Gambar dari link
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (teka-teki);
Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”
Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta
ialah
MATI.
Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati” (Surah Ali-Imran :185)
Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah
MASA
LALU.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan
datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”
Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah
MEMEGANG AMANAH
(Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di
dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali
didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”
p/s: ingatan untuk kita semua umat Islam ^_^
~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan