13 Julai 2017

Catatan Ibnu Batutta :Jalba.

Jalba yang tercatat dalam penulisanini adalah sebuah kapal kecil yang melintasi Laut Merah. Laut Merah adalah perairan yang paling bahaya yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan China. Di prairan ini, terdapat batu karang di kedua-dua sisi pantai. Bahagian air yang cetek tudak diketahui. Arus juga tidak teratur.

Ibnu Battuta lahir pada 1304. Ibu bapa Ibnu Battuta dari keturunan Barbar. Ibnu Battytta bermazhab Maliki.

Umur 21 tahun, Ibnu Battuta meninggal Tangier.

"Saya tinggalkan Tangier, kampung halaman pada hari khamis 2 Rejab 725H/ 14Jun 1325M. Tujuan saya adalah untuk menunaikan haji ke tanah suci di Mekah dan menziarahi Makam Rasulullah di Madinah".

Catatan berkaitan travelog Ibnu Battuta dicatatkan oleh Ibnu Juzayy di Granada. Tiada catatan yang ditulis oleh Ibnu Battuta sendiri kecuali latar masyarakat yang dijumpai sepanjang perjalanan.

Sumber rujukan ' Jejak Ibnu Battuta' oleh Riss E. Dunn.

03 Jun 2017

Ramadhan 1438H Kembali Lagi.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Sekian lama blog ini kaku tanpa catatan kerana penulis telah hilang kata-kata. Tulis dan padam semula. Rutin yang selalu berlaku. Apatah lagi pelbagai tanggungjawab baharu yang perlu dipegang. Usia semakin tua dan kematian akan muncul bila-bila masa sahaja. Adakah aku bersedia?

Alhamdulillah. Ramadhan kali ini aku masih dianugerahkan Allah kesempatan hidup selepas beberapa dugaan yang hampir meragut nyawa. Lumrah hidup pasti akan menemui kematian. Kematian yang baik menjadi dambaan setiap hamba-Nya. Aku tidak terkecuali. Ya Allah! Matilah diriku ini dalam sebaik-baik kematian.

Setiap kali aku ingin menulis, terfikir apakah aku patut menulis kata-kata begini dan begitu. Pernah juga penulisan lama terpaksa aku padamkan kerana aku menulis dengan penuh emosi. Emosi yang 'ammarah'. Hal ini kerana aku masih belajar dan masih terus belajar. Aku harapkan setiap pembaca yang melawat blog ini mendapat manfaat daripaa penulisanku. Ada juga entri yang menjuruskan kepada luahan hati dan coretan hati yang berduka.

Dalam proses belajar dan mengajar, kali ini calon PT3 paling ramai. Aku gagal menarik perhatian mereka untuk minat subjek yang aku ajar. Kelemahan yang paling ketara. Hampir seluruh kelas gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun. Walaupun tahun lalu, 3 orang sahaja yang gagal. Cabaran setiap tahun berlainan. Setiap tahun , aku berhadapan dengan pelajar yang berbeza. Aku cuba bersabar untuk mengawal suaraku daripada marah mereka. Aku cuba mencari punca kegagalan. Aku juga akui soalan yang diberikan adalah mencabar.

Setiap tahun, pendekatan yang dilaksanakan pasti berbeza mengikut keadaaan pelajar. Harapanku supaya aku masih terus mencurah bakti kepada mereka hingga saat mereka masuk ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3. Tahun ini adalah tahun terakhir untuk subjek ini. Tahun depan, sekolah akan berhadapan dengan batch pertama Kurikulum Bersepadu Dini.

مرحبا يا رمضان!
رمضان كريم!
الله أكرم!

19 April 2017

Ujian Selepas Terlena

Alhamdulillah...Alhamdulilla atas kurnian-Mu. Aku mohon ampun atas kelalaianku. Ampuni dosa-dosaku. Ujian-Mu ini pasti ada hikmah yang tidak aku ketahui.

Bunyi dentuman yang kuat. Tangan kanan menepuk dahi. Tangan kiri memegang 'seat' penumpang. Itulah keadaan dalam mimpi. Itu adalah realiti pada hari ini. Aku sedar kerana semalam aku telah niat untuk buat solat taubat sebelum tidur tetapi aku tangguhkan. Aku cuba bangun awal tetapi azan subuh sudah berkumandang. Ya. Aku lalai. Aku abaikan peluang yang aku ada. Itulah pengganti. Penyedar kepada diriku yang masih lena.

Tiga buah kereta. Waja, Myvi dan Avanza. Waja brek kecemasan. Myvi brek tapi sangat hampir dengan waja. Avanza datang menhentam Myvi. Myvi terdorong ke hadapan. Pasti Myvi tercium bumper belakang Waja. Siapa yang salah? tanya adikku. Semua salah. hahaha...yang pasti itulah kehidupan.

Prosedur yang telah dilalui dan perlu diingati.

1. Laporan polis. Avanza yang perlu bayar saman. Polis ambil gambar kereta yang terlibat kemalangan. Pengesahan laporan polis selepas bayaran RM2 di kaunter. Perlu tambahan rajah kasar kemalangan. Permohonan berasingan.

2. Hantar bengkel. Bawa geran kereta salinan bahagian depan dan belakang. Laporan asal polis. slip takaful atau sijil takaful. salinan ic. salinan lesen memandu.

08 April 2017

Syarahan Agama.

Selesai sudah MTAQ 2017 Peringkat Daerah. Tahniah bagi semua pemenang. Kalah dan menang adat pertandingan.

Aku hanya ingin berkongsi sedikit info berkaitan bagaimana hakim mengambil markah bagi syarahan agama.

Masa syarahan:

7 minit diberi untuk setiap peserta. 2 minit persedian untuk mencari isi dan tulis. 5 minit untuk penyampaian. Jika lebih masa,  isi tidak dikira.

Aku cuba kongsi bahagian pemarkahan isi. 20markah.

1. Isi syarahan mesti tepat dan logik

2. Kupasan hendaklah mengandungi isi 1m,  huraian1m,  contoh/fakta/ data/ isu semasa/ sirah 1m,  penekanan isi 1m,  nas al-Quran atau hadis dengan terjemahan 1m.

3. Nas al-Quran atau hadis beserta terjemahan 2m. Jika tiada terjemahan 1m. Semua jenis hadis diterima kecuali hadis maudu'. Nas yang tidak sesuai 0m. Terjemahan salah tidak diberi markah.

4. Syarahan perlu ada 3 isi.

5. Isi tidak boleh sentuh sikap dan amalan mana-mana parti politik Malaysia.

6. Isi tidak boleh sentuh peribadi seseorang atau mana-mana kumpulan masyarakat Malaysia yang boleh menimbulkan kontroversi pelbagai kaum.

7. Isu semasa/contoh/data,  hendaklah mengambil kira 3 tahun ke belakang. 2016,2015,2014.

8.Markah bonus: isi keempat dianggap lengkap sekiranya memenuhi 3 dari 4 kupasan syarahan.

Pemarkahan penyampaian. 20markah.

1.Penyampaian yang sopan.

2. Segala isyarat dan gerak geri yang sederhana.

3. Kesesuaian nada dan penyampaian yang meyakinkan.

4.Penyampaian perlu ada

-pendahuluan(basmalah, salam,  pujian kepada Allah serta selawat kepada rasul)

-tajuk syarahan(definisi tajuk atau huraian tajuk)

-isi syarahan

-kesimpulan(cadangan/ rumusan/ saranan)

-penutup(والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته)

Pemotongan markah bagi perkara berikut;

1. tidak mula dengan salam,  basmalah dan hamdallah. potong 3m

2. tidak baca istiazah atau basmalah ketika baca nas.potong 1markah

3. Tidak menyampaikan syarahan mengikut format syarahan agama.

4. Tidak menutup syarahan dengan ucapan salam.

Pemarkahan bahasa. 10 markah.

1. Bahasa yang baik,  jelas dan mudah difahami.

2. Bahasa yang digunakan hendaklah sesuai,  tepat dengan isi syarahan dan tidak mengikut mana-mana pihak.

3. Perkataan atau inggeris yang lazim dipertuturkan boleh digunakan dalam syarahan seperti iltizam,  optimis.

4. sebutan baku atau tidak boleh digunakan.

5. kesalahan baris pada nas yang mengubah makna potong 1m.

6. nas Quran mesti dibaca dengan tajwid.

Harap dapat bantu ke peringkat negeri selepas ini.

06 April 2017

الورشة في لانكاوي

Hari pertama di KLIA2. Jumpa group umrah. Jumpa geng sam-sama ke Seminar. Orang Pahang. Rupa Husna sorang. Rupa kak Nariza sorang.
Seminar bermula jam 2.30 petang hingga 7.30 malam. Bagi yang jauh dengan naik feri,  mereka sangat letih. Seminar ditangguhkan keesokannya jam 8 pagi.
Perbentangan hari pertama adalah dari wakil Malaysia, Thailand,  Filipina,  China,  Cambodia,  Singapura,  Indonesia.
Yang paling teruja adalah perbentangan atau pengajaran dari Dr Mohd Ismail Alawi. Banyak perkongsian yang diberikan terutama dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab bagi oranb bukan Arab.
Hari kedua di Resort. Masih ada perbentangan. Ke Kompleks HIG.
Hari ketiga ke Pantai Chenang. Tamban teksi hawali rm32. Cantik. Cuma ramai pelancong. Pandang sekali cukup. Malam-malam 'hidup' pantai ni.
Hari keempat ke Pekan Kuah. Sempat singgah di kedai arab. Lazizah jiddan. Malamnya ada 'dinner' ditaja oleh YB Pulau Langkawi. Wakil beliau datang sebagai tetamu vip.
Hari terakhir habis seminar jam12 tengahari tetapi makanan tidak disediakan. 3.10ptg sampai ke airport antarabangsa Langkawi.  6.00 ptg sampai ke airport klia2 dengan penerbangan Airasia. Tiada bagasi. Hand carry dan beg sandang.

الحمد لله. العلم في الورشة ضرورية في حياتي. المعلوم بانني لم تخرج من شعبة اللغة العربية. العلم هنا ان اكون معلمة مجتهدة في التعليم والتعلم. هذه بالنسبة لي. انا ضعيفة في أي مادة اللغة اما اللغة الملايوية واللغة العربية واللغة الانجليزية.

الآن، انا ساحاول ما تحتوي في هذه الورشة المشهورة كيف تدرس اللغة لغير الناطقين.
بالنسبة ماليزيا، التعلم اللغة العربية بالتقليدي وليس الحديثة. ما فهمت من قال الدكتور بان التعلم اللغة والتعلم علم العبادة مثل الفقة مختلفة.

كذلك كيف التعلم اللغة بالمهارات. لا تفارق بين المهارة الاستماع والكلام و المهارة القراءة والمهارة الكتابة. في الفصل، التدريس كل مهارة في الحصة الواحدة. ليس جزئية.

في الصف، ممنوع التكلم اللغة الام. هات الكلمات المفردات في صورة الذهن. مثل ما يكون الدكتور.

جزيرة لانكاوي. 
الشجرة
الجبل
البحيرة
السيارة
الشارع

01 April 2017

Dunia Dongeng

Dongeng biasa dikaitkan dengan cerita-cerita sakti melalui lisan. Berpindah dari generasi ke generasi. Tiada fakta yang tepat. Tiada kajian.
Drama Korea W. Dunia komik masuk ke dunia real dan sebaliknya boleh berlaku.
Novel thriller yang berada pada tanganku juga ada DUA dunia. Dongeng dan real. Hakikatnya,  aku tidak boleh banding dua karya ini. 2World dan Anding Ayangan. Tidak rugi membeli novel Anding Ayangan. Sarat dengan ilmu. Penuh dengan tawakal. Itulah perbezaan Islam dan bukan Islam.


Banyak yang diketengahkan dalam novel ini. Ramai yang mengaku berpegang kepada Tuhan yang satu tetapi berapa ra,mai yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ada yang mamakai topeng agama. Ada yang pergunakan ntuk kepentingan politik. Ada yang jadi munafik. Duri dalam daging. Sakit dan menyakitkan. Ini yang ditakuti dan boleh jatuhkan sesuatu kerajaan bertunjangkan Islam.

Berapa ramai yan mampu bertawakkal kepada Allah? Lidah sentiasa sebut nama Allah? Watak Chahaya sangat terkesan. Serikandi yang hafizah menunjukkan tawakal yang tinggi kepada Allah walaupun ditemani jaguh yang pada hakikatnya munafik yang bakal membunuh bapanya serta kerajaan Anding.

Betatar jadi Damit. Siapa Nyian sebenarnya? 

Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin

Assalamualaikum, Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku na...