05 Disember 2011

Pemimpin Baik vs Pemimpin Zalim

 "Supaya dalam kubur nanti, saya dapat mendengar derapan kaki kuda pahlawan yang dapat menakluk kota Konstantinopel. Nabi Muhammad pernah berkata hanya pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik akan dapat menakluk kota Konstantinopel," kata Abu Ayub Al-Ansari selepas ditanya kenapa dia ingin dikebumikan di benteng kota Kontantinopel.

800 tahun selepas diberitahu oleh Rasulullah, akhirnya kota Kontantinopel dapat ditakluk oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Kota Konstantinopel kemudian ditukar nama kota Istanbul. Pak Latip ada mengatakan Kerajaan Turki Uthmaniyyah ada kaitan dengan kesultanan melayu Melaka dan keislaman Parameswara. Moga sejarah akan terungkap kembali ;-)



Bagaimana Gereja Aya Sofia menjadi Masjid Aya Sofia?


Selepas kota Kontantinopel / Istanbul ditawan, penduduknya dibebaskan tanpa dihukum. Mereka memilih Patrick sebagai pemimpin bagi menjaga kebajikan mereka.

"Apakah kami akan dipaksa meninggalkan agama kami lalu menganut agama Kristian?" tanya Patrick.

"Tidak ada sesiapa yang akan dipaksa menganut agama Islam kerana tidak ada paksaan dalam Islam," jawab Sultan Muhammad Al-Fateh.

"Adakah kami bebas mengamalkan ajaran agama kami?" tanya Patrick lagi.

"Kamu bebas mengamalkan agama kamu. kamu juga boleh beramal ibadat dalam gereja kamu pada bila-bila masa tetapi dengan satu syarat," jawab Sultan Muhammad Al-Fateh. Jawapannya itu ,menimbulkan tanda tanya.

"Apakah syaratnya itu Tuanku?" tanya Patrick kelihatan tidak sabar mahu mengetahuinya.

"Gereja Aya Sofia akan kami jadikan masjid," jawab Sultan Muhammad Al-Fateh sambil memandang ke arah orang ramai bagi melihat reaksi mereka.

Seperti yang dijangka tawanan itu seperti diserang histeria apabila mendengar Gereja Aya Sofia akan dijadikan masjid. Masing-masing melahirkan kemarahannya tetapi tentera turki berjaya mengawal keadaan.

Kemudian Sultan Muhammad Al-Fateh berkata," Semasa Maharaja Contantinopel berkuasa ke atas kamu, dia bebas melakukan apa sahaja dan kamu tidak pernah menentangnya tetapi sekarang kami orang Islam yang berkuasa di sini. Kamu semua adalah tawanan kami. Mengikut undang-undang peperangan yang digunapakai sekarang, mereka yang menjadi tawanan perang boleh dihukum bunuh atau dipenjarakan tetapi kami sudah memaafkan kamu.Kami bebaskan kamu pulang ke rumah masing-masing dengan selamat. Kami juga tidak memaksa kamu menganut agama kami. Malahan kamu dibenarkan beribadat di dalam gereja-gereja kamu. Apakah balasan kamu terhadapa kebaikan kami?"

"Tuanku, saya cadangkan kita bunuh semua tawanan dan kita bakar sahaja semua tempat ibadat mereka kerana itu undang-undang peperangan yang digunapakai sekarang," kata Zaqhanus.

Apabila mendengar kata-kata itu, baru mereka berasa takut. Malahan ramai yang menangis memohon supaya dimaafkan. Patrick juga kelihatan sedang berbincang dengan rakan-rakannya. Akhirnya Patrick menemui Sultan Muhammad Al-Fateh lalu berkata," Kami bersetuju Aya Sofia dijadikan tenpat ibadat orang Islam. Kami tidak akan membantah lagi,"


Gereja Aya Sofia dijadikan Masjid Aya Sofia. Ini adalah persetujuan dari penduduk Kristian selepas diminta oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

'Masjid Aya Sofia skrg jadi Muzium di Hagia Sophia'

Antara bukti pemimpin yang baik dan tentera yang baik.


