15 Disember 2010

Hidup Menderita Barah Paru-paru.

Innalillahhi Wainna ilahi Raji'un...

Inilah kalimah terbaik bila ditimpa musibah. Kebanyakan kita sebut bila ada kematian.

Kali ni aku nak tulis tentang orang yang dekat dengan keluargaku. Aku baru sahaja menziarahinya bersama ibu.

Hidupnya menderita.

Beberapa hari yang lalu, doktor mengesahkan bahawa dia menghidap kanser paru-paru tahap ke-4. Semakin hari, suaranya tidak keluar. Hanya batuk yang menyakitkan dadanya dan tubuhnya yang cengkung dan kurus melidi. Terlalu kurus sehingga kepala lebih besar dari tubuhnya. Umurnya awal 40-an. Lebih muda dari usia ibuku.

Berkomunikasi dengan cara menulis.

Berdasarkan tulisannya, doktor mengatakan dia dapat hidup dalam tempoh 4 minggu lagi. Hidupnya seolah-oleh menunggu saat kematian. Ajal ditangan Tuhan. Doktor menganggarkan berdasarkan pemerhatiannya. Doktor bukan tuhan. Allah lah yang menentukan kita hidup atau mati dalam tempoh tertentu.

"Tolong ikhtiar untuk aku duduk di rumah orang tua," Beritahunya dalam bentuk tulisan kepada seorang kakaknya. Menulis adalah cara interaksinya dengan orang sekeliling.

"Anak-anak tak hiraukan aku. Diorang tak jenguk pun aku," Sambungnya lagi.

Luluhnya hati seorang ibu. Anak-anak mengadap komputer. Ada yang tengok tv saluran astro. Pasang volume kuat-kuat. Ibunya ditinggalkan. Dulu tangannya masih kuat untuk mengetuk dinding apabila ingin sesuatu terutama nak makan atau minum. Sekarang???Tangan tak boleh nak angkat. Cuma jarinya boleh bergerak. Suara tak keluar. Hanya batuk berpanjangan.

Ibuku panggil anak-anaknya. Tiada seorang pun menyahut panggilan. Hatiku jadi geram. Aku bangun dan cuba panggil sambil kakiku melangkah  naik ke tingkat atas. Tiada seorang pun. Ikutkan hatiku...nak masuk  ke dalam bilik diorang ni. Cari tempat persembunyian diorang. Kakiku hampir menjejak tangga terakhir, seorang anaknya muncul.

"Cik De panggil. Panggil kakak sorang lagi,"

Aku terus turun. Lama aku menunggu. Tak turun lagi! Kalau adik aku...nahas kau!

Hanya seorang sahaja yang muncul. Aku tukar tempat dudukku. Atas katil ibunya. Dia atas kerusi. Dia yang jadi tamu aku pulak!

Ibuku mula bersoaljawab dengannya. Aku hanya mendengar. Malas nak menyampuk.

" Pernah tak masuk bilik ni?"

"Pernah kot,"

"Pernah urut mak tak?"

"mmm...pernah,"

"ok...kelmarin, ada tak 'k' masuk bilik mak? jawab dengan jujur. Cik De nak tau dari kau,"

"mmm...tak masuk"

"kakak kau?"

"mmm...tak tau,"

"kau tak tau la sebab ko tak turun pun kan,"

Ibuku terus membebel pasal bermacam2. Antara yang aku ingat...

Mak kau ni mesti ada orang menjaga. Gilir-gilir la. Kalau dia nak minta apa-apa senang. Kau duduk kat sebelah pun tak apa. Ada kerja sekolah buat kat sebelah dia. Biar dia rasa anak masih menghargainya. Urut kakinya. Sekurang-kurangnya sentuh. Tangan orang sihat ada auranya. Mungkin kaki yang kaku ni masih ada harapan untuk berjalan.

Masa kami  ziarah, adikmu kata "mak minum segelas sehari,"...Korang minum berapa gelas sehari? tu orang sihat. Kalau orang sakit dia perlukan air. Apatah lagi...mak ko banyak batuk. Suap. Bukan letak air dan makanan kat tepi dia. Kemudian ko tinggal macam tu je.

Sepanjang kami ziarah korang adik beradik tak turun pun. Tak raikan tetamu. Bukan kami nak suruh kamu hidang nasi  atau air. Cukup korang duduk bersama ibumu. Bersalam. Mungkin korang akan dengar rintihannya.

Bukankah tetamu datang membawa rahmah? Membawa keluar dosa-dosa kita. Sebab tu Nabi kita suruh memuliakan tetamu. Banyak lagi mak aku nasihat terutama pasal anak derhaka. Hidup tak selamat. rezeki susah dapat. Macam-macam la. Aku harap anak2nya 7 orang tu menjaga ibunya semasa hayat masih ada. Jika ibunya tiada, menyesal tiada guna lagi. Balasan kat dunia jika derhaka ibu bapa. Di akhirat tak terlepas lagi. Ibu kandung tak sama dengan ibu tiri atau ibu angkat atau ibu saudara. Dia tiada ganti. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi kita mampu.

Betul lah kata orang-orang tua dulu.

Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak. Tapi anak yang sepuluh orang ini tidak mampu menjaga seorang ibu.

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

1 ulasan:

  1. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm150 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

    Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi

    NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...