29 September 2011

Nyiur Komen.

Aku ni bukan lah orang yang pandai komen. Kalau aku komen salah... korang jangan la amik hati yea. Terkesot hati tu. hehehe

Tentu ramai lelaki sekarang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Ada terpengaruh semasa sekolah menengah. Ada terpengaruh di universiti. Ada juga semasa alam pekerjaan. Siapa yang nak sedarkan mereka ni? Tak kan  golongan kami yang perempuan nak sedarkan mereka???Nanti jatuh 'hati' macam mana? Itu la sebenarnya patut dielakkan. Jika tidak...

Ada kawan aku sorang ni jumpa seorang kawan lelaki yang pendiam. Mungkin disebabkan kawanku ini ramah, mudah pula si pendiam ni bercerita tentang kisah lalunya. Dia nak berubah tetapi perlu sokongan orang lain. Boleh pula ramah walaupun tak kenal sangat. Bagi aku bila orang percaya terhadap kita, dia akan cerita semua sama ada keburukan atau kebaikan dia.

Pertama kali aku nampak si pendiam ni masa di satu tempat di Selangor. Kawanku keluar bersamanya atas urusan kerja. Naik kereta yang sama. Aku kira dah terdesak kot. Husnu Dzan...mungkin kawanku ada alasan lain. Bila berdua antara lelaki dan perempuan...yang ketiga siapa?...pandai anak2 jawab yea.hehehe

Kawan aku jumpa...masa diorang sama-sama jadi pengapit kawan masing-masing. Dari situ bermulanya perkenalan. Kalau tak silap aku la...Keluarga dan jiran-jiran nak satukan diorang ni tetapi masing-masing buat slamber. Buat-buat biasa sahaja. Mungkin masing-masing segan. Takkan perempuan nak mulakan? mestilah lelaki kena mulakan. yang bermasalahnya lelaki ni pemalu. Aduuyaiii...(biasanya orang guna orang tengah...)

Kawan aku pergi ke rumahnya sebab si pendiam buat makan-makan sikit. Dah banyak kali dia batalkan kerana kawanku ini terlalu bz. Selalu 'out station'. Masa kawan aku free dia ajak pergi ke rumahnya. Kawanku segan juga sebab seorang diri pergi ke rumah kawan. Kawan lelaki pula tu. Siap diperkenalkan dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Siap kena usik. hehehe...siapa boleh bagi pendapat yang sama dengan aku? aku kata si pendiam ni ada hati kat kawan aku...korang rasa macamne? Tapi sebaik-baiknya kawan aku ni pergi la dengan kawan perempuan. Ada teman.

Kawan aku ni baik sangat bagi aku la. Sebab setiap kali solat 5 waktu...mesti dia doakan supaya si pendiam ini mendapat hidayah dan bertaubat tidak ulang lagi dosa-dosa lalu. Harapannya solat 5waktu cukup walaupun penampilannya tak berubah lagi...

Persoalan aku...di mana lelaki yang boleh membantu orang seperti si pendiam ni? Bukan senang untuk seorang perempuan mengubah seorang lelaki. Terbatas. Terhad. Bagi artikel agama sahaja bagi kami perempuan. Dia perlu bimbingan daripada ilmuan agama yang lelaki. Ustaz la senang...Jika dia betul-betul nak berubah cari lah kawan yang beragama. Bukan memikat perempuan dengan hal agama. hehehe...



Tengok drama 'Stanza Cinta'? Watak Irfan berubah bukan kerana Auni. Tetapi berubah kerana Allah. Berguru dengan ustaz yang mengajar Auni dalam Usrah. Di samping itu, Auni tetap membataskan pergaulannya dengan Irfan dan menasihatinya dengan agama...

Jika itu jodoh kawan aku dengan si pendiam...hanya Allah yang tahu. Wallahu A'lamm ^_^

5 ulasan:

  1. Hmm.. menarik jgk kisah nih.Mmg byk berlaku dalam kalangan muda-mudi. Tp kisah ni agak islamik sedikit baragkali. Sy suggest klo sudah 2 rasa bersatu elok perkahwinan menutupi tirai, itu terbaik setelah istiqarah dibuat. Apa salahnya mengikuti jejak siti khadijah yg hebat jika si lelaki sukar memulai. Xkan timbul fitnahnya jika islam masih si dara letakkan di tangga yg teratas. Pedulikan pandangan orang sebab pandangan Allah tu lebih utama.Moga itu jodohn ya, sy doakan Allah menyatukan mereka.

    Maaf andai trsilap bicara, mgkn khilaf tanpa sedar. Mga Allah menuntun ke arah yg baik.. Wallahua'lam. ^_^

    BalasPadam
  2. sebuah kisah yg sememangnya banyak berlaku dalam kehidupan ini.Si lelaki pemalu ini mungkin memerlukan si wanita itu sebagai jln untuk dia berubah..mungkin jg sudah ditakdirkan jodoh mereka berdua dgn laluan sebegini..kalo si wanita betol2 sukakan lelaki tu dan terima seadanya segala kekurangan diri dia, apa slhnya kalo disatukan..semoga diberi jln kpd mereka..

    BalasPadam
  3. Yhe n 'tanpa nama' sama2 kita doakan mereka kauh daripada fitnah dunia. Jika itu jodoh mereka, maka permudahkanlah urusan mereka. Aminnn Ya Rabb ^_^

    BalasPadam
  4. selagi si lelaki msh mencari keredhaanNya alhamdulillah la..tp sekiranya si lelaki msh ego utk terus bergelumang dlm kegelapan si perempuan x blh nk buat ape dh..hanya doa yg mampu diucap..semoga suatu hari nnt hidayah Illahi menjadi satu mimpi indah buat si lelaki..

    BalasPadam
  5. Saya setuju dengan pendapat 'tanpa nama'. Moga mereka mendapat jodoh yang lebih baik lagi. Jangan berhenti berdoa. Doa adalah senjata mukmin.

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...