18 April 2013

Ringkasan Tentang Syiah.

Aku bukan orang yang berautoriti untuk sebut pasal syiah. Sahabat aku ada bagi artikal. Setelah baca dan buat ringkasan, aku cuba masukkan dalam blog ini. Jika ada penambahan dan kesilapan dalam bab ini harap tolong betulkan. Dengan rendah hati kerana tiada ilmu dalm bab ini dan cuma bersandarkan kepada beberapa artikal...aku cuba buat sedikit catatan. Bismillah...

Siapa syiah?

Bukan senang untuk kenal orang Islam yang berfahaman syiah ini. Mereka banyak berpura-pura mengikut keadaan dan cuba mempengaruhi mereka yang bermudah-mudah dalam hal agama. Jadi belajarlah ilmu agama bersungguh-sungguh.

Ada beberapa cerita yang melibatkan perkahwinan Mut'ah. Berkahwin sekejap kemudian tinggalkan isteri bertahun-tahun. Berkahwin ramai iaitu lebih dari 4 orang... Senang sangat mereka kahwin macam tukar baju. Kahwin kemudian tianggalkan. Isteri terkontang kanting. Mereka tidak diceraikan. Jika kahwin dengan isteri ke-5, mengikut hukum Islam...perkahwinan ini tidak sah dan perhubungan mereka dikira ZINA dan anak hasil hubungan ini adalah ANAK TAK SAH TARAF atau ANAK LUAR NIKAH.

Di Malaysia, fahaman ini masuk bermula selepas kemenangan revolusi Islam di Iran pada tahun 1979. Aku tak lahir lagi. Ketua mereka adalah Ayatullah Khomeini dan mewujudkan Republik Islam Iran. Atas nama ISLAM, rakyat Malaysia memberi sokongan tanpa sedar mereka mempunyai fahaman syiah.

'Ayatullah Khomeni'

Cara penyebaran fahaman syiah di Malaysia, antaranya melalui:

  1. Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia. Lawatan ini juga disusuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka . Kemudian lawatan delegasi Malaysia ke Iran. Senangkan. Melalui hubungan diplomatik secara tak langsung.
  2. Kedutaan Iran di Malaysia melawat IPT-IPT dan menawarkan biasiswa dan kemudahan asas yang cukup untuk pelajar-pelajar yang belajar di sana. Siap dapat tawaran belajar lagi. Untung kan tapi ada  muslihat disebaliknya.
  3. Menaja atau hadiahkan buku-buku fahaman mereka ke perpustakaan-perpustakaan di IPT, Masjid dan kedai-kedai buku.
Tiga kumpulan syiah di Malaysia.
  1. Syiah Toyyibi Bohra (Dawood Bohra) : Asal India - dikenali dengan memiliki kedai Bombay -berpusat di Klang- ada tanah perkuburan dan masjid sendiri- pengikut 200-400 orang.
  2. Syiah Ismailiyyah: dikenali dengan memiliki kedai Perbhai - aktif di sekitar lembah Klang - kelompoknya lebih kecil dari Syiah Toyyibi Bohra.
  3. Syiah Ja'fariyyah /Imamiah ithna Asyarah (Imam 12): mula bertapak 1979 - mempengaruhi orang awam melalui bahan bacaan dan individu tertentu seperti Pensyarah IPT - buku utama syiah dijadikan bahan rujukan dan diterjemahkan dalam bahasa melayu - pengikut 300-500 orang.
Penyelewengan Syiah. Antaranya:

1. Imam adalah maksum - maksudnya pemimpin mereka terpelihara membuat kesilapan seperti yang berlaku di Syria, Presiden Bashar Al-Asad. Sedangkan Khalifah Abu Bakar minta jika beliau tersilap diminta tegur dan taatlah beliau selagi beliau ikut al-Quran dan As-Sunnah.

2. Muncul Imam Mahdi - Imam Mahdi yang dimaksudkan mereka adalah berbeza dengan fahaman ahli sunnah wal Jamaah. Mereka percaya Allah hidupkan orang-orang mati bersama Imam Mahdi memerangi golongan yang zalim seperti Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan, Aisyah, Hafsah, Muawiyyah dan ramai lagi.

3. Berpura-pura atau Taqiyyah - ini aku kurang faham. jadi aku pilih 'no comment'

4. Memuji atau menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan. Mereka menyamakan taraf Saidina Ali dengan Nabi Muhammad malah dalam beberapa keadaan melebiho taraf Rasulullah.

5. Halal nikah Mut'ah.

6. Tambah nama Saidina Ali dalam Shahadah selepas Rasulullah.

7. Tolak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat dan hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh ahli bait seperti Saidina Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah bt Muhammad, Hassan dan Hussain.

8. Tolak Ijma' Ulama' dengan kata lain tolak majlis syura tentang pelantikan Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah.

9. Tolak Qias. Mereka mengatakan jika berpegang kepada Qias, rosak agama Islam. Qias adalah satu hukum Fiqh yang memboleh seorang mujtahid berijtihad atau mengeluarkan fatwa. Contohnya Dadah diqiaskan dengan arak. Arak merosakkan akal sama dengan dadah. Oleh itu dadah dihukumkan haram kecuali dalam perubatan (menggunakan dos yang tidak menyebabkan kerosakan akal)

10. Membuat penambahan ayat Al-Quran. Disebabkan pembukuan Al-Quran adalah cadangan Saidina Umar dan diselesaikan oleh Saidina Uthman bin Affan serta dibantu oleh Hafsah. Jika mereka mengkafirkan para sahabat dan isteri nabi, jadi mereka tidak ikhtiraf Al-Quran yang ada sekarang. 

11. Hina Isteri-isteri Nabi.

12. Harus solat secara jama' dalam semua keadaan tanpa alasan munasabah.

13. Mereka anggap solat Dhuha dalah bid'ah. 

p/s: Ada beberapa penambahan ayat sendiri untuk mengelakkan kekeliruan. Wallahua'lam.

2 ulasan:

  1. alhamdulillah..syukur dapat input tentang syiah..ape sejarah yang orang syiah taksub dengan saidina ali ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syiah menganggap Ali lebih layak jadi Khalifah bukan Abu Bakar. Mereka juga ambil dari kata-kata Rasulullah yang mgatakn Ali adalah orang paling rapat spt N. Harun dan Nabi Musa...salah faham blaku di sini...wallahu'lamm..

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...