03 Julai 2012

'Bodoh'

Sekolah tempat mencari ilmu. Bukan tempat untuk enjoy. Bila habis sekolah nanti, sekolah lah tempat paling best. Cukup sekadar nangis kena herdik oleh guru-guru. Menangis adalah cara terbaik untuk meluahkan perasaan selain menulis seperti aku dalam blog. hehehe...

Aku melihat seorang pelajar yang 'macho' menangis. Tak sangka dia boleh nangis depan aku. Muka aku kan serius. Aku bukan boleh buat muka yang boleh buatkan orang menangis. Bila minta dibaca, masih menangis. Kelemahan aku...tak pandai nak pujuk. Takkan nak belanja aiskrim kot. hahaha...serius! aku dah jadi blurrr.

Adakah manusia diciptakan untuk jadi BODOH? Bukankah dalam Al-Quran Allah sebut manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Sedihkan bila ada guru mengatakan seorang pelajar itu bodoh. Hanya yang tidak berakal dianggap bodoh. Sebab itu ada pepetah mengatakan 'bodoh seperti lembu'.

Aku juga kadang-kadang geram dengan perangai pelajarku sendiri. Hilang kesabaran. Rasa nak lempang laju-laju. Tapi bila ingatkan aku dulu seperti mereka. Pernah kena herdik. Kaw kaw gitu! Pernah kena rotan. Pernah kena berjalan itik. Lari keliling padang dan macam-macam. Tak teruk pun. Macam biasa. Pengalaman zaman sekolah. Pedulikan semua itu. Anggaplah ini cabaran.


Pelajar-pelajar aku ni seperti adik-adik. Tak bagi nasihat rasa bersalah. Beri nasihat, macam tak mungkin berubah. Membebel panjang, pelajar tidak bermasalah bosan. Mengajar terus, tak boleh luahkan apa yang terbuku dihati. Semua tak kena. Serba salah. Bagaimana guru-guru lama boleh bertahan? Memang tabah cikgu-cikgu zaman dulu.

Walaupun aku pernah mengajar di 4 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah, aku dapat rasakan mengajar di negeri sendiri lagi baik. Mungkin suasana tempat tinggal yang sama sejak kecil. Tak banyak beza. Dengan didikan keluarga yang amat mementingkan agama. Al-Quran mesti dibaca setiap hari. Masuk waktu maghrib, tv dah kena tutup. Itulah kebiasaan kami.

Amat pelik bila mengajar di negeri lain. Dengan keadaan pelajar yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik dan keadaan keluarga yang tidak mementingkan agama, serta masalah keluarga, aku hilang tumpuan. Tidak tau harus dimulai dari mana. Kadang-kadang aku terbawa-bawa dengan suasana pembelajaranku yang amat mementingkan peningkatan ilmu dan percambahan ilmu. Tidak ramai yang dapat mengikuti cara pengajaranku.

Aku masih mencari kaedah terbaik mengajar pelajar seperti mereka. Kelemahan pada diriku menambah kecacatan yang sedia ada. Perubahan yang cepat adalah mustahil kecuali dengan pertolongan Allah tiada apa yang mustahil.

PMR tahun ini seolah-olah tiada harapan untuk aku mencapai target 9 atau 10 orang mendapat A. Dimana kelemahan dan kekuatan mereka. Atau mungkin kelemahan pentadbiran sekolah dan guru-guru sekolah termasuk aku. Aku pernah mendengar kata-kata ini ' nak tengok sekolah itu bagaimana keadaannya, tengoklah ketuanya'. Aku tak nafikan. Kekuatan Islam pada zaman kegemilangan Islam terletak kepada ketua dan pemimpin. Jika mereka baik, baiklah keseluruhannya. Jika rosak, rosaklah keseluruhannya. Seperti hati yang menjadi ketua kepada sistem tubuh badan kita.

'Baiah' tidak perlu dikejar. Lagi dikejar, ia semakin lari. Jadi buatlah kerana Allah, moga akhirat kita dapat dan dunia juga dapat. Tak perlu penghargaan orang lain. Cukup kita melaksanakan kerja yang diberikan. Gaji yang diperolehi mendapat keberkatan. Aku teringat kata Usraz Don,"kalau kita dapat gaji RM5000 tapi kerja kita seperti RM1000. Baki RM4000 lagi akan dikembalikan dengan cara, rompakan. Ada kerosakan kereta. Ada bayaran ubat bagi penyakit yang dihidapi..."

Buat pelajar-pelajarku. Maaf andai aku terlepas kata. Sahutlah cabaran bukan kerana duit tapi kerana Allah. Allah menjanjikan keamanan, kebahagiaan dan menjadikan kita orang berilmu. "Adakah sama orang berilmu dengan orang tidak berilmu?" firman Allah. Ilmu Allah luas. Kita yang perlu berusaha menerokainya. Tanpa usaha, ilmu itu tidak akan datang tergolekdihadapan kita. Biar sakit sekarang. Jangan sakit kemudian.

Jika nak tambah lagi, masukkan dalam ruangan komen yea. Baca dan muhasabah bersama. Wallahu A'lam ^_^

2 ulasan:

  1. betul tu..cabaran guru2 sekarang amat hebat..agama diketepikan demi kecerlangan ilmu..tp bukankah lebih elkok kalau agama dan ilmu seiring?org sebegini lebih di pandang mulia di sisinya kan..agama itu penting ilmu juga penting..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy sangt setuju. Agama dan ilmu lain perlu seiring untuk menghasilkan generasi yang diimpikan. Mereka dalah tonggak negara pada masa 10 atau 20 tahun akan datang. Agama menghalang mereka melampau batas kemanusiaan. Insya Allah akan muncul Mujaddid ^_^

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...