28 Januari 2012

Teruskan.


 

Hari ini sepatutnya ada Program Cintai Bahasa Arab. Perancanganku tertangguh kerana ustaz ada mesyuarat PIBG. Komitmennya akan lebih kepada sekolah berbanding jemputan kami. Itulah dinamakan perancangan Allah. Program ini insya Allah akan diteruskan. Aku sudah bersetuju dengan tarikh yang sudah dipilih itu, cuma makluman kepada pelajar mungkin akan dibuat semula. Macam jodoh jugak kan...tak semestinya pertunangan akan berakhir dengan perkahwinan dan begitulah sebaliknya. Doaku semoga program ini akan diteruskan.

Sudah 3 hari aku masuk sekolah dan meneruskan tugas yang tertangguh. Think +ve untuk semua pelajarku. Tahun ini aku mula mengajar BA dari F1 hingga F3. Tercabar juga sebab aku bukan dari jurusan BA. Aku cuba buat yang terbaik supaya tidak dianggap subjek killer. Hanya aku seorang mengajar BA...Rabbi Yassir Wala Tuassir....

Perjalanan dari kampung tidak sebagaimana selepas cuti panjang sebelum ini. Adikku yang masih di USIM nak cuba memandu walaupun baru habis test JPJ dan baru dapat lesen P. Macam seronok pula dia bawa kereta ni. Sehingga masuk USIM dia masih memandu keretaku. Aku mula ambil posisi driver bermula dari USIM. Teruja betul kalau kali pertama boleh bawa kereta jauh-jauh ni. Mantoppp! ..hahaha...

Sebelum ini ada status kawan satu dpli denganku ucap takziah untuk Kak Anis Wizana. Aku sempat la ucap takziah dala ruangan komen. Entah kenapa aku jadi sangsi dengan kenyataan itu.

"Betul ke mak kak Anis meninggal?" tanya kak Mas.

"Tak tau la kak...takut nak telefon kak anis..." entah apa dalam kepala aku ni. Pelik jawapan aku kan.

2 hari lepas tergerak hatiku nak telefon kak Anis. Sebelum ni kak Anis ada mesej nak minta power point/ persembahan multimedia yang pernah aku buat di sekolah praktikum aku dulu. Selepas kak Anis posting...dia ditempatkan di sekolah bestari. Memang dia sangat memerlukan bahan-bahan ini. Lagipun kak Anis tak balas mesej aku. 2 hari lepas tergerak hatiku nak telefon kak Anis.

Selepas aku sembang pasal bahan multimedia tu...aku cuba tanya direct. Aku ni memang tak suka bahasa kiasan ni. Susah nak faham.hehehe

"Betul ke mak Kak Anis....mmmm..." tak sanggup aku sebut. Terus kak Anis gelak.hahaha

"Tak betul...Bukan mak Kak Anis la. Isteri Ustaz Abu Bakar Abdullah...Kan nama ayah kak Anis Abu Bakat juga," Lega dengar penjelasan kak Anis.

"Tolong kak Anis betulkan status fb tu yea. Kak Anis tak sempat nak buka fb ni. Maklumla...sibuk nge anak-anak..."

Tak sangka kan berita macam tu terlepas kat fb tapi tiada siapa betulkan. Tak semua maklumat di internet / fb ini benar kecuali kena selidik dan bertanya empunya diri. Aku juga hampir percaya...

PSS aku macam mana yea?

Sekarang dah jadi bilik rawatan untuk nurse2 check gigi pelajar sekolahku. Apala nasib sekolahku selagi menumpang tanah wakaf masjid. Tak berkembang langsung!

2 ulasan:

  1. ish3..cam mane la blh salah info sal kematian ni..emmm rindu nyer la nk blajar bhs arab..bahasa syurga tu..pas tu nk belajar bhs cina gak..hehehe

    BalasPadam
  2. Sebaik-baiknya tanya dulu empunya diri sebelum bagi info. Tak ape senyuman manis. Yang keroh dibuang. lain kali insya Allah tak buat lagi.

    Belajar BA ni dapat pahala kan. Kena usaha lebih kalau nak ajar dan belajar. Takut pun ada. Insya Allah saya akan usahakan yang terbaik ;)

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...