12 Ogos 2011

Trial PMR 2011.

Dup. Dap. Dup. Dap...

Debaran terasa...

Semalam mereka pergi ambil notebook 1Malaysia.

Hari ini subjek aku.

Kenapalah masa ini sibuk dengan notebook tu???

Bila perjumpaan 3 penjuru...ada ibu bapa yang tak hadir dan datang lambat.

Tapi untuk ambil borang notebook ni, mereka sanggup datang awal setengah jam dari biasa.

Mereka sanggup berbuka puasa di jalanan untuk pergi ambil notebook.

Sanggup pelajar ini abaikan study untuk persediaan trial PMR.

Untuk subjek Sains dan Matematik...guru2 mereka sudah keciwaaaaa...

Untuk subjek aku???Tungguuuu...

Pelajar harapan yang menghancurkan harapan guru.

Pelajar sederhana yang meningkat naik.

Ada seorang pelajar sanggup berjanji akan belajar bersungguh-sungguh selepas dapat notebook tapi setakat ini...dalam kelasku masih khayal. Entah apa mimpi dalam sedar tuuu..

Ada pelajar yang masukkan password tapi bila nak buka 'incorrect pw' pulakkk...


Adakah mereka akan celik IT atau celik game???

Jika projek PBL masih tak sempurna...takkan kami guru-guru yang buat semuanya untuk mereka. Bersusah payah guru buat video montaj yang ala-ala hollywood punya, tapi mereka tak bawa bahan PBL yang sudah dicari!

Jika latihan di anggap beban dan menyusahkan mereka, adakah mereka akan menjadi orang yang berilmu dan berjaya dunia akhirat??? Musykilah betul laaa...

Setakat yang aku tanda kertas trial PMR ini dah ada yang tak lulus.

Tajuk Insya' dah diberi latihan. Semua clue atau teknik menjawab dah dicurahkan.

Masih ada yang merenung kertas tanpa menulis satu patah perkataan dalam kertas trial tu.

Adakah melayu sekarang memerlukan bantuan dari orang lain tanpa diri sendiri tiada usaha???

Jika kertas Pendidikan Islam...soalan hanya meminta senaraikan 4 nama rasul. Tapi nama malaikat yang ditulis. Jibril, rakib, atiq dan malik. Soalan yang paling senang.

Tiada apa yang perlu dicoretkan selain kekecewaan. Cukuplah setakat ini perkongsianku.

Jom tanda kertas ^_*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...