Semasa pemilihan Imam Pertama Masjid Aya Sofia, Sultan Muhammad Al-Fateh memilih gurunya syeikh Syamsuddin Al-Wali tetapi dia menolak secara baik dengan alasan dia sudah tua.

"Carilah orang yang lebih bertakwa di antara kamu untuk dipilih menjadi Imam," cadang Syeikh Syamsuddin Al-Wali.

Sultan Muhammad Al-Fateh keluar ke kawasan lapang dihadapan masjid itu. Kemudian beliau menyuruh semua tenteranya berdiri, lalu berkata, " Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardu lima waktu? Sila duduk!"

Tidak ada seorangpun yang duduk memnandakan kesemua tentera Sultan Muhammad Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat fardu yang lima waktu. Kemudian Sultan Muhammad Al-Fateh berseru lagi,"Siapakan antara kamu yang pernah meninggalkan solat sunat Rawatib?  Sila duduk!"

Dengan itu, separuh tenteranya duduk. Kemudian Sultan Muhammad Al-Fateh bertanya lagi," Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat sunat Tahajut? Sila duduk!"

Semua yang berdiri pun duduk kecuali seorang sahaja. Dia adalah Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Semenjak beliau mencapai umur baligh, beliau tidak pernah meninggalkan solat lima waktu, solat sunat rawatib dan solat sunat tahajut.

"Tuankulah orang yang paling layak menjadi imam," kata Syeikh Syamsuddin Al-Wali.

Kisah lain di SINI dan SINI

**********
' Mustafa Kamal Ataturk'

Semua yang jerit payah Sultan Muhammad Al-Fateh hilang sekelip mata sahaja dibawah pimpinan si zalim, Mustafa Kamal Ataturk.

Kelahirannya hasil dari 'malam pesta kambing' yang dihadiri oleh orang-orang Yahudi Dunamah. Pada malam itu, Zubaidah (ibu Mustafa Kamal Ataturk) mungkin ditiduri oleh kawan baik suaminya (Abdul Muhsin Agha) dari Yahudi Dunamah ini. Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam. Jadi ayah Mustafa Kamal Ataturk yang sebenar tidak dapat dipastikan.

Sejak kecil, dia menunjukkan perangai diktatornya. Tidak boleh orang lain lebih daripadanya. Pernah memukul kakaknya sendiri dan tidak menghiraukan nasihat ibunya. Kehidupannya ditanggung oleh Abdul Muhsin Agha yang bercita-cita supaya Mustafa Kamal dapat menjadi pemimpin tertinggi tentera dan seterusnya menghapuskan khilafah Uthmaniyyah. Mustafa terkenal sebagai seorang yang licik.

Dia mahir dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Ini hasil sogokan Abdul Muhsin Agha terhadap guru-gurunya. Sebelum gurunya mengajar ke kelas, Mustafa Kamal diajar terlebih dahulu. Supaya dia kelihatan lebih bijak dari rakannya yang lain.

Begitu juga menjelang peperiksaan, gurunya akan membocorkan soalan matematik dengan menunjukkan soalan-soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan.

Kemasukkannya ke sekolah tentera juga melalui pengaruh Abdul Muhsin Agha melalui 'jalan belakang'. Abdul muhsin gha selalu mempengaruhi pemikiran Mustafa dengan kata-katanya.

"Adakah kamu tahu kenapa kami sememangnya mahu kamu memasuki Sekolah Kadet Tentera?" tanya Abdul Muhsin Agha.

"Supaya apabila keluar nanti, saya dapat memegang jawatan tertinggi dalam angkatan tentera," jawab Mustafa.

"Kami mahu kamu memegang tampuk pimpinan negara ini pada suati hari nanti," kata Abdul Muhsin Agha. Mustafa berasa senang hati apabila mendengar jawapan itu.

