Sibuk dengan meminta DNA seseorang tetapi Bible Melayu telah tersebar ke seluruh negara. Tiada paparan diceritakan. Adakah DNA atau barang peribadi seseorang diangkut masuk ke mahkamah lebih utama? Tetapi akidah bangsa Melayu Islam tergadai tanpa bantuan dan sokongan negara yang mengaku negara Islam.
'gambar: bible versi melayu'
'Gambar: Al-Quran penambah ilmu pengetahuan'
Sekarang Libya telah diserang oleh 'penyembah syaitan'. Dengan alasan Gaddafi membunuh rakyat sendiri. Itu alasan untuk campur tangan dalam urusan sesebuah negara. 48 orang terbunuh dan kebanyakan wanita dan kanak-kanak. Kita tidak belajar dari sejarah kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dulu. Kita tidak belajar tetang kejatuhan Kerajaan Melaka akibat campur tangan Inggeris sehingga undang-undang negara masih terikat dengan undang-undang negara mereka. Adakah Libya akan mengikut jejak Iraq dan Afghanistan selepas ini?
'Gambar: Presiden Libya'
Israel menyerang penduduk Palestin dibiarkan sepi. Tiada campur tangan 'penyembah syaitan' ini. Negara yang ingin menolong tidak diberi sokongan. NGO yang pergi ke sana ditahan bagaikan anjing kurap. Dunia senyap dengan memberi alasan rakyat palestin adalah pengganas mempertahankan tanah sendiri.
'gambar: kanak-kanak dilatih mempertahankan diri'
Bencana alam di Jepun masih menjadi sindiran kononnya 'Ultraman dikejar ombak Tsunami'. Ia tersiar dalam CNN. Memalukan negara sendiri. Kita tidak mengambil pengajaran. Walaupun Jepun maju, tetapi kuasa Allah tiada teknologi dapat mengatasinya. Tsunami di Acheh, Jepun mendapat amaran yang paling awal. Tetapi Tsunami di negara sendiri, tiada teknologi yang dapat amaran awal. Begitu juga hari kiamat. Adakah kita bersedia?
SUMBER: palestininfo, satuhala , abimonline & thenews
Tiada ulasan:
Catat Ulasan