11 Jun 2012

Ya Allah, tabahkan Hati Mereka.

Perjalanan 500m dari sekolah menemukan aku dengan deretan kereta yang datang ziarah. Hati mana tidak keruan andai itu adalah keluarganya atau ibu bapanya. Perjalan merentasi deretan rumah yang cantik dan kemas serta penempatan yang terancang menjadikan diri ini terasa kerdil. Kampung ini memang cantik tetapi ada pilu dihati ahli keluarga terdekat. Orang ramai membanjiri sekitar rumah. Penuh kaum wanita di dalam rumah dan juga pebuh kaum lelaki di luar rumah. Ramai rakan seangkatan datang menziarahi memberi sokongan kepada keluarga ini.

Hafiy dan Faris, masing-masing di tingkatan tiga dan satu menhadapi kematian ibunya yang masih muda. Ibunya masih muda pada anggapanku. Orangnya cantik berkulit bersih dan sentiasa tersenyum. Menambah seri dimukanya tampak lembut berbudi bahasa dan bersahaja.

Beliau meninggalkan 5 orang cahaya mata dan Hafiy adalah anak sulong. Paling bongsu masih berumur dalam lingkungan 3 tahun. Bagaimana keadaan mereka tanpa ibu pada hari-hari akan datang? Tidak dapat aku bayangkan keadaan mereka. Allah Maha Kuasa yang menghidupkan dan mematikan manusia. Tidak satu makhluk pun yang mampu menghalang kehendak Allah ini.


11.10 pagi, aku menghabis sessi pembelajaran atau perbincangan soalan percubaan PMR 2011 bersama pelajar tingkatan 3. Terlupa menanyakan tentang ketiadaan Hafiy dalam kelas. Tiada pertanyaan untuk pelajar yang tidak hadir pada hari pertama selepas cuti pertengahan tahun ini. Aku tenggelam dengan perbincangan jawapan.

Aku masuk ke bilik guru seperti biasa membawa buku rekod mengajar dan buku set soalan percubaan PMR. Belum sempat sampai ke mejaku, satu suara menyapa,"Pia, mak Hafiy meninggal," kata Kak Sue. Kelu sekejap sebelum aku mengalunkan kalimah 'innalillah wa inna ilairajiunn'. Patutlah ramai guru 'hilang'. Mereka pergi ziarah keluarga Hafiy dan Faris.

"Kata orang mak Hafy demam. Doktor tak dapat detect penyakit apa pun. Dia meninggal kat rumah," entah siapa yang cakap dikalangan guru ini. Fikiranku tidak berfokus kepada sesiapa kecuali mendengar maklumat yang disampaikan.

Bila pulang ke rumah, terbayang kisahku sebelum menghadapi peperiksaan SPM. Tiada kematian berlaku dalam keluargaku kecuali beberapa orang yang kritikal. Seorang ke ICU Hospital Sultanah Zahirah, Kula Terengganu. Seorang lagi di ICU HUKM Kubang Kerian. Ketika itu aku masih tinggal di asrama. Sejak peristiwa itu, aku banyak menyendiri dan termenung memikirkan nasib adik dan abangku yang masih di ICU. Kadang-kadang air yang bertakung pada mata ini turun dengan lebat. Sokongan dari keluarga lain dan kawan menguatkan diri ini untuk teruskan pembelajaran. Alhamdulillah, mereka berdua kembali sihat dan meneruskan pembelajaran. Walaupun mereka ada kekurangan, mereka tetap berusaha belajar.

Moga keluarga Hafiy dan Fares terus tabah menghadapi kehidupan yang sementara ini. Bila-bila masa sahaja Allah mampu menarik kembali apa yang Dia beri sebagai pinjaman. Janji Allah sentiasa benar. Redhalah dengan apa yang berlaku. Kembali kepada Allah. Pohonlah kekuatan dari Allah. Jadilah anak yang soleh untuk ibu dan ayah sebagai bekalan mereka di sana.

Al-fatihah untuk Allahyarhamah !

2 ulasan:

  1. takziah untuk mereka.semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah..emmm teringat kisah cik sufi dulu. seram sejuk masa menziarahi abg cik sufi di icu hospital kuala trg..pengajaran untuk saya supaya menghargai insan2 tersayang..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih 'senyuman manis'. Moga semangat pelajar terutama bakal menghadapai PMR tak lama lagi masih ada. Masih ingat lagi peristiwa dulu? ermm...Hargai mereka dan berbuat baik lah kepada mereka...

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...