Pengkhianatan dalam ketenteraan


Mustafa dihantar menjalani latihan ketenteraan bersama tentera berkuda ke Syam. Pada suatu petang, dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Dia terdengar alunan muzik dari sebuah kedai. Dia mengintai dan dilihat beberapa pasangan sedang menari. Oleh kerana dia berpakaian seragam tentera, dia tidak dibenarkan masuk. Keesokan harinya, sebelum pulang ke rumah dia menukar pakaian seragamnya dan boleh masuk ke kedai tersebut. sejak hari itu, dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Di sinilah dia bertemu dengan seorang doktor yang dibuang kerja kerana terlibat dalam aktiviti penentangan terhadap kerajaan Uthmaniyah. Mereka menubuhkan gerakan politik dengan nama 'Al-watan Al-Huriyyah'.

Semasa ditugaskan ke Hauran yang terkenal sebagai kawasan elit kerana dihuni oleh orang kaya. Pasukan tentera berkuda menggeledah dari rumah ke rumah. Pada masa ini, Mustafa dan rakan-rakannya mengambil kesempatan mencuri harta orang-orang kaya yang mereka serbu. Perbuatan mereka ini dilaporkan kepada pihak atasan dan Mustafa nekad meninggalkan Syam tanpa pengetahuan ketuanya. Dia pulang ke Salonika.

Bagi menyelamatkan kerjayanya, Mustafa minta bantuan Abdul Muhsin Agha yang mengenali beberapa pegawai perubatan di Salonika. Dr Iskandar Basyar mengeluarkan surat akuan yang menyatakan keadaan kesihatan Mustafa dan diberi cuti selama 4 bulan. Peluang ini digunakan untuk mempengaruhi orang ramai menyokong partinya. Dia menggunakan harta yang dicuri semasa serbuan di Hauran. Dia selalu membuat pertemuan rahsia dengan pegawai tentera British yang di tempatka di Salonika.

Hasil siasatan kes kecurian di Hauran, Mustafa terselamat. Ini kerana ketuanya di Syam melindunginya dengan mengatakan nama Mustafa tidak tersenarai dalam kalangan anggota yang ditugaskan ke wilanyah Hauran dan disahkan sakit serta dapat cuti selama 4 bulan. Dia diterima semula bagi meneruskan latihan di Syam.

Tahun 1907, Mustafa tamat latihan ketenteraan dan dilantik sebagai pegawai pemerintah ketiga pasukan berkuda yang berpangkalan di Salonika. Dia menggunakan kedudukannya untuk menggerakkan partinya semula. Saingan politiknya adalah Anwar Basyar yang nyata lebih berpengaruh darinya. Anwar Basyar menubuhkan parti Al-Ittihad Wa Al-Taraqi.

Anwar Basyar pernah mengupah Ya'cub Qadri membunuh Mustafa. Berita itu sampai kepada Mustafa dan dia meminta orang kanannya mengugut Ya'cub Qadri. Akhirnya Ya'cub Qadri membatalkan hasratnya itu.

"Saya akan melakukan pembaharuan dalam pasukan tentera saya," beritahu Mustafa kepada Nuri Jongkar, iaitu orang kepercayaannya.

"Pembaharuan apakah yang tuan maksidkan?" tanya Nuri Jongkar.

"Ucapan Asslamualaikum akan digantikan dengan ucapan selamat datang dalam bahasa Turki," jawab Mustafa.

Suatu hari, Mustafa menunggang kuda bagi memeriksa barisan tenteranya. Seperti biasa tenteranya akan mengucapkan assalamualaikum.

"Mulai hari ini dengan arahan saya selaku ketua pasukan, ucapan salam perlu digantikan dengan ucapan selamat datang dalam bahasa Turki. Saya juga tidak membenarkan kamu semua bertanya mengapa arahan ini dikeluarkan," kata Mustafa.

Rusuhan 13 Mac yang dirancang dan mengaitkan rusuhan itu ada kaitan dengan Sultan Abdul Hamid II. Mereka mendapat sokongan daripada seorang pemimpin Yahudi iaitu Emanual Qarashu yang ingin mendapatkan Palestin sebagai negara Israel.

Dalam rusuhan di kota Istanbul, sekumpulan lelaki  merompak dan merosakkan harta awam. Sekumpulan yang lain memijak dan membakar Al-Quran di hadapan Masjid Aya sofia. Tindakan biadab ini mendapat bantahan daripada orang ramai dan berlaku pengaduhan. Ramai yang terbunug dan cedera. Peluang ini digunakan oleh mustafa dan tenteranya mengamankan keadaan. Ramai yang ditangkap termasuk Badiuzzman Said Nursi, ulama' yang terkenal dengan ramai pengikutnya.

