10 ramadhan pertama mendapat rahmat.
10 ramadhan ke-2 mendapat pengampunan.
10 malam terakhir mendapat pembebasan dari api neraka.
Bukan senang nak dapat offer macam ni.

Dalam 10 malam terakhir pulak ada lagi offer baik punya...
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (al-Qadr: 1-5)Malam lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulannn. Carilah dalam 10 malam terakhir ini. 1000 bulan ini dikira lebih kurang 83 tahun beribadah laaa. Jika difikir semula...Adakah kita sempat hidup sampai umur 83 tahun ni? Kita beribadah pun mula dalam umur 15 tahun ( kira umur baligh). Nisbah umur umat Muhammad ni dalam lingkungan 63 tahun je. Kalau lebih, kira bonus laaa. Kubur pun asyik melambai2.hukhukhuk...
Yang aku hairan...
Kenapa la orang tua yang tutup aurat sempurna. Dalam telekung solat tu masih pakai stokin. Padahal dah labuh kainnya. Mereka inginkan kesempurnaan dalam solat. Adakah kita lupa...aurat dalam solat adalah sama dengan aurat luar solat???
Remaja atau perempuan muslimah...masih suka tayang body. Apa yang ada pada body mereka? Mata galak suka melihat sesuatu yang Allah suruh sembunyikan dengan menutup aurat. Bila 'mata' melihat..korang marahhh...kata 'mata' itu gatal. hahaha...Korang tunjuk tu kenapa???وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ [٢٤:٣١]Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An-Nur ayat 31)
Bulan puasa ini masih ada yang tidak melatih diri untuk menyempurnakan kewajipan yang telah ditetapkan. Adakah fesyen muslimah sekarang mengikut saranan Rasulullah???
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا [٣٣:٥٩]Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Ahzab ayat 59)
Aurat perempuan paling banyak perlu ditutup. Bukan untuk mengongkong. Tapi untuk kemaslahatan. Untuk keselamatan. Untuk menjaga nafsu lelaki yang di sebut dalam al-Quran.".. Hubbu Syahwatu mina nnissa'..."
Berubah la kerana Allah.
Bukan kerana dipaksa atau ikut arahan 'seseorang'. Mereka bukan pencipta kita. Tapi Allah yang Maha Mengetahui apa yang diciptakannya. Bukan pakaian melambangkan kebaikan seseorang...tetapi ketakwaan kepada Allah. Jika disebut takwa mesti takutkan Allah. Ikut semua suruhan Allah melalui perantaraan Rasulullah. Panduan utama kita adalah al-Quran dan As-Sunnah.
Rujukan utama kita adalah Al-Quran dan Hadis. Rasulullah menjamin kita tidak akan sesat selagi berpegang kepada 2 perkara tadi. Tak perlu tunding jari kepada ustaz atau ustazah atau guru-guru yang tidak sempurna aurat. Apa yang kita tahu...kita cuba amalkan. Kubur masing-masing.
Dalam fatrah (tempoh) terakhir ini cuba amalkan amalan sunat dan doa. Moga semua yang dihajati dimakbulkan Allah. Sekurang-kurangnya solat sunat qabliah dan ba'diah, dhuha, terawih, qiamullail dan tadarus al-Quran. Moga kita mendapat rahmat, pengampunan dan pembebasan dari api neraka.
Selamat beramal ^_*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan