19 Oktober 2016

Imaginasi bermula.

Mulakan dengan penulisan bebas. Tulis apa sahaja yang terlintas pada fikiran. Antara anda dan cerita anda. Tiada kritikan.

Luangkan 10 minit sehari untuk menulis.

Penampilan watak:

" Dia seorang lelaki yang berambut gelap dan bermata biru. Dia memakai cermin mata. Dia berpakaian hitam" ❌

"Matanya berwarna biru pucat,  kelihatan seperti sudah hilang sinarnya. Juntaian rambut yang hitam itu menyentuh cermin matanya yang kotor. Pakaian yang serba hitam membuatkan kulitnya kelihatan pucat lesi" ✔

Contoh lain.

"Gadis itu memakai subang dan gaun merah. Dia tersenyum"❌

"Batu delima yang yang bergemerlapan di telinga gadis itu begitu sedondon dengan gan merahnya,  lantas menyerlahkan lagi kulitnya yang mulus. Senyumannya lebih memukau berbanding kilauan 10 lampu candelier menyinar ke segenap bilik yang dipenuhi orang yang tidak dikenali"✔

Mewujudkan kesan.
Perkenalkan watak baharu.

"Saya terjumpa Sarah semalam. Dia memakai seluar jean dan blous kapas berlengan panjang. Matanya hijau dan senyumannya sinis" ❌

Contoh cara penulis,  David Lubar perkenalkan watak.

"Kepercayaan saya mula tergugat ketika berumur 16 tahun. Ketika itulah Sarah berpindah ke bandar. Saya bertemu dengannya pada hari pertama persekolahan selepas cuti Krismas. Dia berjalan di koridor dan berhenti  di setiap pintu untuk memeriksa. Wajah Sarah begitu asing bagi saya walaupun pakaiannya biasa sahaja, iaitu berseluar jean da berblaus kain kapas lengan panjang.

"Sesat?" tanya saya kepada Sarah sambil mengandaikan dia seorang pelajar baharu,  ataupun seorang pemeriksa pintu yang sedang memeriksa kerosakan pada tombol pintu.

Dia tersenyum sinis,  seolah-olah saya sedang bergurau. Kemudian dia berkata,  " Saya tidak dapat cari bilik 307."

"Ikut saya, " kata saya.

Senyuman sama terukir pada bibirnya,  kemudian perlahan-lahan menjalar ke matanya yang hijau bersinar itu.✔

Nama watak. Cari nama yang mudah diingati. Buka buku senarai nama bayi. Cari yang sesuai dengan watak yang digambarkan.

Elakkan mengulangi abjad pertama yang sama pada nama watak seperti "Suze tidak patut pergi ke lapangan memanah bersama Sam dan Serena." Biasakan dengan nama 2 suku kata.

Membezakan watak.

Cody seorang yang berlagak dan biadap.Umum.

Cody seorang Encik "Saya Betul". Apa yang membuatkan saya geram bukan sahaja kerana dia selalu berfikir yang dia betul( saya mengaku,  selalunya dia meman betul )-tetapi disebabkan dia selalu menganggap saya salah. Jika saya menyatakan sesuatu kepadanya,  dia akan menunggu sehingga saya selesai menghabiskan
ayat saya lalu tersenyum sinis, menyengetkan kepala,  menggaru- garu ketiaknya dan membuat bunyi monyet - seolah-olah kepandaian saya ini sama tahanya dengan seekor cimpanzi.

Tulis secara terperinci.
**************

Aku sangka mereka tidak mampu jawab soalan peperiksaan akhir tahun dengan baik. Jangkaanku meleset.

Aku tunggu peperiksaan berakhir pada pukul 4 petang. Ada sedikit kekecewaan terhadap pengawas peperiksaan. Dia mengumpul semua kertas peperiksaan awal 15 minit dari jadual asal. Tiada tanggungjawab!

Pintu PSS bakal dikunci jam 5 petang. Aku kemas barang-barangku termasuk kertas peperiksaan tadi. Aku terus pulang ke rumah.

Di rumah, aku sambung lagi penandaan sambil makan mee sup yang beli dengan harga RM4. Masin. Tambah air. MSG sangat terasa. Penyedap yang bakal menjadi pembunuh senyap. ahaks!

Penandaan berterusan hingga jam 11 malam. Berehat untuk solat,  makan malam, mengaji dan mandi. Siap untuk 2 kelas.

Keputusan agak memuaskan. Hanya 4 orang gagal. Seorang dari kelas Sina dan 3 dari kelas Khaldun. Syabas. Kalian hebat!

Hari ini 2 matapelajaran bakal dijawab. Esok berbaki 1 matapelajaran lagi. 3 matapelajaran itu, bakal disemak dan ditanda olehku.

Esok dan lusa aku bakal mendapat taklimat penskoran pt3 untuk bukan matapelajaran yang tidak diajar olehku. Gurunya cuti bersalin. Tiada gantian lain kecuali kami berdua akan ke sana. Kami akan mendengar dan menanda 10 skrip soalan dahulu. Moga semuanya berjalan lancar.

SUMBER: Kuasai Cerita Anda. Oleh Victoria Hanley. ITBM.KL.2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...