Orang yang mengaku diupah oleh Sultan Hamid II dilepaskan. Manakala orang yang tidak mengaku bersalah digantung sampai mati. Akhirnya Sultan Abdul Hamid dihantar ke Istana Lama dan meninggal dunia di sana. Hidupnya bagaikan penjara dan anak-anaknya dibuang ke negara Eropah sebagai pengemis.

Tahun 1912, tentera Itali menyerang Libya menyebabkan Mustafa dihantar ke sana. Mustafa Kamal Ataturk tidak berjuang bersungguh-sungguh, malah menunjukkan sikap penakutnya apabila sering mengelakkan diri daripada bertempur dengan tentera Itali. Namun begitu, dia bijak menyelamatkan diri dengan memberi laporan palsu kepada pihak atasan.

Banyak pengkhianatannya yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk untuk mendapat pangkat tertinggi dalam kerajaan dan seterusnya mendapat kepercayaan Sultan Muhammad. Sultan Muhammad dipilih oleh Majlis Tertinggi Rakyat selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid II. Orang lain buat kerja dia mendapat nama (istilah yang aku gunakan-boleh baca sendiri dalam buku ini.)

"Di Turki sekarang, ada seorang pemimpin agama yang sememangnya berpengaruh, iaitu Badiuzzaman Said An-Nursi. Apa kata kita memujukanya supaya bekerjasama dengan kita," kata Amstrong memberi cadangan.

"Adakah kamu kenal dengan lelaki itu?" tanya Jeneral Huzention kepada pembantunya.

"Dia seorang lelaki yang begitu teguh pendiriannya dan mempunyai anak murid yang ramai dan pengikut yang ramai. Sekiranya kita dapat memujuknya pasti menguntungkan kita," jawab Jenaral Richard.

"Saya lebih suka sekiranya kita mencari seseorang yang tidak kuat pegangan agamanya supaya mudah memberikan kerjasama kepada kita," kata Jeneral Huzention.

"Saya ada mengenali seorang pegawai tentera yang menepati kelayakan itu," kata Amstrong.

"Siapakah dia? Bagaimana sifat peribadinya?"tanya Jeneral Huzention.

"Namanya Mustafa Kamal. Saya mengenalinya ketika dia memimpin tentera Uthmaniyyah di Syria dan Palestin. Melalui kerjasama dengannya, maka tentera Inggeris berjaya memenangi pertempuran di Mesir, Syria dan Palestin. Dia sanggup melakukan pengkhiantan sekiranya diberikan wang," jawab Amstrong.

"Sekiranya begitu, dia jauh lebih berbahaya berbanding Badiuzzaman Said An-Nursi, lelaki yang dicadangkan sebelum ini," kata Jeneral Huzention.

"Saya sememangnya mengenali Mustafa Kamal itu. Dia sanggup membelakangkan agama, kaki botol dan suka berfoya-foya. bukankah ciri-ciri itu yang tuan mahukan?" tanya Amstrong sambil menceritakan peribadi Mustafa Kamal Ataturk.

"Dia memiliki ego yang terlalu tinggi sehinggakan dia tidak mempunyai perasaan hormat kepada pemimpin yang lebih atas daripadanya. Saya juga lihat dia selalu bertengkar dengan Anwar Basya, Jamal Basya dan pemimpin pati Pembangunan dan Persatuan. Walaupun dia kelihatan hanyut dalam budaya hidup hedonisme tetapi dia memiliki kelicikan yang luar biasa," pujian Amstrong ini berjaya menarik perhatian Jeneral Huzention.

Jeneral huzention bersetuju memilih Mustafa Kamal dan mengadakan pertemuan sulit. Dengan ini terjalinlah persahabatan rahsia antara Jeneral Huzention dan Mustafa Kamal Ataturk. Persahabatan mereka direstui kerajaan British tetapi tidak diketahui kerajaan Uthmaniyah.

