21 Disember 2014

Pindaan Nama. Antara Pro dan kontra.

Assalamualaikum.

Keinginan aku adalah membuat pindaan nama. Selaras dengan nama dalam surat beranak. Bukan senang seperti yang dijangka.

Aku diberi 2 pilihan sekarang.

1. Pengesahan kad pengenalan.

2. Menukar nama pada kad pengenalan.

Risiko pilihan pertama; Semua urusan akan datang memerlukan surat pengesahan kad pengenalan dari jpn ini seperti yang aku lakukan untuk mendapat visa umrah. Antara urusan akan datang adalah pusaka, urusan perkahwinan.

Risiko pilihan kedua aku menjadi orang baharu; Sijil spm, diploma,  ijazah, urusan bank spt bsn,  bimb,  cimb,  tabung haji perlu ditukar nama.
Urusan kerja seperti permohonan sambung belajar, mohon pinjaman,  perjawatan perlu ditukarkan nama itu.

Jadi pilihan pertama kurang risiko berbanding pilihan kedua. Urusan di JPN adalah surat pengesahan kad pengenalan sebagaimana sebelum ini. Urusan selama 3 hari bekerja.

'Atas tangga sebab tiada tempat duduk lain'

Asal aku tunggu adik-adik buat ic baharu. Bila giliran nak sampai, aku buat pilihan menukar ic baharu juga. Tetiba pun boleh lagi. Nak dijadikan jodoh. Bertemu dengan kakak yang pernah tolong aku ketika urusan pengesahan ic untuk dapatkan visa umrah tahun lepas. Cukup setahun. Beliau menyapa aku terlebih dahulu. Aku pula lambat perasan. Eh, akak yang tolong uruskan pengesahan ic. Sangat cepat. Urusan hari ini, esok dah boleh ambil berbanding aku buat semula hari ini 3 hari paling cepat. Itulah perancangan Allah. Tidak dapat diduga.

'Zahmah' sangat hari ini. Macam ikan sadin. Penangan cuti sekolah. Semua berlumba siapkan urusan ketika cuti sekolah. Hari ini semua pegawai JPN memang tiptop layanan mereka. Tiada bebelan, rungutan. Aku tak jadi buat pindaan pun masih senyum. Boleh lagi bagi aku pinjam pen sedangkan ada disediakan dibahagian tepi. Apabila orang terlalu ramai, semua itu terlindung dari padangan.

Gambar di 'snap' bersama dengan cop jari.

"Datang pukul 2 nanti," kata pegawai itu.

Aku sampai JPN 10.15 pagi. Tunggu nombor giliran hingga jam 12 tengahari. 2.30 petang ic siap. Urusan selesai dengan mudah. Alhamdulillah berkat menunggu lama. Berkampung dalam JPN bersama 4 adik-beradik perempuan. Di rumah tinggal jejaka-jejaka yang masih melayan mimpi indah di pagi yang dingin akibat hujan lebat. Musim tengkujuh. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...