15 Ogos 2011

Aku Kagum Dengannya.

Subhanallah...

Tak terucap diri ini apabila membaca blog nurain vivian...


Seorang saudara baru dalam Islam atau dipanggil Muallaf.

Bagaimana perjalanan hidupnya sebagai muslim pada awalnya tiada tentangan bagi pandangan aku.

Daripada berskirt kepada berseluar tapi masih ketat dan memakai tudung.

Kemudian berubah memakai tudung dan baju longgar dan berlengan panjang.

Kemudian berubah lagi kepada tudung lebih labuh iaitu menutup dada.

Kemudian dia berhijrah dan terus berhijrah ke arah lebih baik.

Kemudian bertudung labuh dan berjubah.

Dan sekarang sudah memakai niqab atau purdah.

Daripada sini keluarganya seolah-olah membuangnya dari keluarga. Moga keluarganya mendapat hidayah Allah...

Kagum sangat...

Kerana walaupun aku bertudung labuh tapi aku tak mampu memakai purdah.

Semasa di Mesir dulu, ada yang meminta aku berpurdah tetapi aku tidak peduli kerana aku fikir dengan perangai aku yang sedikit brutal akan memburukkan imej orang berpurdah. Aku juga tidak mampu beristiqamah untuk terus berpurdah jika pulang ke Malaysia.

Aku suka melihat wanita berpurdah atau berniqab ni. Aman dari gangguan dan rasa selamat. Jika aku melihat dua tempat duduk yang mempunyai masing-masing perempuan bertudung tapi singkat dan wanita berpurdah...Aku akan pilih duduk disebelah wanita berpurdah. Selesa.hehehe

Masing-masing boleh fikir sendiri kan.

Syabas buat saudari Nurain Vivian kerana mampu mengikut sunah umahatul Mukminin.

Sukernyer baca blognyerrr....

Moga saudari terus beristiqamah dan teruskan penulisan yang berguna ini.

Satu lagi aku nak sebut...

Aku tak suka drama Tahajud Cinta. Seolah-olah mempermainkan pemakaian purdah. Ustaz yang gatal. Hish...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...