Aku bukannya peserta BERSIH 2.0 tapi aku nak komen jugak pasal ni. Sambil baca pengalaman blogger yang menyertai BERSIH.
Aku tak sangka kerajaan sendiri yang mempromosikan BERSIH. Menakut-nakutkan peniaga tentang perhimpunan HARAM kononnya. Ada yang kena ugut. Ada yang wajib buka sekolah untuk elakkan pelajar atau guru menyertai perhimpunan ni. Ini semua seolah-olah takut kepada bayangan sendiri. Adakah ini di panggil negara demokrasi? Patut la rakyat tak suka sejarah Malaysia.
Yang aku peliknya Yang Dipertuan Agung benarkan berhimpun di Stadium. Kemudian dipersoalkan kenapa tak serahkan memorandum masa perjumpaan dengan Sultan Mizan tu. Kemudian mengatakan tidak akan beri permit kepada pertubuhan yang tidak berdaftar. Pelbagai cara untuk menghalang BERSIH. Ini bukan pasal politik. Ada ke diorang bawa bendera PAS atau bendera PKR atau bendera DAP?
Tuntutan bersih tu bukannya susah. Antaranya bersih senarai pengundi. Jangan bagi ada 'pengundi hantu'. Bayangkan 60 orang guna alamat rumah yang sama. Kalau yang dah mati pergi mengundi...bukan ke di panggil pengundi hantu? orang lain guna ic orang mati untuk mengundi tak adil kan. Kemudian gunakan dakwat kekal masa mengundi sedangkan dakwat tu dah beli. Tapi tak guna. Harap-harap akan datang boleh la guna dakwat. Tak ada la orang yang sama pergi mengundi.
Pasal Ambiga tu...Aku sangat tak setuju dengan dia ni. Mungkin ramai yang dah lupa pasal LINA JOY yang murtad tu. Tuntut nak buat IFC...konon2 nak satukan agama. Mana boleh. Islam tetap Islam. Korang cari la sendiri pasal IFC dan Lina Joy tu...kadang-kadang aku rasa orang Islam dipergunakan oleh orang lain. Aku rasa orang yang sokong bersih sebab tuntutannya...bukan sebab Ambiga ketua. Untuk pemikir...baca link SINI
Pernah baca tentang kegelisahan seorang pemimpin yang memikirkan kenapa rakyatnya lemah dan tak dapat mengalahkan musuh? Negara yang kuat adalah mempunyai pemimpin yang bersih dan rakyat yang bersih. Baca kisah & kisah 2
Korang boleh baca pengalaman BERSIH.
http://kenjii88.blogspot.com/2011/07/bersih-20.html
http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/07/wajib-baca-pengalaman-jurublog-di.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mesyuarat atau bengkel mengikut zon
Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...
-
Entri untuk seorang kawan. Kalau pembaca lain berminat, teruskan bacaan anda. Apa maksud 'Adab'? Sudah pasti ianya takde ken...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan