19 Ogos 2011

Separuh Masa Ke-2.

Hari Jumaat. Bos segala hari.

Bulan Ramadhan. Bosss segala bulan.

Beruntunglah orang yang menghidupkan malam jumaat di bulan Ramadhan ini.

Surah Al-Kahfi masih berbaki untuk dibaca. Surah Yasin di baca di sekolah.

Tahniah kepada pelajar2ku yang mendapat A dalam trial PMR dalam matapelajaran BA.

Moga mereka akan kekalkan prestasi hingga PMR sebenar. Alhamdulillah ^_*

Di bulan Ramadhan ini, 3/4 pelajar sekolahku mendapat notebook 1 Malaysia. Tapi adakah tercapai 'celik ICT'? Notebook jenis Black Cube. Made in China. Ada masalah jika bersambung dengan internet. Yang ok pun ada. 

Yang paling men'bengangkan' aku adalah perisian MS2010 hanya ada dalam bentuk 'shortcut'. PPT pun tak ada. Jika tugasan diberi apa yang diorang boleh buka? Jika yang ada internet, kenapa tak download sendiri MS Office 2007.

Mereka hanya pandai masukkan lagu, movie, game dan sesuatu yang tidak berfaedah. Bila tengok semua tu, aku rasa nak hadiahkan mereka dua notebook. Ambil satu dengan mereka. Kemudian patahkan. Serahkan kembali. Kan dah jadi dua tu. hehehe....

Kebanyakan sekolah dah ada wirelesss. Bila aku pergi mesyuarat ICT, mereka  baru tahu sekolahku masih tiada internet. Mereka cadangkan aku buat permohonan TM School broadband. Ini akan dibayar oleh pihak KPM. Kenapa sekolahku jahil sangat ni???huhuhu...Pihak PKG bagi kerjasama maksimum kat aku. Terima kasih ya ^_^

Aku sendiri telefon TM dan minta borang. Isi dan fakskan. Faks kali pertama tak sampai. Tak tau kenapa...Bukan aku fakskan. Pihak TM telefon aku dan mengatakan tiada borang yang sampai. Faks kat siapa?Kalut betul ari tu. Mencari borang bersama Chek Kerani kita. Kemudian aku faks semula ke no yang telah diberi.

Status wireless sekarang...wire dah dipasang. Cuma moderm tak sampai lagi. Moga semua ini dipermudahkan. Banyak sangat urusan melalui online. SSQS...SAPS...Laporan setiap peperiksaan kena hantar melalui e-mel untuk subjek aku la. Guru lain pun banyak kerja juga.

Sejak dua hari ni nak update blog tak boleh. Mungkin broadband sangat-sangat slow macam kura je.hehehe..Alhamdulillah. Sekarang dah seperti biasa.. Ila Liqa'...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...