"Kami setuju berundur dari Istanbul tetapi kami tidak akan melepaskan Mausil dan Allepo. Tentera inggeris akan ditempatkan di Mausil dan tentera Perancis di Allepo, Syria," kata Jeneral Huzention.

"Baiklah saya bersetuju dan saya juga ada permintaan," kata Mustafa Kamal Ataturk.

"Nyatakan," kata Jeneral Huzntion.

"Saya mahu disanjung sebagai pahlawan dan saya mahu pangkat saya dinaikkan sehingga menjadi ketua panglima tentera Uthmaniyah," kata Mustafa.

"Apa bantuan yang boleh kami berikan?" tanya Jeneral Huzention.

"Saya dan pasukan tentera saya akan menyerang kamu dan kita akan bertempur seketika. kemudiannya kamu berundur dari Istanbul. Dengan itu, saya akan disanjung sebagai pahlawan kerana dapat mengundurkan tentera bersekutu dari Istanbul," jawab Mustafa dan dipersetujui oleh Jeneral Huzention.

Peperangan itu menjadi kenyataan dan penduduk Turki berasa gembira dan menyamakan pertempuran itu seperti Perang Ahzab. Nama Mustafa Kamal menjadi sebutan orang ramai.

Semasa serangan tentera Greek, ahli Majlis Rakyat sebulat suara melantik Mutsafa Kamal Ataturk memimpin tambahan ke Shaqaria. Tetapi dia sanggup bersyarat iaitu memberi kuasa penuhsebagai ketua pasukan tentera Turki. Permintaan itu dipersetujui oleh ahli majlis rakyat. Sampai di sana, pertempuran masih berterusan dan tiada tanda psukan mana yang akan menang.

Pada hari ke-10, Fauzi Basya mengetuai barisan hadapan melihat tentera Greek berundur secara berperingkat dan mebgarahkan tentera Turki memperhebatkan serangan. Tiba-tiba Mustafa Kamal mengarahkan tentera berundur. Fauzi Bsya berasa marah dan menemui Mustafa Kamal. Mustafa Kamal terdiam. Fauzi Basya kembali ke barisan hadapan dan mengarahkan tentera Turki menyerang dan pasukan Greek berundur. Mustafa kamal balik ke Ankara dengan berdabik dada dan mengaku dia yang memimpin pasukan tentera Turki dan mendapat kemenangan. Dia meminta gelaran Al-Ghazi.

Mustafa Kamal meminta  Sultan melantiknya sebagai ketua tentera pasukan Turki dan pengerusi Majlis Rakyat kononnya arahan sultan. Surat itu dibaca dalam perjumpaan bersama Majlis Rakyat. Seterusnya dia membuat kejutan dengan memakai topi koboi menggantikan Tarbus yang dipakai oleh orang Turki. Kemudian semua ahli Majlis Rakyat diwajibkan memakai topi barat dan memakai kot ketika menghadiri mesyuarat. Ahli yang tidak bersetuju akan dihapuskan termasuklah dibunuh secara rahsia.

Kemudian Mustafa menandatangani Perjanjian Luzen dengan menyerahkan Mausil (Iraq kaya dengan hasil minyak) kepada Inggeris dan Allepo kepada Perancis. Secara licik dia menghantar 3 orang wakil supaya kesalahan akan diletakkan kepada wakil2 ini. Sultan Abdul Majid dikawal ketat dan dihapuskan keistimewaannya satu persatu (adakah ini persamaan dengan negara kita?).

1923, Mustafa Kamal Ataturk menjadi presiden Turki dan menjadikan Turki negara republik.

"Wahai tuan Presiden, saya dihantar oleh kerajaan british bagi mengingtakn tuan. Di hadapan tuan sekarang ini hanya ada dua pilihan, iaitu sama ada membawa negara Turki ke arah Islam ataupun sekular. Sekiranya tuan menuju ke arah Islam, pastinya tuan perlu bersedia untuk berperang dengan kami sekali lagi. Sekiranya ke arah sekular, maka tuan hanya perlu ikut cara kami dan kami tidak akan mengganggu negara tuan," jawab Lord Carington.

Kemudian katanya lagi," Sekiranya tuan presiden menuju ke arah Islam, maka tuan tidak boleh lagi meneguk arak, berfoya-foya dengan perempuan cantik dan sebagainya. Tuan perlu memakai jubah dan serban seperti yang dipakai oleh Sultan Muhammad Al-Fateh."

"Saya mahu negara Turki maju seperti negara kamu. Oleh sebab itu, saya memilihh mengikut cara kamu,"kata Mustafa Kamal Ataturk.

"Sekiranya begitu, tuan perlu menyuruh rakyat Turki supaya memakai topi koboi, memijak al-Quran dan jadikan pergaulan mereka semakin bebas," cadang Lord Carington .

3 Mac 1924, Mustafa Kamal Ataturk mengadakan persidangan khas Dewan Perwakilan Nasional Turki. Antara permintaannya menghapuskan sistem khalifah Islam selama-lamanya, mengusir sultan dan keluarganya serta penyokongnya keluar dari Turki. Hartamereka turut dirampas. Menukar Undang-undang Islam kepada Undang-undang Barat. Dipersetujui oleh ahli majlis.

Tahun 1925, penduduk wilayah tenggara Turki memberontak tetapi berjaya ditumpaskan menggunakan kekuatan tentera. Ekoran kejadian ini, Masjid Aya Sofia jadi Muzium. Masjid Al-Fateh jadi gudang dan hanya masjid Abu Ayub Al-Ansari yang tidak berjaya ditutup.

Masjid Abu Ayub Al-Ansari link

Tahun 1926, hukum Islam digantikan dengan hukum Swis. Tarikh Hijri diganti dengan tarikh Masihi. Huruf jawi diganti dengan huruf rumi atau latin. Kaum wanita disuruh pakai pakaian barat. kaum lelaki tidak dibenarkan memakai serban. Al-Quran diterjemahkan dalam bahasa Turki. Al-Quran sebenar dibakar. Azan dilaungkan dalam bahasa Turki. Penduduk Manyamin memberontak tetapi berajaya ditumpaskan.

Banyak lagi perbuatan yang jijik dilakukan oleh Mustafa Kamal Atartuk. Bertukar-tukar perempuan sehingga isterinya Latifah Hanim mendapat penyakit kelamin atau sifilis. Latifah Hanim bersumpah sepanjang perkahwinannya, hanya sekali Mustafa Kamal Ataturk menyentuhnya. Kemudian dia berminat kepada budak lelaki yang berwajah putih bersih (konon dijadikan anak angkat) dan melakukan perbuatan terkutuk. Kemudian Latifah diceraikan dan diugut bunuh jika membocorkan rahsianya.

Akhir hayatnya, dia dijangkiti penyakit gatal-gatal pada kulit sehingga tiada ubat yang dapat menyembuhkannya. banyak penyakit yag dihidapinya. Akhirnya dia mati. Mayatnya diawet dalam diletakkan dalam keranda timah. Jenazahnya disembahyangkan dalam bilik menggunakan bahasa Turki. Pernah suatu ketika jenazahnya dikebumikan di atas bukit tetapi keesokan harinya dimuntahkan semula. Kemudian diletakkan di satu tempat khas di atas sebuah bukit.

Ulama' pada masa itu mengatakan bahawa bukan sahaja bumi Turki, malah seluruh bumi Allah ini tidak menerima mayat Mustafa Kamal Ataturk!

P/s:cerita di atas untuk rujukan diri sendiri. Kisah sebenar yang lain boleh baca sendiri dalam buku novel sejarah ini. Badiuzzaman Said Al-Nursi akan keluar tak lama lagi.

SUMBER: Mustafa Kamal Ataturk Penegak Agenda Yahudi oleh Abdul Latip Talib.2011. PTS

2 ulasan:

  1. ish3..teruknya mustafa kamal tu..mmg patut bumi x terima mayatnya. zalim sangat. semoga kita semua dapat ambil ikhtibar drpd pemerintahan kejam tersebut. rasenya Malaysia pon ala2 camn tu dah. mudaha2an Allah pelihara iman dan akidah kita semua. ameen..;)

    BalasPadam
  2. Betul tu...malaysia x terkecuali. Aminnn =)

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...