2. Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah Bahasa Arab dan tidak memberatkan dan menyempitkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan mengembalikan kepada perawi-perawi hadis yang Thiqah (utamakan hadis bertaraf sahih dan hasan)
3. Iman yang benar, ibadat yang betul dan usaha yang membawa cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendaki-Nya. Manakala ilham, lintasan hati, tlikan dan tenungan bukan dari dalil hukum syariat yang tidak memberi manfaat kecuali yang tidak bercanggah dengan syariat.
4. Setiap tangkal, pelindung, azimat, tilikan, jampi serapah dan pengakuan mengetahui perkara ghaib adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi kecuali menggunakan ayat Al-Quran yang betul.
5. Pandangan Imam dan pembantunya pada masalah yang tiada nas Agama dan perkara yang mempunyai arah pandangan yang pelbagai, hendaklah dipakai selagi tidak bertentangan dengan kaedah syara'. Padangan ini juga akan berubah mengikut perubahan keadaan,situasi, uruf dan adat.
6. Setiap orang boleh dipakai pandangannya atau ditolak kata-katanya kecuali daripada orang yang dihindar daripada dosa seperti Rasulullah saw. Setiap perkara yang datang dari salafussoleh yang bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, kita perlu menerimanya. Sekiranya tidak bertepatan dengan nas, maka Al-Quran dan sunnah Rasulullah lebih diutamakan untuk diikuti. Tetapi kita tidak boleh memburukkan dan mengutuk pandangan mereka walaupun kita sependapat dengannya. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka bergantung kepada apa yang mereka kerjakan.
7. Setipa muslim yang sampai martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furu' (cabang) hendaklah mengikut salah seorang imam mazhab Islam. Adalah lebih baik sekiranya seseorang muslim itu mengetahui dalil-dalilnya. Seseorang itu hendaklah menerima segala petunjuk yang disertakan dalil, diyakini sahih dan kebolehan orang yang memberi petunjuk itu. Seseorang itu hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada pada diri dan sekiranya dia dikalangan ahli ilmu, perlu belajar sampai ke peringkat An-Nazae (ijtihad hukum)
8. Perselisihan faham dalam perkara furu' tidak boleh menjadi sebab berlakunya pepecahan dalam agama dan membawa kepada perbalahan serta kemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya Tidak ada halangan sekiranya dilakukan pengkajian ilmiah yang adil dalam masalah yang berselisih ini. Ia perlu dilakukan dalam naungan kasih sayang Allah, bantu membantu untuk sampai kepada hakikat yang sebenar. Ia tidak membawa kepada perbahasan yang dikeji dan perasaan taasub.
9. Melarutkan diri dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takhalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syara'. Antara masalah ini adalah seperti banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang tidak mungkin berlaku, larut dalam perbahasan makna ayat Al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincangan bagi melebihkan antara sahabat-sahabar r.a dan pertentangan yang berlaku dikalangan mereka. Perbincangan dalam perkara ini dapat membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.
10. Makrifatulllah (kenal Allah) , tauhid kepada Allah. mengesakan Allah adalah akidah Islam yang paling mulia. Kita beriman dengan ayat dan hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan apa perumpamaan yang layak dengan-Nya. Kita beriman dengan-Nya sepertimana datangnya ayat Al-Quran tanpa ta'wil dan mencuaikannya. Kita juga tidak mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperselisihkan dikalangan ulama' mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah dan para sahabat baginda.
11. Setiapa perkara bid'ah dalam agama Islam yang ada asalnya walaupun diperelokkan oleh manusia dengan nafsu mereka sama ada mereka menambaha atau mengurangkannya. Ia merupakan perkara kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada merebaknya perkara yang lebih buruk dari itu.
12. Perkara bid'ah tambahan dan kekurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah yang masih diperselisihkan. Setiap ulama' mempunyai pandangan masing-masing. Tidak menjadi halangan sekiranya kita mencari dengan dalil dan bukti.
13. Mencintai, menghormati dan memuji orang soleh dengan amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan bagi mendekatkan diri kepada Allah. Wali-wali Allah inilah yang dimaksudkan Allah sebagai orang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Perkara keramat yang berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan menganggap mereka sudah diredhai oleh Allah dan mereka tidak mempunyai kuasa memudharatkan dan memberi manfaat diri mereka sendiri dikala hidup dan mati.
'gambar hiasan': Masjid Muhammad Ali, Kaherah, Mesir.
15. Doa kepada Allah yang disertai dengan tawassul dengan orang lain adalah masalah khilaf furu' dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah.
16. Uruf yang salah tidak menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib pastikan dari sudut makna yang dimaksudkan dan berhenti di situ. Begitu juga kita wajib bebsakan diri dari ditipu dengan kata-kata dalam setiap aspek kehidupan dan juga agama. Pengajaran diambil daripada apa yang dinamakan dan bukan pada nama itu sendiri.
17. Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih utama daripada amalan anggota lain. Mencari kesempurnaan dalam amalan kedua-duanya adalah dianjurkan oleh syara' walaupun terdapat perbezaan darjat anjuran ini.
18. Islam membebaskan akal dan memberi galakan supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga mengangkat taraf ilmu dan ulama', dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. Hikmah itu adalah perkara yang hilang dari mukminin dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak dengannya.
19. Kadangkala setiap pandangan syara' dan pandangan akal menyusup ke dalam perkara yang tidak ada pada pandangan kedua, tetapi kedua-duannya itu tidak berselisih dalam perkara yang Qat'i. Hakikat ilmiah yang sahih tidak bertembung dnegan kaedah syara' yang ditetapkan. Perkara yang dzan(diragui) daripadanya akan ditakwilkan supaya bertepatan dengan perkara yang Qat'ei. Sekiranya kedua-duanya adalah perkara dzan, maka pandangan syara' lebih utama dipakai dan pandangan akal ketika itu hanya bagi memastikannya ataupun dihapuskan terus.
20. Kita tidak mengkufurkan orang muslim yang mengucap kalimah syahadah, beramal dengan tuntutan dengannya dan mengerjakan fardu-fardunya, semata-mata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukan. Kecuali sekiranya dia akui dengan mengucapkan kata kufur, mengingkari perkara maklum dari asas yang diperlukan dalam agama, ataupun mendustakan Al-Quran yang jelas, ataupun mentafsirkannya dengan tafsiran yang ditafsirkan kufur oleh gaya bahasa Arab ataupun beramala dengan amalan yang tidak boleh ditakwilkan lagi selain kufur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan