23 Disember 2014

PT3 2014.

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Harapanku semua dalam keadaan sihat dan mendapat lindungan Allah. Banjir di kawasan pantai timur semakin merebak. Terengganu merupakan tanah kelahiranku. Bercuti di kampung pada akhir tahun begitu mencabar. Hujan tidak menentu. Angin kuat gepe! Itulah situasi semalam.Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami dari musibah dan berilah kami kesabaran dalam menghadapi situasi di luar jangkaan ini. Aminn...

Apa khabar perasaan anak-anak PT3? Bagaimana respon anda semua apabila mendapat keputusan PT3. Sebelum bercuti sebelum ini, ada antara anak-anak ini melihat markah mereka sendiri. Kelihatan semuanya gembira. Jika sembunyikan kesedihan dengan gelak ketawa, hanya Allah yang tahu.

Peperiksaan bukan ukuran sama ada kita berjaya atau tidak. Kejayaan kita membuatkan kedua ibubapa bahagia. Jangan lupa, mereka sentiasa mendoakan kejayaan kita semua. Dorongan dan perhatian mereka cukup tinggi sehingga kalian dihantar ke pusat tusyen dan dibayar dengan hasil titik peluh mereka.

Usaha dan usaha berterusan. Teruskan belajar dan sambung belajar. Cari ilmu. Gali ilmu sebanyak yang mungkin kerana cabaran dunia hari ini sangat menakutkan terutama bagi pelajar sekolah agama. Akhlak dan maruah anda adalah percaturan kepada cerminan sekolah yang pernah anda belajar. Hormati guru-guru anda di mana sahaja mereka berada. Cukuplah doakan mereka dalam doa selepas solat.

Kami para guru telah berusaha sebaik yang boleh untuk anak-anak ini. Oleh itu, kejayaan hari ini merupakan usaha mereka setelah belajar dan memahami pengetahuan yang diberikan. Bertanya dan bersoal jawab memantapkan lagi pengetahuan sedia ada. Ulangkaji dan sentiasa membaca perkara baharu penyumbang kepada kejayaan ini. Allah dan rasul tidak dilupakan. Carilah kebenaran berdasarkan ilmu pengetahuan yang diperolehi. Buatlah pemerhatian keadaan disekeliling kita. Apa punca dan penyelesaian yang patut kita lakukan untuk kebaikan Islam secara khususnya.

Tahniah!
Sangkaanku gred diturunkan. Rupa-rupanya gred yang standard meletakkan kedudukan pada tempatnya. Hakikatnya, itulah kualiti anak PT3 ini. Buktikan kejayaan seterusnya dalam SPM 2016. Seterusnya ke peringkat lebih tinggi. Sekian.

2 ulasan:

  1. Terima kasih ustazah sebab didik saya . Dulu saya asyik dapat D dan E je dalam Bahasa Arab . Tapi , akhirnya saya berjaya dapat B dalam peperiksaan PT3 yang sebenar . Sekarang saya sudah berada di SBP . Dugaan dan ujiannya sangat berat ustazah . Persaingannya sangat kuat . Ustazah doakan saya ye ^_^ .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama usaha ke arah kebaikan. Saya doakan semoga kamu berjaya dunia akhirat dan sentiasa dalam jagaan Allah.
      احفظ الله يحفظك
      Jagalah (ikut perintah) Allah, nescaya Allah akan jaga kamu

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...