23 Mei 2012

Janji Akan Ku Tunggu.

1. Pelajar A.

"Saya lebih suka belajar BA dengan ustazah sufi. Kerana saya rasa boleh menerima ilmu yang disampaikan oleh ustazah. Sya berjanji saya akan berubah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik, terbilang, gemilang dan cemerlang. Insyaallah!!!" .

2. Pelajar B.

"Saya lebih suka belajar BA dengan Ustazah Sufi kerana saya rasa saya boleh meneriman ilmu pngetahuan dengan baik. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dengan sebaik mungkin,"

3. 16 world.

"Assalamualaikum Ustazah. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa mengulangkaji pelajaran. selain itu, saya akan tumpukan prihatian sepenuhnya. Bertaubat. Saya lagi suka utazah ajar kami Pendidikan Islam. Saya harap utazah jangan bagitau sape-sape."

4. ~usaha~

"Tindakan saya ialah membuat latihan BA danb mengulangkaji pelajaran. Saya akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya semasa belajar BA. Insyaallah, saya juga akan hafal nahu dan feel BA. Insyaallah."

5. Rahsia!!! Islamic Terbaik!!!

"Assalamualaikum...Tindakan yang saya akan buat ialah akan mengulangkaji pelajaran dan akan membuat latih tubi dan berusaha. Saya akan bertaubat dan akan menumpukan pelajaran semasa cikgu ajar." (28 patah)

6. Pelajar Y

"Assalamualaikum Ustazah. Tindakan saya selepas ini ialah saya akan mengulangkaji pelajaran dan membuat latihtubi yang banyak. Saya juga akan membuat kerja rumah yang diberi oleh ustazah. Saya akan mencuba untuk lulus dalam mata pelajaran BA. Saya akan cuba menghafal nahu dan fail BA."

7. Pelajar Perempuan

"Saya tidak selalu membuat latihan yang ustazah beri. Tidak menghafal feel dengan baik. Tidak menggunakan BA setiap hari. Tidak pelajari BA dengan baik. Tidak berusaha untuk mempelajari BA. Akn berusaha pada ujian akan datang dan mendapat keputusan yang lulus."

8. Pelajar C

"Assalamualaikum...Nie silap saya sendiri ustazah. Saya x baca, x ulangkaji, x dengar cakap ustazah, x buat kerja sekolah...Nie salah saua ^_^ Saya nak buat terbaik lepas nie..."

9. Pelajar D

"Saya tidak akan ilang perbuatan saya lagi. selepas ini saya akan mendengar cakap ustazah. Saya banyak kurang hajar dengan ustazah. Saya akan banyak mengulangkaji BA."

10. Pelajar E

"Saya suka belajar BA dengan ustazah. Kerana saya rasa saya boleh menerima ilmu yang disampaikan oleh ustazah. Saya berjanjia akan berubah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik, terbilang, gemilang dan cemerlang. Insyaallah!!!"

11. Pelajar F

"Saya nak ustazah kekal mengajar saya walaupun saya nakal dan degil,"

12. GPS FLY

"Tindakan saya selepas ini untuk lulus BA ialah saya akan mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi dengan banyak. Saya akan bertaubat dan berusaha. Saya akan menumpukan perhatian penuh semasa cikgu mengajar di depan. Sekian, terima kasih."

13. Kaki Fly.

"Saya akan belajar rajin. Saya akan belajar atas nama Allah. Saya akan masuk ke kelas arab. Saya tidaka akan membuat perkara buruk. Saya lagi ustazah mengajar Pendidikan Islam ( jangan heboh ka)"

14. Pelajar perempuan.

"Cara atasi lemah BA. Membuat lebih banyak latihan. Rajinkan diri belajar BA dan ulangkaji. Rajinkan diri hafal ilmu asas pembelajaran BA yang selalu terlupa seperti feel. Ikhlaskan diri belajar untuk masa depan dan keputusan yang baik. Berusaha memahami dan menghafal kata-kata arab yang saya lemah. Buang cara pemikiran saya tentang BA itu susah. Akhir kata, saya berjanji akan berusaha lagi bagi mendapatkan dan mencapai target lulus dalam BA. Insya Allah.'

15. Pelajar Akhir.

"Assalamualaikum...Mungkin selepsa mengikuti 'program BA skor A' saya lebih bersemangat untuk membuat latihan-latihan BA. Selain itu, saya dapat tahu cara-cara menjawab latihan dengan baik. Jika program ini berlangsung sebelum peperiksaan pertengahan tahun, mungkin saya boleh menjawab soalan-soalan peperiksaan. tetapi malangnya, program ini berlansung selepas peperiksaan."

'sekadar gambar hiasan. hehehe...'

p/s: aku minta maaf buat pelajar-pelajarku sekalian. Walaupun aku rasa tiada kelayakan untuk ajar BA ni tapi aku dah usahakan sedaya mungkin. Pengalamanku yang cetek membuatkan teknik pengajaranku kurang berkesan. Apatah lagi dua tahun yang lepas aku ajar PAI. Jadi dua tahun yang lalu, guru lain yang lebih hebat mengajar kalian. Kelas tambahan aku tiada langsung dalam jadual sekolah. Aku juga selalu keluar ke tempat mesyuarat dan bengkel2 buat modul latih tubi.

Satu lagi, guru korang pada dua tahun lepas kata...kalau nak belajar BA dengannya, kena datang rumah dan bayar tuisyen. hehehe...

UBAH DIRI KERANA ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...