Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

16 April 2011

Banner & Bunting

Bagaimana nak buat banner dengan ukuran 3' x 8' dalam tulisan arab atau jawi. Encik Mukhtar, pemilik kedai membuat banner di pekan ini...mengajar aku. Dia jadi  guruku. Terima kasihhhhh ^_^

1. Mulakan dengan menaip tulisan jawi atau arab MS WORD. Gunakan 'word art' dan 'bold'kan. Aku guna MS Word 2010. Font Arial. Size:100. Landskap.Copy dan paste dalam photoshop.


2. Buka Photoshop 7.0. Klik 'file' dan ubah 'width':84 inci. Height: 36 inci. Mode: CMYK colour. Klik 'ok'.


'paste' tulisan dari MS WORD tadi. Pastikan setiap kali  buat perubahan mesti klik 'tools' ada ada bentuk anak panah di sebelah kiri.. Kalau nak besarkan tulisan tekan CTRL+t.


3. Masukkan gambar untuk dijadikan background. Klik 'file'. Klik 'open'. Cari gambar sesuai dari komputer atau laptop.klik 'ok'.

4. Kemudian besarkan gambar mengikut yang dikehendaki. Untuk memastikan tulisan arab tadi terletak dibahagian depan, klik 'layer' dibahagian atas. klik 'arrange'. klik 'send to back'. Kaburkan gambar dengan menurunkan Opacity dari 100% ke bawah ikut kemahuan.

5. Tulisan masih ada background putih. Bagaimana nak buang background putih? ok..klik tanda 'magic tools' dan klik pada background putih tadi. Tekan keybord 'del' kemudian tekan 'ctrl + D'.

6. Buat border pada tulisan. Klik 'f' dibahagian kanan bawah. Klik 'stroke'. Adjust mana-mana size untuk tengok perbezaan.


7. Untuk buat bayangan. Klik layer yang berkaitan tulisan. Klik 'f' dan klik 'drop shadow'. Jadikan
Opacity: 100%. Adjust distance, size dan spread. 'flatten image'. Save as dalam mana-mana folder. Kalau nak post dalam blog save dalam JPG.

Ini hasilnya...

Ini apa yang aku buat di kedai banner tadi.


* Bunting 2' x 5' = 24 inci x 72 inci.
p/s: Wallahua'lamm. Ini nota untuk aku. Jika ada kesilapan atau tak lengkap boleh tambahkan. Ilmu untuk dikongsi bersama ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...