SINI)

SUMBER: Buku Faktor Kebangkitan & Sebab Kejatuhan Empayar Uthmaniah.

p/s: Selamat menjawab peperiksaan SPM untuk adikku dan semua pelajar-pelajarku serta semua calon SPM secara keseluruhannya. Jawablah dengan tenang diiringi doa. Bertawakallah setelah berusaha selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...