25 Jun 2010

Candu, Rokok dan Syisya...Mana bahaya? atau sama sahaja?



Bila sebut pasal benda 'alah' ni, kadang2 aku fikir...mudahnya nak jajah sesebuah negara. Bagi anak-anak muda ketagih.
Bila ketagih, tidak ingat dunia. Tak ingat tanggungjawab. Tak ingat solat. Tak kenal mak ayah dan keluarga lain. Yang dia ingat..benda 'alah' ni.
Aku kenal candu di negara China je ada. Hingga glamour criter Wong Fei Hong lawan Inggeris dan buka pusat pemulihan candu. Ini cara nak jajah negara cina. Bawa masuk candu. Hingga anak muda ketagih rokok. Tiada pertahanan diri
walaupun hebat dalam kungfu.
Kalau di negara kita Malaysia ni, anak muda ketagih rokok, dadah, ganja dan barang seumpama dengannya. Wooo...lagi banyak benda aku tak tau. Majoriti lelaki hisap rokok. Kalau tak hisap rokok, macam tak macho...huh! tu pada pemikiran mereka yang nak mati cepat. Termasuk cikgu-cikgu, anak murid, ustaz-ustaz, ketua-ketua jabatan dan dot dotttttt...
Sekarang glamour dengan syisya. Masa aku di Bumi Fir'aun dulu...biasa la nampak syisya kat kedai-kedai kopi arab. Berjubah tapi hisap syisya. First time tengok nak tergelak. Bila dah biasa tengok, perut aku dah tak tergelak dah. Budak Malaysia pun hisap. Yang tu memang aku terkejut...Walaupun seorang dua yang buat. Habis susu satu belanga rosak.
Bila balik Malaysia, kedai-kedai karpet bangla ada jual syisya. Yang angkut bawak balik adalah melayu Islam. Aku ada dengar temubual bersama seorang Dr dalam tv. Antara yang aku ingat, katanya
"....syisya sama dengan 100 batang rokok...lagi bahaya bila berkongsi...."
Banyak betul mukaddimah aku ni...teruskan baca...
*****************
Kegunaan candu adalah bermula dalam bidang perubatan iaitu digunakan untuk melegakan kesakitan, cirit-birit dan dijadikan sebagai ubat batuk. Walau bagaimanapun, kajian secara intensif telah menemui beberapa jenis dadah lain yang serupa dengan candu dan dapat digunakan sama ada untuk menyembuhkan kesakitan dan cirit-birit. Oleh itu, penggunaan candu adalah berkurangan disebabkan kewujudan bahan sintetik yang menunjukkan kesan yang lebih baik daripada candu. Namun demikian, candu masih dikekalkan dan digunakan dalam keadaan yang tertentu terutamanya melawan kesakitan yang berpanjangan.
Selain itu, kebolehan candu adalah memberi rangsangan kepada tidur. Oleh itu, sebarang kesakitan berlaku dan memerlukan pesakit itu tidur, candu akan dijadikan sebagai bahan soporifik iaitu ubat tidur. Di samping itu, candu juga dijadikan sebagai bahan analgesik iaitu ubat tahan sakit bagi sesetengah kesakitan sebagai contohnya kesakitan ketika bersalin.
Penggunaan candu dan heroin pula akan menjadikan seseorang itu berasa amat puas hati malah perasaan kecewa, bimbang dan takut akan hilang. Justeru itu, seseorang itu akan berasa amat senang hati. Walau bagaimanapun, penggunaan candu dan heroin mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan. Ini adalah berikutan selepas mencubanya beberapa kali, seseorang itu akan menyimpan keinginan yang hebat untuk mencubanya lagi.
Rokok adalah benda beracun yang memberi efek santai dan merasa lebih jantan. Di balik kegunaan atau manfaat rokok yang sekecil itu terkandung bahaya yang sangat besar bagi orang yang merokok maupun orang di sekitar perokok yang bukan perokok.

1. Asap rokok mengandung kurang lebih 4000 bahan kimia yang 200 diantaranya beracun dan 43 jenis lainnya dapat menyebabkan kanker bagi tubuh. Beberapa zat yang sangat berbahaya yaitu tar, nikotin, karbon monoksida, dsb.
2. Asap rokok yang baru mati di sebabkan mengandung tiga kali ganda bahan pemicu kanker di udara dan 50 kali mengandung bahan pengeiritasi mata dan pernafasan. Semakin pendek rokok semakin tinggi kadar racun yang siap melayang ke udara. Suatu tempat yang dipenuhi asap rokok adalah tempat yang lebih berbahaya daripada di jalan raya.
3. Seseorang yang mencuba merokok biasanya akan ketagihan karena rokok bersifat candu yang sukar dilepaskan dalam situasi apapun. Seorang perokok tegar akan memilih merokok daripada makan jika wang yang dimilikinya terbatas.
4. Harga rokok yang mahal akan sangat membebankan orang yang tergolong miskin, sehingga dana kesejahteraan dan kesehatan keluarganya sering dialihkan untuk membeli rokok. Rokok dengan jenama terkenal biasanya dimiliki oleh perusahaan rokok asing yang berasal dari luar negeri, sehingga uang yang dibelanjakan perokok sebagaian akan lari ke luar negeri yang mengurangi devisa negara. Pabrik rokok yang mempekerjakan banyak buruh tidak akan mampu meningkatkan taraf hidup pegawainya, sehingga apabila pabrik rokok ditutup para buruh dapat dipekerjakan di tempat usaha lain yang lebih kreatif dan mendatangkan devisa.
5. Sebagian perokok biasanya akan mengajak orang lain yang belum merokok untuk merokok agar merasakan penderitaan yang sama dengannya, yaitu terjebak dalam ketagihan asap rokok yang jahat. Sebagian perokok juga ada yang secara sengaja merokok di tempat umum agar asap rokok yang dihembuskan dapat terhirup orang lain, sehingga orang lain akan terkena penyakit kanser.
6. Kegiatan yang merusak tubuh adalah perbuatan dosa, sehingga rokok dapat dikategorikan sebagai benda atau barang haram yang harus dihindari dan dijauhi sejauh mungkin. Ulama atau ahli agama yang merokok mungkin akan memiliki persepsi yang berbeza dalam hal ini.
Kesimpulan :
Jadi dapat disimpulkan bahwa merokok merupakan kegiatan bodoh yang dilakukan manusia yang mengorbankan uang, kesehatan, kehidupan sosial, pahala, persepsi positif, dan lain sebagainya. Maka bersyukurlah anda jika belum merokok, karena anda adalah orang yang smart / pandai.
Ketika seseorang menawarkan rokok maka tolak dengan baik. Merasa kasihanlah pada mereka yang merokok. Jangan dengarkan mereka yang menganggap anda lebih rendah dari mereka jika tidak ikutan ngerokok. karena dalam hati dan pikiran mereka yang waras mereka ingin berhenti merokok
************
Hisap Shisha Ibarat Api Masa Kecil Jadi Kawan, Besar Jadi Lawan
(Oleh Melati Mohd Ariff)

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) : Memerhatikan gelagat anak-anak muda menghabiskan waktu malam dengan bersantai di kafe atau restoran adalah seperti menyaksikan satu pementasan drama tetapi itulah realitinya.

Drama kehidupan muda-mudi di bandar besar. Lelaki, perempuan bergelak ketawa dan mempamerkan gaya hidup bebas di kota metropolitan.
Asap berkepul, mereka menyedut perlahan-lahan objek yang diletakkan di sebelah tempat duduk. Yang perempuannya sedikit pun tidak menampakkan rasa segan atau malu, asap yang disedut dihembus, berkepul-kepul keluar dari mulut.

Antara sedar atau tidak, ada satu
trend atau kecenderungan yang semakin menular dalam kehidupan kita hari ini, yang mungkin jika tidak dibendung akan menjadi satu budaya perosak iaitu menghisap shisha.

Shisha atau juga dikenali dengan nama "hookah" merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa.

Bayaran yang biasa dikenakan ialah antara RM10 hingga RM15 untuk satu sesi shisha.
ASAL USUL

Menghisap shisha yang kian menjadi kegilaan khususnya muda-mudi Melayu, telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya.

Sebelum kemunculan tembakau, bahan yang sering digunakan di dalam shisha ialah candu dan hashish.
Shisha dipercayai mula membanjiri negara ini dengan kedatangan pelancong-pelancong dari Timur Tengah khususnya pada tahun-tahun 90-an.

Sesetengah pihak mungkin tertanya-tanya mengapa tiada batasan atau larangan untuk shisha sedangkan kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mengadakan pelbagai kempen anti-merokok dan kempen amalkan gaya hidup sihat.

Aneh bukan? Atas alasan apa menghisap shisha dibiarkan sedangkan ia masih menggunakan tembakau!
BAHAYA UNTUK PEROKOK

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini, terdapat kira-kira 1.3 bilion perokok di seluruh dunia dan sekitar lima juta mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan menghisap rokok.
WHO memberi amaran jika trend tersebut tidak berubah, 10 juta orang setahun akan mati akibat penyakit berkaitan menghisap rokok menjelang 2020.

Kebimbangan WHO itu juga membuatkan badan dunia itu mengeluarkan slogan untuk sambutan Hari Tanpa Tembakau Dunia tahun ini yang memberi amaran kepada perokok bahawa tembakau adalah
"berbahaya dan boleh membawa maut dalam apa jua bentuk".

Satu laporan dari London baru-baru ini menyebut tentang pengharaman menghisap rokok di khalayak ramai yang akan dikuatkuasakan di England Jun 2007.

Langkah tegas ini sudah tentunya turut memberi kesan kepada penghisap shisha.
MUDAH TERPENGARUH

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman tidak terperanjat dengan budaya menghisap shisha yang semakin menular di kalangan golongan muda negara ini khususnya anak Melayu.
"Orang Melayu terutamanya mudah dipengaruhi dengan satu benda kelainan yang pada pendapat mereka ia hanya sekadar berseronok tanpa mengetahui latar belakang sejarah sesuatu budaya tersebut dan juga risiko ke atas diri sendiri, dari segi kesihatan terutamanya," jelas beliau.

Tradisi menghisap shisha ini, tambahnya, sesuatu yang barangkali boleh diterima di kalangan masyarakat tertentu seperti di Timur Tengah dan di Afrika.
"Ada di antara mereka berpendapat bahawa apabila mereka membakar tembakau atau buah-buahan atau bahan-bahan lain yang diadun maka air yang digunakan akan menjadi satu penapis yang boleh menyelamatkan mereka daripada risiko kesihatan akibat pengambilan tembakau."
"Perbuatan ini sebenarnya didorong oleh nafsu dan mereka sekadar ingin merasa selamat walhal mereka masih menanggung risiko," tambah Dr Maamor.

Menghisap shisha, katanya, mempunyai banyak persamaan dengan perbuatan menghisap rokok dan dalam masa yang sama, ada juga penggemar shisha perokok tegar.

Di Malaysia, tambahnya, menghisap shisha ini lebih mirip kepada pengambilan dadah marijuana dengan menggunakan alat yang dipanggil "dapur".
"Ini sebenarnya memberikan satu bentuk kebebasan kepada kumpulan penagih untuk berlindung kononnya sekadar mengambil shisha yang menggunakan buah-buahan dan sebagainya."

"Persoalan yang perlu dirungkaikan ialah, sesuaikah menghisap shisha ini dengan sosio-budaya Malaysia?"
soal Dr Maamor.
GANGGU KETENTERAMAN

Perbuatan menghisap shisha yang biasanya dibuat secara berkumpulan juga boleh
mengganggu ketenteraman dan keselesaan orang ramai di satu-satu premis yang tidak bertepatan dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
Ini kerana, katanya, terdapat golongan remaja yang bersikap biadap dan kurang sopan apabila mereka ditegur di tempat-tempat awam seperti restoran dan premis makanan yang lain.
"PPIM memandang serius penularan aktiviti negatif ini walaupun atas apa alasan dan pihak bertanggungjawab perlu mengkaji secara profesional perkara ini sebelum ia merebak dan mempengaruhi serta merosakkan budaya orang-orang Islam," tegas Dr Maamor.

Timbalan Setiausaha Agung, ERA Consumer Malaysia, Ismail Abd Aziz berkata beliau bimbang shisha akan membawa kesan sosial yang negatif di kalangan remaja dan belia tempatan.

Beliau sendiri membuat beberapa tinjauan ke gerai-gerai makanan termasuk di sekitar Petaling Jaya di sebelah malam dan lewat malam untuk melihat sendiri
trend menghisap shisha ini.
"Saya dapati golongan remaja termasuk anak-anak gadis tidak segan-silu menghisap shisha di khalayak ramai, baik di gerai-gerai makan tepi jalan dan di kawasan-kawasan perumahan kos rendah sehinggalah ke Bintang Walk Kuala Lumpur."

"Mereka seolah-olah bangga dengan cara menghisap begitu dan merasakan kepuasan apabila ramai orang memerhatikan mereka sedangkan mereka belum tahu risiko dari segi kesihatan yang boleh membawa kesan jangka panjang,"
jelasnya.

Ismail turut menyuarakan kebimbangannya akan berlaku penyalahgunaan menghisap shisha dengan mencampurkan ganja yang boleh mengkhayalkan.

Menurutnya, perkara itu mungkin berlaku tetapi tidak secara terbuka, di kalangan rakan karib atau pelanggan tetap tuan punya gerai atau restoran yang menawarkan shisha.
LUMPUH HASRAT KERAJAAN

Kegilaan menghisap shisha boleh melumpuhkan hasrat kerajaan untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada pengaruh dadah.

Kekhuatiran ini disuarakan Dr Maamor dalam mengulas lebih lanjut tentang kecenderungan anak muda menghisap shisha yang semakin menjadi-jadi ini.

Beliau mengimbau kesan penagihan ganja dan marijuana di mana menjadi kebiasaan untuk penagih menggunakan "dapur" bagi menghisap dadah tersebut apabila dadah-dadah tersebut mula diperkenalkan ke alam Melayu.
"Kita dapati hampir semua penagih tersebut kemudiannya berlanjutan kepada pengambilan apa yang ditakrifkan sebagai 'designer drugs' seperti syabu, ice dan lain-lain."

"Kerajaan telah menetapkan dadah sebagai musuh utama negara. Justeru, kita tidak sepatutnya membiarkan budaya negatif ini timbul semula melalui inovasi shisha. Ia mungkin inovasi baru tetapi tetap sama (penggunaan tembakau),"
jelasnya.

Beliau berpendapat kempen daripada pihak Pemadam, polis dan sebagainya seolah-olah ditipu melalui penggunaan alat shisha yang kononnya tidak memberi apa-apa risiko negatif.
"Ini juga sangat bertentangan dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melahirkan masyarakat budiman (towering personality) kerana budaya ini juga mengundang kepada perbuatan membuang masa dan boleh merebakkan penyakit kerana perkongsian alat yang sama," tambah Dr Maamor.
RISIKO PENYAKIT
Perbuatan menghisap asap boleh mendatangkan risiko penyakit berkaitan sistem pernafasan seperti bronkitis yang kronik, emphysema (bronchiaectasis) dan kanser paru-paru.

Menurut Dr Maamor, keadaan itu berlaku kerana peningkatan kandungan bahan berisiko seperti nikotin dan tar dalam saluran pernafasan.
"Dalam masa yang sama ia merendahkan aktiviti sel-sel khas yang akan menurunkan daya tahan badan serta mendedahkan seseorang itu kepada risiko mendapat jangkitan kuman sekunder."

"Andaian yang menyatakan bahawa apabila kita menyedut asap yang melalui air boleh mengurangkan risiko di atas adalah sesuatu yang indah khabar dari rupa. Risikonya tetap ada sebab masih ada asap yang disedut. Seperti juga rokok yang ada filter, risikonya masih ada"
jelas beliau.

Beliau turut mengingatkan tentang risiko tinggi yang terpaksa ditanggung penghisap pasif.
"Kanak-kanak yang membesar dan ibu-ibu yang mengandung yang mungkin berada di premis tersebut turut menanggung risiko. Malah mereka yang tidak berada di premis yang sama juga boleh terdedah kepada bahaya kerana asap yang dikeluarkan tidak musnah dan ia mencemar alam sekitar," tambah Dr Maamor.

Beliau turut memberitahu terdapat kajian bahaya menghisap shisha ke atas sistem saraf dan juga tahap kesuburan seseorang.
"Risiko kesihatan juga meningkat apabila peralatan ini dikongsi kerana ia boleh menyebabkan merebaknya penyakit bawaan udara."

"Selain risiko kesihatan sudah tentulah ada risiko-risiko sosial, ekonomi, budaya dan pengaruh politik yang boleh menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan celaru. Maksud saya ada orang yang berkata ia halal, ada kata haram atau makruh,"
jelasnya.
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

Dr Maamor dan Ismail mahu kerajaan mengambil langkah memantau penularan budaya menghisap shisha ini sebelum ia merebak dan tidak dapat dikawal.

Dengan mengibaratkan shisha sebagai "api yang semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan", Dr Maamor berkata budaya negatif itu perlu dibendung semasa ia masih di peringkat awal.

"Jika tidak, ia akan menjadi sesuatu yang sangat sukar dan mungkin menelan belanja jutaan ringgit untuk diatasi."

"Harapan kita supaya kerajaan menyedari kesan negatif akibat perbuatan menghisap shisha ini dan mengambil satu polisi yang jelas supaya ia bersesuaian dengan polisi-polisi lain yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini,"
kata beliau.

Ismail pula menyarankan Kementerian Kesihatan supaya memantau kandungan shisha dan segera membuat kajian.
"Pihak polis juga perlu memantau gerai atau premis yang menawarkan shisha ini dan memeriksa bekasnya jika perlu untuk memastikan tiada kandungan ganja."

"Khidmat jualan shisha juga perlu dilesenkan seperti jualan rokok dan pihak kastam juga perlu memantau jualan tembakau shisha ini dan mengesahkan sumber bekalan,"
kata Ismail.

3 ulasan:

  1. syisya my favirote i like syisya ade perisa epal,strawberry,oren best...

    BalasPadam
  2. @Tanpa Nama: Ramai yang suka syisya. Lama-lama akan ketagih seperti rokok. Pelbagai perisa mmenjadi tarikan tapi hati-hati ^_^

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...