25 Mei 2012

Ihtifal Bi Yaumil Muallimin (Sambutan Hari Guru) 2012

Sambutan hari guru sepatutnya diadakan 16 Mei 2012 mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan. Dengan alasan tidak tahu menahu, sekolahku telah merancang sambutan hari guru peringkat sekolah pada 23hb (Rabu) tetapi dibatalkan. Sehari sebelum (Selasa) aku berada di Tampin menghadiri bengkel. Maklumat ini aku tahu melalui guru sekolahku sendiri dan mengatakan sambutan itu ditangguhkan hingga hari Jumaat (hari ini). Banyak betul halangan jika nak buat sesuatu program. (senyum skit..hehehe)

Pagi Jumaat yang dingin dengan hujan yang berterusan menyebabkan acara luar dewan tidak dapat diteruskan. Hanya acara dewan dikekalkan walaupun ada sedikit salah faham antara pelajar PSSku. Maafkan aku kerana tidak mempedulikan (tidak tanya) acara yang ingin dimasukkan. Aku cuba menganggap mereka mampu lakukan. Tetapi mereka tidak merujuk kepadaku. Adakah ini kesilapanku?

Keletihan pergi kursus, bengkel dan mesyuarat di tempat yang agak jauh membataskan aku dengan mereka. Sedikit gambar mereka yang membuat persembahan.







Kalau rasa tak best cuba tengok video ni. hehehe...jangan marah ye ^_*


Selamat bercuti semua!

Jangan lupa buat kerja rumah yang telah diberi.

Ampun & maaf andai tersilap kata dari insan yang tidak lari dari kesilapan

Panjang umur kita jumpa lagi

4 ulasan:

  1. SELAMAT HARI GURU USTAZAH! DAN SELAMAT BERCUTI

    BalasPadam
  2. sa'id bi yaumil mu'allimin ya ustazah..
    ^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukran Ya Khadijah
      Wa tahniah ala hudur Al-faslul Idhafi amsin.
      Kullu Am Wanti Bi Khair =)

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...