07 Oktober 2016

Tidak Solat Jumaat.

Assalamualaikum wbt.

Ada coretan yang masih terbuku di kepala. Perlu dicarikkan supaya kepalaku tidak buntu.

"Ada pelajar kita tak solat jumaat," lapor seorang guru.

Ketika itu, suara imam sedang solat dan rakaat terakhir. Aku terus ke lorong yang dimaksudkan. Lorong antara dua kabin. 5 orang lelaki. Lingkungan 18, 16, 14 tahun. Mereka masih muda remaja. Mereka adalah pelajar dan bekas pelajarku. 2 si kembar masih pelajarku. 3 lagi bekas pelajarku.

Salah seorang pelajar ini adalah ketua pengawas merangkap ketua pelajar sekolah pada tahun lepas. Pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-Quran. Pernah mendapat tempat walaupun bukan yang terbaik. Suatu ketika dahulu, dia menjadi contoh kepada pelajar lain.

Sudah terang lagi bersuluh mereka tidak solat. Bersembang entah apa. Bila ditanya kenapa tidak bersolat, dia menjawab.

"Ruang dah penuh," jawab tanpa ragu.

"Jika kamu semua nak solat, lorong ini boleh dijadikan tempat solat," cadangan aku.

Mereka diam membisu.

Salam pertama dari imam berkumandang. Ini menandakan solat jumaat telah berakhir.

Ruginya mereka. Mereka telah hadir ke masjid tetapi sia-sia. Ibu bapa pasti yakin anak mereka telah solat jumaat di masjid. Jika mereka tidak solat jumaat, mereka perlu solat zohor seperti biasa.

Aku doakan mereka ini diberi kefahaman dalam agama dan diampunkan segala dosa mereka dan kedua ibubapa mereka.

"Ya Allah, au juga berdosa. Ampunilah dosaku. Bukakanlah pintu taubat untuk hambaMu ini"



******************************
SOALAN 1:
Apakah hukum jika tidak pergi tunaikan solat Jumaat dengan sengaja tiga kali berturut-turut.
Jawapan:
Menunaikan solat Jumaat adalah fardu ain bagi setiap lelaki yang mukalaf. Sekiranya tidak menunaikan Solat Jumaat tanpa sebarang alasan adalah berdosa besar.
Jika dia meninggalkannya selama tiga kali berturut-turut dia dikategorikan sebagai seorang yang kufur sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

 "Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja maka kufurlah ia".

Melalui hadis ini jelaslah kepada kita tentang betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosa jika meninggalkannya dengan sengaja.

 


SUMBER: utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...