Mursi adalah pemimpin Mesir yang bebas dari pengaruh kuasa Barat terutama Amerika dan Israel sejak era Republik pada tahun 1952.
Muhammad Naguid yang menggulingkan Raja Farouk sebenarnya disokong oleh kuasa Barat. Jamal Abdul Naser yang dianggap lagenda kepimpinan Mesir, skrip ucapannya ditulis dan diapi-apikan oleh CIA. Zaman Jamal Andul Naser inilah yang memusuhi Ikhwanul Muslimin sehingga terbunuhnya Al-Imam Syeikh Hassan Al-Banna. Ramai anak muda generasi sekarang tidak mengenali beliau. Beliau merupakan penyusun Zikir Yang Ma'thur dalam Buku Al-Ma'thurat di Malaysia. Di Mesir, ketika aku berada di sana adalah diharamkan berada di Rumah. Semua buku yang berkaitan dengan Hassan Al-Banna adalah diHARAMkan.
Anuar Sadat yang dianggap hero yang mengejutkan Israel pada tahun 1973 turut melutut kepada Amerika di saat Mesir hampir menang. Husni Mubarak hampir 3 dekat atau 32 tahun pemerintahannya tidak dapat menyembunyikan keterlibatan kuasa Barat dalam pemerintahannya.
Mursi sangat jelas tidak dipengaruhi oleh kuasa Barat. Ketika beliau diangkat menjadi pemimpin Mesir, ucapan tahniah dari Israel ditolak mentah-mentah. Laluan ke Gaza, Palestin dibuka untuk tujuan penghantaran barang keperluan ke Palestin. Kemarahan kuasa Barat semakin meningkat dengan sokongan rakyat Mesir sendiri. Beliau dipilih oleh rakyat. Beliau telah kekal selama setahun. Jalan untuk menegakkan hukum Islam disana masih dalam bentuk draf dan bakal dipersetujui.
Camput tangan kuasa Barat yang tidak menyenangi kepimpinan Mursi menyebabkan 'PENGKHIANATAN BESAR' berlaku. Penggulingan secara paksaan oleh Tentera dan anti-Mursi pada tanggal 3 JULAI 2013.
Anti-Mursi adalah golongan minoriti. Mereka adalah golongan Pro-Mubarak. Paling menyedihkan tv di Malaysia turut mengatakan Mursi seorang diktaktor. Setahun pemerintahan sudah dipanggil 'diktaktor'? Pelik! Husni Mubarak yang menjadikan rakyat 'kaya semakin kaya dan miskin semakin miskin' selama 32 tahun pemerintahannya memang patut dianggap diktaktor.
Mereka mampu bersabar dengan kezaliman Mubarak selama 3 dekat tapi tak mampu bersabar dengan pemerintahan Mursi selama setahun. Mana-mana pemimpin tidak akan mampu mencuci kekotoran 32 tahun selama menjadi pemimpin 1 tahun. Sungguh besar dugaan dalam zaman fitnah. Yang jahat dianggap baik. Yang baik dianggap jahat. Moga kita semua dijauhi dari fitnah dajal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan