22 Januari 2012

Fiksyen 302...

Dalam masa sehari aku dapat habiskan novel terbaru RAM 'Fiksyen 302'. Novel karangan RAM ni memang mencabar minda. Kadang-kadang rasa RAM ni terpengaruh dengan komik Conan. Budak detektif tu...hahaha

Ramai lelaki suka baca novel RAM ni termasuk adik beradik lelakiku. Cara bacanya...

<<< Jangan lompat-lompat>>>>

 Maksudnya jangan langkau ke helaian lain kecuali jika telah baca.

<<< Fahami plot-plot cerita kerana banyak di imbas kembali dan masuk tahun akan datang>>>

Banyak penggunaan psikologi dlam cerita ni. Aku pun terasa tak sabar nak tau akhir cerita ni. Sebab tu cepat-cepat habiskan sebelum ada 'seseorang' yang akan ambil secara sembunyi. hehehe

Kisahnya berkaitan dengan hukuman kanun keseksaan 302...Hukuman mati madatori. Kisah yang diceritakan ini berkaitan empat orang pembunuh dan juga bekas pesakit mental. Mereka mendapat arahan yang sama dari ZONAN. ..entah2 conan.hehehe..Adakah ia sekadar ilusi atau realiti?


Kisah ini berlanjutan hingga ke tahun 2032 untuk merungkai misteri ni. Penggunaan mesin masa depan membongkar misteri tetapi disabotaj sehingga meninggalkan kesan kepada subjek pertama yang merupakan anak kepada Datuk yang dibunuh kejam.

Kalau sesiapa yang berminat dengan kisah novel ni...boleh cari di pasaran sekarang atau pinjam dengan kawan.  Best tapi JANGAN PERCAYA. hahaha

4 ulasan:

  1. ceruta ala2 novel RAM sebelum ni Mandatori..tu pun kisah sal kanun keseksaan seksyen 302..dia gabung kisah lam novel2 dia sebelum ni..hehehehe

    BalasPadam
  2. RAM suka buat cerita macam ni. Tak ada unsur cinta2 sangat...best juga baca buku yang mencabar ni.hihihi...JANGAN PERCAYA!

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ..ustzh,nvel ni tbal x ??hihi..lau x tbal,sy nk pnjm la..

    BalasPadam
  4. Waalaikumusslam Khadijah :)

    Masih ikut blog saya? terima kasih yea ;)
    Buku ni tebal spt novel lain. Best sangat. Tak sama jalan ceritanya dengan novel lain.

    Asiff (maaf) yea...Buku ni ada kat kampung.

    Ahsan (lebih baik) khadijah beli sendiri. boleh buat koleksi. Tak rugi pun. kami kongsi sama adik beradik...

    BalasPadam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...