"Cermatnya orang dulu...menggunakan cahaya dari lampu orang lain perlu minta izin," kata seorang guru Sains di sekolahku.
"Kisah pasal siapa ni? Kisah benar atau dogeng?"
"Kisah benar la dik,"
"Akak baca dalam buku karangan Abdul Latip Talib ni," sambil menunjukkan buku 'Imam Hanbali Penegak Kebenaran'.
"oooo..nanti dah habis baca 'past' kat saya yea,"
Bila aku dah baca...dalam buku terselit kisah seorang wanita solehah ini.
Wanita ini menceritakan kisahnya kepada Imam Hanbali.
"Wahai Imam Hanbali, dengarkanlah kisahku ini. semoga dirimu dan diriku mendapat keampunan Allah," kemudian dia terdiam.
"Sesungguhnya saya ini perempuan yang miskin. Saya tidak mempunyai apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil. Hidup saya sungguh melarat, hinggakan kami tidak mempunyai lampu untuk menerangi rumah," sambungnya.
"Bagi menyara hidup kaimi anak beranak, saya bekerja sebagai pemintal benang. Say akan memintal pada waktu malam dan akan menjualnya pada siang hari,"sambungnya lagi.
"Di manakah suami kamu?" tanya Imam Hanbali.
"Di antara mereka yang menentang Khalifah Al-Muktasim yang zalim itu. Dia gugur syahid dalam satu pertempuran dengan pasukan tentera yang hendak menangkap mereka. Sejak itu, hidup kami melarat," jawab wanita itu.
"Teruskan cerita kamu," pinta Imam Hanbali.
"Disebabkan rumah kami tidak ada lampu, maka saya terpaksa menunggu sehingga bulan mengambang barulah saya dapat memintal benang," kata wanita itu. Kemudian dia menyambung ceritanya.
"Pada suatu malam, kafilah dagang dari Syam datang lalu singgah bermalam berhampiran dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga menerangi rumahku. Saya mengambil kesempatan untuk bekerja memintal benang di bawah cahaya lampu mereka. Pertanyaan saya ialah, apakah wang hasil jualan benang yang saya pintal daripada cahaya lampu milik kafilah itu halal untuk saya gunakan?"
Imam Hanbali berasa kagum mendengar cerita wanita itu lalu bertanya," Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat tentang hukum agama di saat umat Islam lali dan kikir terhadap harta mereka?"
" Saya adalah adik perempuan kepada Basyar Al-Hafis yang meninggal dunia," jawab wanita itu dengan kerendahan hatinya.
Mendengar jawapan itu, Imam Hanbali berasa sebak lalu menangis tersedu-sedu. ini disebabkan beliau memang mengenali Basyar Al-Hafis itu, seorang gabenor yang beriman dan beramal soleh. Setelah tangisannya reda, maka Imam Hanbali pun berkata,
" Sesungguhnya saya sangat takut pada azab Allah. Keran itu, berilah saya masa bagi menjawab pertanyaan kamu itu. Baliklah ke rumah kamu dahulu dan esok kamu datang ke sini lagi,"
Imam Hanbali memang tidak mahu terburu-buru memberikan jawapan. Tambahan pula sekiranya menyentuh huku halal dan haram. Pada malam itu, beliau berdoa, bermunajat serta memohon petunjuk daripada Allah SWT.
Keesokan harinya, wanita muda itu datang lagi bagi mendengar jawapan daripada Imam Hanbali.
"Wahai wanita yang solehah. Sesungguhnya kain penutup muka yang kamu pakai itu lebih mulia daripada serban yang aku pakai. Kami ini tidak layak untuk disamakan dengan orang tua yang telah mendahului kita. Sesungguhnya kamu seorang perempuan yang berhati luhur, bertakwa dan penuh rasa takut kepada Allah,"
"Wahai tuan Imam Hanbali. Bagaimana dengan pertanyaan saya semalam?" tanya perempuan muda itu.
" Berkenaan pertanyaan kamu itu, sekiranya kamu tidak mendapat izin daripada rombongan kafilah dagang itu, maka tidak halal bagimu menggunakan wang daripada hasil jualan benang itu," jawab Imam Hanbali.
Wanita ini berasa sangat susah hati selagi tidak mendapat keizinan daripada rombongan kafilah dagang itu. Beliau sanggup menemui mereka seorang demi seorang bagi mendapat keizinan. Berita tentang wanita solehah itu akhirnya sampai ke pengetahuan Khalifah Al-Mutawakkil. Beliau sungguh kagum dengan wanita tersebut lalu menberinya wang sebanyak 10 ribu dinar.
Perempuan muda itu menemui Imam Hanbali sekali lagi lalu bertanya tentang wang hadiah khalifah.
" Adakah wang itu halal baginya?"
" Khalifah juga pernah memberika saya wang sebanyak itu. Tetapi saya sedekahkan kepada fakir dan orang miskin yang saya temui di jalan," jawab Imam Hanbali.
Wanita itu pun memberikan wang tersebut kepada fakir dan orang miskin. Dia cuma mengambil sedikit untuk membeli lampu bagi menerangi rumahnya.
p/s : Sekarang rasuah berleluasa. Ada duit lebihan pelajar pun masuk poket sendiri. Untuk kegunaan keluarga sendiri. Hidup tak aman. Dengki dengan sesama rakan sekerja. Susahnya hidup makan gaji ni...huhuhu
Moga Allah melindungi kita dari perkara yang haram ^_^
Sumber: Imam Hanbali Penegak Kebenaran. Abdul Latip Talib. Terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mesyuarat atau bengkel mengikut zon
Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...
-
Entri untuk seorang kawan. Kalau pembaca lain berminat, teruskan bacaan anda. Apa maksud 'Adab'? Sudah pasti ianya takde ken...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan